Sunday 10 October 2021

LAKSA LEMAK KEDAH vs AIR KELAPA MUDA

 Happy Sunday.Tapi @ KL ni tak nampak sunshine..Kalau ikutkan hari ni sunrise 6.58 pagi.Tapi the weather is cloudy..

Hihihi...tak dapat makan rojak kita berbahasa rojak.Takkan nak makan rojak pepagi ni.


Tapi kita makan roti bakar +  Laksa Lemak Kedah.Laksa ni masak semalam petang.
Puncanya masa dok semak komen dalam blog ni nampak ada satu komen LAKSA KUAH LEMAK KEDAH
Bila buka entri tu nak reply komen.Aduh,terliur sendiri🤭.
Rasa macam tak menyempat nak menanti hari esok.Nasib baik pagi tu ke Pasar Tani membeli ikan,ayam dan ulaman.Ayam beli sekor Adah nak belanja.Pilih yang  kecik saja RM26.Terbeliak mata Adah nak membayar...hihihi.Baru dia tau...!
Pastu ambil Polland mecerel tiga ekor.Ikan  cencaru selebar 2 jari empat ekor.RM 38.30.Huh,kemain mahal..Bila balik rumah masa nak siang nak basuh.Eh..ada pula ikan kerisi 3 ekor.Aduh,patutlah sampai dekat 40 ringgit.Rupanya dia timbang sekali 3 ekor ikan kerisi.Yang tak sedapnya ikan kerisi tu dah pecah perut & kepalanya pun dah patah terlentuk.Nak kata apa lagi kan.Sianglah ikan mecerel dan lengat.Plan nak makan ikan lengat goreng.Tapi sebab terliur laksa tu,maka jadilah kuah laksa.



Sepinggan Laksa Kuah Lemak Kedah..


LAKSA KUAH LEMAK KEDAH.

1 paket laksa kering jenis halus

Bahan Kuah:
1/2 kg ikan -saya guna 3 ekor ikan mecerel.
(rebus bersama 3keping asam gelugur)
1 labu bawang besar
1 kotak santan Kara
9 cawan air(sebagai panduan- boleh adjust)
1paket kecil rempah kari ikan(1 1/2 sudu besar)
5 asam keping
1 bunga kantan @5 tangkai daun kesum
3 ulas bawang merah
4  sudu minyak
Garam secukup rasa

Bahan Ulam:(ikut pilihan sendiri)
- daun selom
- daun putat
- Timun
- bawang besar
- cili padi
- Limau nipis

1. Ikan diasingkan tulangnya..
    - Blend isi ikan dengan 4 cawan air.Ketepikan
    - Blend pula tulang2 dan kepala ikan dengan 3
      3 cawan air..tapis dan campur dalam isi ikan
      untuk mudah agak kepekatan kuah nanti.
   
2. Blend pula bawang besar dengan 1 cawan air hingga halus..ketepikan

3. Panaskan minyak dan tumis bawang merah.Kemudian masukkan serbuk kari dengan 1 cawan air ..Masak hingga naik minyak..

4. Masukkan bawang blend dan biar mendidih sekejap supaya sebati dengan serbuk kari.

5. Masukkan bahan isi ikan yang diblend dan masak lagi hingga mendidih.Masukkan juga asam keping,garam dan bunga kantan.

6. Masukkan santan pekat dan kacau sebati..
    Biar mendidih perlahan dan rasa asam garamnya..jika kuah terlalu pekat tambah air panas...kerana kuah x perlu terlalu pekat..Bila sejuk kuah akan jadi semakin pekat.


Gaul rata-rata..tenyeh cabai melaka tu bagi pedaih tenganga..baru ump..!

Cella hanya berulam timun dan telur sahaja.Pastu tuang kicap Mudim.Dia kata dulu pelik tengok kat tik tok depa makan laksa boh toyu.La ni dia pula mengikut. 
Tu la,orang dah cakap jangan mengata orang.Hari ni mengata.Esok kang mengikut..hihihi

Kena pula dengan air kelapa muda.Beli 2 biji whole kelapa muda.Sebiji suruh Cella share dengan Adah,tapi Adah tak suka air kelapa.Sebiji lagi memang saya nak minum sorang.Dah pesan kat depa sebiji lagi tu jangan usik sebab saya nak minum sorang.Dah 3 hari saya sakit kepala.Saya syak saya  termakan  makanan tak elok pada hari Khamis.Bukan salah orang,tapi salah saya sendiri yang makan.Bukan ada orang paksa makan pun.
Bekalan Synflex 500mg dah habis.Saya cuba ikhtiar dengan minum air kelapa hijau.Baca bismillah 7x.Baca Al-Fatihah 7x dan baca 1 ayat dari surah Al-Waqiah.
Tak ingat ayat ke berapa tapi ayatnya berbunyi..

لَّا يُصَدَّعُونَ عَنْهَا وَلَا يُنزِفُونَ

Pun baca 7x hembus pada air kelapa.Niat dan doa dalam hati untuk sembuhkan sakit kepala.
Alhamdulillah dengan izin Allah,menjelang malam sakit kepala hilang sembuh sepenuhnya.Selalu kalau sakit kepala saya telan sebiji Synflex 500mg tu.Kemudian tidur.Tapi sebab semalam ubat dah habis.Teringat nak cuba dengan air kelapa muda dan doa tu.Alhamdulillah Allah izinkan dengan berkat doa dan penawar yang ada dalam air kelapa.
Wallahua'lam...
Tapi syaratnya air kelapa itu jangan dikongsi.Harus habiskan sebiji penuh ( boleh minum sikit- sikit berhenti dan nanti minum lagi) tapi kena habiskan sebiji tu jangan kongsi.Minum pula kalau sebaiknya minum dari buah kelapa tu jangan tuang dalam gelas.Saya ikut sepenuhnya tips tu.Alhamdulillah...!


12 comments:

  1. Aslmkm n Syukur Alhamdulillah YaAllah kuantan pepagi mentari dah terik memancar dari aras laut. Buka entri mama Cella dah buat terliur tapi apakan daya sendiri mmg tak
    buat la .sekarang semua benda pn dah up smpi kayangan terutama kelapa muda jadi yg tua kurang dipasaran. Moh la kita masak rebus bening je tuk kurangkn santan n demi kesihatan gitu huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamduliah...
      Seronoknya dapat tengok sunrise terua dari laut..Saya hanya mampu tengok sunset🤭
      Saya guna santan kotak saja.Tapi kalau masakan tak guna samtan lagi bagus tu..

      Delete
  2. Semuga anda sekuarga di beri kesembuhan , sihat fizikal mental dirahmati Allah.ameen

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sha Allah...
      Semoga beroleh kebaikan yang sama juga untuk anda yang menitipkan doa yang baik untuk saya.

      Delete
  3. Boleh dikongsikan petua/penawar sakit kepala tu kpd mereka yang mengalaminya. Rasanya kena buat keywords lain tu, jadi senang nak cari 🤭

    Kita selalu terliur tengok laksa lemak Mak Cella, nak buat sendiri tu memang mimpilah agaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah dua hari dok baca doa tu saja sambil picit kepala tapi belum diizinkan sembuh.Alhamdulillah air kelapa menjadi asbab.Saya guna kelapa sebab memang syak saya makan makanan tak elok.Alhamdulillah dah lega..
      Kalau peminat laksa ninboleh buat gina sardin tin pun sedap SK..

      Delete
  4. Harini Seremban mendung je ni. Macam nak hujan pun ada. Tapi tak tahulah kot panas tiba tiba.

    Belum pernah lagi makan laksa lemak kedah. Laksa utara biasa tu pernahlah makan.
    Kuah lemak macam laksa Johor, cuma beza spaghetti je kan. Sedap tu kuah berlemak.

    Ohh macam tu ye petua dia. Terima kasih share mama cella.
    Selalu gak beli air kelapa. tapi dalam cup lah. minum sikit sikit. Beli tanpa letak gula. Segar dapat minum air kelapa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuah lemak Kedah ni hanya guna serbuk kari & santan saja macam kari biasa saja Fiza.Lebih light...Kalau laksa Johor mewah dengan ikan segar,ikan kering dan udang bagai.
      Sedap kan air kelapa..
      Dapat pula air janda pulang yang terkenal kat Nismiland kan...

      Delete
    2. Oh ye ke? tengok dalam resipi ada guna ikan mackerel juga. kurang penggunaan ikan lah kiranya ye. Sedap jugak tu.

      Air jando pulang popular kek pilah :)

      Delete
  5. Masalah betullah PH ni. Sesaja nak buat laksa tu tidak tapi pantang tengok orang share pasal laksa mulalah teringin haha... Nampak gaya nak kena cari laksa juga esok ni.

    Take care MC.

    ReplyDelete
  6. Saya kalau asam rebus laksa tu saya tak berapa sangat.Tapi kalau laksa lemak ni kesukaan saya dan anak dara dua orang tu Anak bujang tak makan..
    Jom la kita sama melaksa PH...hihihi

    ReplyDelete