Friday 22 October 2021

CUCUR JAWA GULA PUTIH GUNA TEPUNG BERAS CAP GAJAH

 Cucur Jawa lagi yer...!

😁😁😁😁😁


Kali cucur Jawa gula putih pula.Selalu dok buat guna gula merah atau gula Melaka.


Kali ni versi ori macam mak saya dok buat dulu-dulu..Plain gula putih.Saya buat 
iaitu yang versi guna tepung gandum lebih banyak dari tepung beras. 
Tapi versi guna gula pasir putih saja.Bukan campuran gula merah.Oleh kerana gula putih lebih manis berbanding gula merah,maka sukatan gulanya dikurangkan sebab kita guna gula putih sepenuhnya.

Tepung beras pun selalu saya guna cap bunga teratai.Kali ni saya ikut tips orang Siam depa kata guna tepung beras cap gajah lagi elok untuk cucur Jawa ni.Cap Gajah pun ada macam-macam.Ada gajah satu.ada gajah dua dan ada gajah tiga.Gajah naik minyak jangan la jumpa...hihihi.

Mungkin lain brand lain campurannya.Kalau kuih kukus elok guna tepung beras cap teratai.Yang saya guna ni tepung beras cap tiga gajah.


RESIPI CUCUR JAWA GULA PUTIH:

1cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
1¾ cawan air suam
sikit garam
minyak masak

1. Campur dua2 tepung dan gaul dengan garam dan  gula.
2. Bancuh dengan air suam sikit demi sikit hingga sebati
3. Biarkan semalaman atau beberapa jam supaya kembang.
(Kalau nak senang,guna saja blender)
4.Panaskan 1/4 cawan minyak hingga panas dalam kuali yang dalam
5. Perlahankan api bila minyak sudah panas.
Tuang sesenduk adunan & ia akan membentuk seperti ropol sekeliling kuih,
Biar garing & terbalikkan.Toskan minyak & siap...


Nampak macam lebih cantik cucur jawa guna tepung cap gajah.



Lihatlah ,dalamnya juga lebih berserat.Coraknya la berserat.Bila kunyah tidaklah terasa berserat.


Jom la buat untuk minum petang ni ka...Untuk petang esok ka..Ni saya buat minggu lepas.Tapi ni baru sempat nak publish.Saya perap dalam 3 jam sahaja.Tak perap pun dia jadi ja..cuma saya dah biasa perap nak bagi bijia-biji  tepung tu lagi kembang lembut.


12 comments:

  1. Alaaaa...x pandai..tgok nampak sedap tu ha...selalu beli je

    ReplyDelete
  2. Rajinnya bercucur jawa. Gula putih ke gula melaka ke gula merah ke belum pernah rasa lagi mama cella. Menjamu mata pun jadilah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba try test...
      Rasanya kat nismiland ada kuih ni dipanggil Kuih Cucur

      Delete
  3. Nmpk cantik plk guna gula pasir putih.. nmpk bersih.. cucur fav mak cella ni..
    Xyah la jumpa gajah naik minyak.. lari xcukup kaki nti mak cella.. 🀣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan ..kalau maka saya dia memang tak suka gula merah/gula melaka,memang dia suka buat putih.

      Saya pun tak mau jumpa gajah naik minyak..
      Semoga gajah-gajah di Malaysia ni baik-baik tak naik minyak kan kak Lin

      Delete
  4. Aduh, bila lagi mambang rajin sy nak mai ni πŸ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena zikir banyak kali la macam SK selalu zikir tu....🀭

      Delete
  5. Arwah mak PH selalu buat cucur jawa ni, sedap sangat.
    Anak2 panggil "cucur Tok" sebab Tok je pandai buat, Ummi tak pandai haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cucur Tok...🀣
      Ummi pun boleh buat la ni..
      Tapi yang tok buat opkos lagi sedap🀭

      Delete
  6. Banyak jenis lah pulak Tepung beras.. Ammi pakai cap apa ntah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakai saja cap apapun.Yang penting ianya menjadi🀣

      Delete