Monday 25 October 2021

MAKAN NASI LAUK AYAM KAMPUNG @ VELODROM

 Semalam ..Hari minggu.Tak masak apapun.Kemalasan yang tak pernah berlaku sebelum ni + semangat bekerja pun merudum.


Bekal pun dah tak buat sekarang.Anak bujang pun dah tak mengharap bekal dah sejak maknya dah malas masak.Ajak Adah lunch kat luar.
Pukul 10 dah gerak meronda jalan.Teringin nak makan nasi lauk ayam kampung goreng garing @ Velodrom.Dah bertahun tak singgah situ.Entah ada entah tidak.Alhamdulillah 3kali kami berpusing mencari jalan masuk.Akhirnya jumpa jalan masuk yang tersorok dek semak samun samun

Adah makan nasi lauk ikan goreng,sayur,separuh telur masin  & kuah saja.Minum air milo ais


Saya ambil ayam kampung goreng,kerabu taugeh & ulam raja.Air teh O limau panas

Masa dah masuk kereta,Adah kata kenapa telur masin tu 2 sedangkan dia ambil separuh sahaja.Tak apalah halal jer lah seringgit jer pun.Tapi Adah kata seringgit boleh kita halalkan.Ikan goreng depa tak kira tu .Benda dah makan.Lalu Adah patah balik pi bayar harga ikan tu RM4.Hihihi sapa suruh semak bil..nampak la...hahaha



Restoran ni tu yang hujung sekali belah kanan yang nampak payung tu.
Dulu selalu juga datang makan sini kalau mak & Achik datang KL.Tapi dulu selain restoran dalam bangunan ni,ada juga deretan gerai kat tapak downtown sebelah velodrom tu.Sekarang semua tempat tu dah dilingkung dengan zink biru & gerai tu dah tak ada.Velodrom pun dha dirobohkan..Hanya yang dalam bangunan ni masih tinggal


Walau nampak ada lagi kedai makan lain tapi tak buka.Lagipun kalau datang sini hanya gerai A.HAssan & Restoran A.Hassan tu saja kami selalu makan sejak sekian lama dari hujung tahun 90-an dulu.


Tempat ni dah jadi tersorok dalam pagar zink biru tu.Nam masuk dah kena bayar parking RM3


Ni jalan nak keluar.Masa nak masuk tak rakam sebab ingatkan sesat..hihihi.Tu keluar ke Jalan Loke Yew.Hanya yang tahu jer tahu & perasan jalan masuk ni...hihihi
Lepas makan kami ke kedai eco nak cari sabun basuh.Window shoping sekejap dalam Aeon Maluri .



Layan tekak sekejap drive thru beli ice cream saja...Eh,beli juga blueberry cheese pei.Berenti kat parking bawah pokok.Makan la ice cream sampai habis baru gerak..hihihi memang sengaja membuang masa sungguh la.



Banyak landscap dah berubah. Nampak sayup-sayup hiway lebih tinggi daripada bangunan...Ngeri ngat aih..


Singgah beli putu piring buat kudapan petang.Malam tidur awal sebab melayan migrain & gastrik.Sate asih ada dalam peti ais ,anak bujang tu beli belum berusik.Sapa nak makan panaskan la sendiri.Nak tidur layan jiwa kosong.Bangun pagi ni malas nya  lahai nak ke tempat kerja.Tapi kerja banyak sedang menunggu dibereskan.Semangat kerja tengah merudum.....huhuhu..Kalau ikut hati,nak ambil cuti seminggu balik kampung nak makan masakan mak.


10 comments:

  1. Moga semuanya baik-baik saja ye MC.
    Lama dah tak pergi area sini, tak tahu pula velodrom tu nak dirobohkan.
    Pernah juga makan kat sini, ambil lauk ayam kampung juga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah roboh dah pun..hihihi
      Downtown tu pun dah pindah ke mana dah entah.Ayam kampung ni pun dah kecik comel dah saiz.Tai sesekali nak layan tekak boleh la..Makan kat lain tak sama ngan sini😁

      Delete
  2. Nampak orang KL makan lauk ayam kampung, orang LD pulak makan tengahari di kampung. Kita juga yang belum dapat merentas sampai ke kampung

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi...
      Tak dan nak ziarah lagi..Nanti esok lusa kita blogwalking

      Delete
  3. Mahal juga ayam kampung comel goreng tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jujurnya memang mahal🤭.Swmalam kat tempat kerja bercerita pi makan sini.Kawan sekerja cakap dia pernah ajak beberapa orang kawan makan.dia nak belanja.Dah bayar..Menyesal oooooo🤣🤣🤣🤣🤣Kalau tau harga ,dia cakap baik belanja pizza or mcD🤭

      Delete
  4. Dulu rajin gak ke tapak lama food court kat velodrom tu. Arwah abah mertua duka mkn situ

    Semoga hati lebih tenang ye kak... Walau apa jia yg mendatang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak mak & bapa bapa memang kebanyakan kena dwngan selera depa lauk. pauk kat sini.Tapi tu la tak boleh selalu🤭

      Delete
  5. Sedap lauk goreng gorengan garing macam tu. Ada sambal dan sayur. Silap kira pulak ye. Bagus lah bayar mana tak termasuk dalam list tu :)
    Semoga kembali bersemangat mama cella. Ayuh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap lauk tu tapi tu la. ayam kampung nya besar ibu jari ja🤣

      in sha Allah,kembali membina semangat yang runtuh...huhuhu

      Delete