Friday 8 October 2021

SAMBAL AYAM DAUN LIMAU PURUT

 Tengok kat  Johor nun kat LD ada asam pedas ikan merah dengan sawi jeruk.Singgaj Johor dengan masak cabai ayam.Lalu kat Nismiland SA kata makan nasi kalut.Singgah kat Nilai senyap saja.Agaknha Fiza tengah layan cerita hantu.hihihihi..


Balik KL...layan Sambal Ayam Daun Limau Purut.Tapi ni  semalam punya lauk ni.


Bangun pagi fikir apa nak masak.Kena masak cepat dan skip masak sarapan sebab nak cepat.Dah janji dengan suplier barang nak buat pesanan barang pss.Lauk basah dah habis.Yang ada hanya 2 keping dada dari seekor ayam.Tulang temulangnya dah goreng hari apa entah.Tinggal isi.Fikir punya fikir,akhirnya saya dadukan kasar-kasar.Gaul garam kunyit dan goreng garing.Kita sambalkan dengan daun limai purut.

SAMBAL AYAM DAUN LIMAU PURUT

2 keping dada ayam.

½ cawan cili blend.

2 sudu bawang blend

5 helai daun limau purut.

1 asam keping kecil.

1 tomato masak- hiris

¹ Serai ketuk

Minyak,garam,gula,kiub ayam & serbuk kunyit


1.Ayam didadu dan gaul garam kunyit.Goreng garing.

2. Tumis serai ketuk ,bawang blend dan cili blend dalam minyak gorengan ayam.

3.Masukkan tomato  asam,garam,gula dan kiub ayam serta daun limau purut.

4. Masak hingga naik minyak baru masukkan semula ayam goreng.

5. Sesuaikan rasa.


Lauk macam ni memang jadi kesukaan semua isi rumah.Makan dengan nasi panas gaul minyaknya tu pun dah sedap.Tapi saya dengan Cella hanya makan lepas maghrib semalam.Cella temankan ke tempat kerja.Bawa bekal roti & susu kotak sahaja.Malam makan nasi lauk sambal ayam daun limau purut ni,kena sabun tangan betul-betul.Bau dia melekat oooo....Kalau tidur dengan tangan masih ada bau makanan,ustaz kata ...itu yang mengundang makhluk tak diundang tu.....hihihihi....

8 comments:

  1. Oh, nanti nak try la masuk daun limau purut masa masak ayam cabai ni. Aromanya pasti membuatkan periuk nasi kebocoran 😜

    Mak Cella, soh Adah belanja sabun tangan BBW seketul, tu kalau basuh, kompom, jangankan bau sambal, bau durian, bau belacan, semua hilang. Cari yang offer RM13 sebotol, kadang ada RM10 sebotol, beli yg jenis liquid pekat tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..cuba la kot kena dengan selera.

      Owh,sabun tangan pun ada ek.Saya tak pernah beli barang BBW.Anak dara dua orang tu ja yang rajin dok bertamu kat Mytown & Nu Sentral cari barangan BBW.Baru ni depa punya borong hand sanitizer beraneka bau dah macam nak berniaga.Tapi perfume & hand sanitizer depa belikan jugak la untuk mak depa.Nanti nak tanya depa pasal sabun ru pulak.TQ SK

      Delete
  2. Yuhuu kuantan masuk cuma buat kluban daun ubi togeh sulam telur dadar je. Kemalasan dan ketandusan idea gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kluban pucuk ubi dwngan toge sedapnya...Saya selalu jumpa kluban ni kalau beli nasi ambeng.Saya suka kluban.Ratah lagi suka..hihihi

      Delete
  3. Sedapnyaaaa....esok nak mintak daun limau purut la kat jiran and nak buat macam ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...minta la sikit try...in sha Allah sedap

      Delete
  4. Lauk sambal ayam haruslah jadi kegemaran seisi rumah. Tema daun limau purut nampaknya lauk pauk mama cella. Hihi..
    Eh Fiza disebutkan tu saya ke? Hihi..layan kesibukan kejap tukar cat rumah baru blog ni. Syukur dah settle. Rumah dekat dekat SA Seremban juga je sebenarnya bukan Nilai :)

    ReplyDelete
  5. Kat rumah ni anak2 suka mee goreng Daun limau resepi abahnya

    ReplyDelete