Friday, 8 October 2021

CENDAWAN MASAK RENDANG CILI PADI

 

Cendawan Masak Rendang Cili Padi.


Saya guna cendawan tiram putih.Sebenarnya saya lagi suka cendawan tiram yang hitam.Tapi hanya ada cendawan tiram putih sahaja.



Rendang cendawan ni  bagi tekak saya sedap sebab selain rasa rendang,cendawan tu kenyal-kenyal sedap bila digigit.

Cendawan tiram putih..Saya beli ½ kilo


Tapi saya bahagi dua bahagian.Lebih kurang 250gm setiap bahagian.Yang kecik-kecik plan nak goreng tepung.


Yang besar-besar ni saya nak masak rendang.


RENDANG CILI API CENDAWAN
250gm cendawan tiram.

½ kotak santan kara.

1 asam keping kecil.

1 sudu teh garam.

1 sudu makan gula perang.

1 sudu makan kerisik

1 helai daun kunyit.

¼ cawan minyak


bahan blend;

½ cawa cili padi.

1 bawang besar.

1 ketul kunyit.


1. Panaskan minyak dan tumis bahan blend hingga naik minyak.

2. Masukkan asam,garam,gula perang,kerisik dan santan.Masak lagi hingga pecah minyak.

3. Sesuaikan rasa kuah rendang .Masukkan cendawan dan daun kunyit.Kacai rata dan biar mendidih sekadar untuk cendawan menjadi masak


Rendang cendawan.
Ada beberapa perkara saya perhatikan dan kena baiki.Antaranya saya basuh cendawan awal sangat.Cendawan jadi benyek.Lain kali dah nak masukkan dalam rendang,baru basuh cendawan.Selain itu saya masukkan cendawan dulu baru masukkan santan.Hasilnya cemdawan terlebih layu dan tak cantik.Lain kali masak kuah sampai masak baru masukkan cendawan.Masak sekejap sahaja supaya cendawan tidak overcook.
Nasib baik saja saya masak cemdawan ni sekaki sekaki tanpa siat.Kalau siat lagi la tak nampak cendawan..hihihi
 
Saya paling suka bahagian batang cendawan.Kenyal & ada tekstur bila dikunyah.Macam ayam pun ada.


Sebahagian lagi saya buat cendawan goreng tepung.


Juga ikan goreng.Juga tambah ulam pucuk gajus.


9 comments:

  1. SA pernah buat..sedap..kalau dapat cendawan busut lagi sedap sis...lepas tu jangan lupa masa nak amakan goreng ikan masin...huiii...laju pergi dia...memang x pandang kiri kanan masa menambah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...kalau cendawan busut,manis dan kenyal dia lagi ump.Cendawan busut kami panggil kulat tahun...hihihi

      Delete
  2. Aduh, tak sangka cendawan boleh masak rendang, kreatif sangat. Tapi memang kaki cendawan tu rasa macam ayam kan kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dapat cendawan apa tu yang kaki dia besar ibu jari kaki tu,kaki dia lagi besar dari kembang atasnya...Entah apa nama cendawan tu ..lagi sedap

      Delete
  3. Wahh tak pernah makan resepi ni. Tapi Sedapnya rupa 😍🤤 cendawan pulak my fav food. Nanti nak try resepi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom...jom try kot kena dengan selera.Cendawan kan altenatif untuk yang tak boleh makan daging..Kalau cendawan kering,rasa dia lagiirip dengan daging

      Delete
  4. Pernah makan rendang cendawan busut. Cendawan yang ini belum pernah cuba. Nanti kalau ada nak try jugalah.

    ReplyDelete
  5. Tq bagi idea kak.. Nanti ammi nak cuba gak.

    ReplyDelete