Thursday 7 October 2021

BEBOLA KELEDEK CAMERON HIGLAND

 

Bebola keledek Cameron Higland.Ya,belum boleh rentas negeri..Tak pi Cameron pun..Bukan beli bebola kat sana.Tapi keledek tu dari Cameron Higland.Bacanya:

Bebola..

Keledek Cameron Higland.

🤭🤭🤭


Buat bebola keledek ni sebab ada ubi keledek rebus.


Pagi sesubuh buta kan saya rebus keledek Cameron yang Hawa bagi.Sampai ke sudah tiada orang lain yang sudi menjamah kecuali saya seorang makan seketul buat alas perut pagi tu.


Maka,sebagai penyelamat..Saya recycle jadi bebola goreng.


Resipi saya c&p dari OLD POST KAT SINI

BEBOLA KELEDEK MANIS
5 ketul ubi manis - rebus empuk(+-1kg)
2 cawan tepung pulut
2 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan bijan ( jika suka)
Minyak untuk goreng

1. Rebus keledek manis hingga lembut
2. Kupas kulit & lenyek semasa masih panas & kemudian biar sejuk
3.Setelah sejuk baru gaul garam, gula & telung pulut. Jika lembik tambah tepung pulut. Jika keras + sikit air.
4. Gentel-gentelkan sebesar fishball.
5. Gentel hingga habis semuanya. Jika suka  salut bijan, boleh golekkan atas bijan
6.Panaskan minyak banyak & goreng bebola sambil dibalik-balikkan
7. Angkat & toskan atas kitchen towel

**Lenyek ubi masa masih panas kerana lebih mudah lenyek. TETAPI jangan masukkan tepung masa ubi lenyek masih panas kerana nanti dough akan mudah lembik & akan guna banyak tepung & kuih kurang sedap. 
Tips ini juga valid untuk Kuih Keria & Cucur Badak yang menggunakan keledek rebus. 


Kuih ni garing rangup luarnya masa panas-panas.Isinya kenyal.Bila sejuk kulitnya jadi lembut kenyal.Jika suka kulit yang rangup.Goreng semula jika ada lebihan.

9 comments:

  1. xleh rentas negeri xpe.. kita bwk cameron masuk umh kita.. hihi
    sedapnya!

    ReplyDelete
  2. Dah jadi bebola tu, laku tak? Takut ditendang ke sana ke mari pulak, hihi. Tapi, kalau tendang ke Johor, insyaAllah.. wassalammmmm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahdulillah...
      Akhirnya habis juga.Tapi tak tau la depa makan ka dak.Sebiji demi sebiji masuk mulut maknya.Sedar-sedar mmhabis🤣

      Delete
  3. Replies
    1. Digentel...
      Masa goreng dia melembung vulat elok.Kalau sejuk dia kemek-kemek sikit.Tapi bila goreng semula dia bulat kembong semula.

      Delete
  4. Terliur plk kak lin tgk bebola ni.. terbayang masuk mulut 1 1.. kunyah.. telan.. aduhai.. time minum ptg plk ni.. 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi..
      Sambil membayangkan petik 🍓🍓🍓

      Delete
  5. Sedap juga dibuat bebola keledek. Masak ni kena kreatif. mana tak habiskan kita buat dia jadi benda lain. baru laku sikit kan.

    ReplyDelete