Friday, 15 October 2021

KE TRENGGANU LAGI...HANTAR CELLA SEM 4

Ke Trengganu kita...
Minggu  lepas Cella dapat panggilan untuk balik kampus.Hanya sehari  tarikh diberi untuk setiap fakulti.Kena patuhi tarikh dan masa.Fakulti Cella daftar 15 Oktober pukul 8.30 hingga 4.30 petang.
Nasib baik bukan tengah minggu.Jadi,saya hanya ambil cuti satu hari sahaja.Alhamdulillah dimudahkan urusan perjalanan.Risau juga takut jem sebab dah boleh rentas negeri + hujung minggu & Selasa pula cuti Maulidurrasul
Bertolak pukul 5 pagi..Sampai pukul 11 pagi..

Plan nak bertolak sehari awal,tapi anak bujang tu ada interview.Plan nak bawa mak saya sekali..Juga tak dapat sebab tak sempat nak balik ambil mak.Dulu mak datang sendiri naik basa saja.Sekarang Achik dah tak benarkan mak naik bas sebab faktor keselamatan & faktor umur.Mak memang suka jenjalan...Tapi apakan daya.

Miami Beach....hihihi
Panas lit lit...walaupun baru pukul 11 Pagi.Kami meronda nak cari makan.Nak cari celup tepung semua belum buka.

London Bridge,..五 aka Jambatan Angkat.Visi mencari tempat lunch.Dah dua tiga tempat yang Adah masukkan dalam itinirary.
 

Ini altenatif terakhir visi nak cari lunch...Restoran Mat Binjai...Tutuppppp
Dalam Google kata buka..Bila sampai tutup.Dah la mengejar masa nak daftar Cella.


Pilihan terakhir....Drive Thru..tengah tunggu burger .

Itupun que punyalah panjang...Kami orang 2nd last dapat Q.Lepas kerata belakang kami ,staff McD dah letak cone tak kasi q lagi dah.Masa ni pukul 12.30.Rupanya Cella cakap kat  sini kalau waktu solat memang depa tutup.Tambah pula hari ni Jumaat..Tutup sampai pukul 2 petang.McD pun tutup pukul 1 hingga pukul 2.Sebab tu pukul 12.30 staf dia dah letak cone.
Lepas dapat beli 3 set lunch ni kami pakat makan dalam kereta kat parking McD tu saja la..
Tapi Cella tak makan & tak minum pun sebab arahan tak boleh makan &minum setengah jam sebelum daftar sevab nak kena saliva test. 

McD ni dekat saja dengan UniSZA tu..Tu berderet lintas jalan tu jemaah yang baru selesai solat Jumaat di masjid dalam UniSZA...Seberang jalan ni McD...
Sebelah McD ni mini stesen bas ekspress.Memang memudahkan student kerana berdekatan dengan UniSZA,UMT,IPG KT... (boleh kot panggil stesen bas ekspress kan)..kalau salah minta maaf...hihihi


Elok pukul 2 ...dah nak gerak masuk kampus,Cella cakap nak beli makanan untuk dinner siap-siap sebab lepas daftar kena kuarantin 10 hari.Cafe buka tapi hari ni juga adalah pendaftaran pelajar baru..mesti berebut punya & posibeliti untuk makanan habis adalah tinggi.Dia kata nak beli sesiap.Maka masuklah drive thru sekali lagi.Beli sekali untuk kawannya.

Pukul 2.15 dah daftar kat gate..kena ke dewan untuk saliva test.Tunggu tengah panas lit lit sebab hanya student yang boleh turun


3.45 baru nampak Cella keluar.Alhamdulillah Covid result negatif.
Jom hantar ke kolej kediaman pula 


Pun tak boleh turun...Dah salam peluk cium...hanya hantar dengan pandangan mata..Tak boleh turun.

Dah kepenatan ...nak terus check in hotel.


Adah bagi masa 15 minit sahaja untuk rehat,solat & mandi..lepas ni nak gi dinner.Kena gi awal takut kena sidai.Kena patuh itinerary dia susun..hihihi.

Tiga kali hantar Cella...tiga kali juga Adah booking Arena Boutique Hotel ni..(pic Agoda je sebab tak snap pun..)
Rehat kejap...mandi  & solat
Pastu kita gi cari makan...

12 comments:

  1. Alamak, Adah dah macam cikgu disiplin ni, hihihi.

    Senoga dipermudahkan urusan anakanda Cella di kampus, sepanjng dikuarantin ni kelas online la kan. Selamat menjalani semester 4 dengan jayanya ❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha...betoi,Adah sesuai jadi cikgu disiplin五

      Aminn...terima kasih doa untuk Cella

      Delete
  2. Alhamdulillah kak, akhirnya boleh jgk kita rentas negeri walaupun masih dalam berjaga2 dan sentiasa patuhi SOP..lama saya x jenguk blog akak..hihihihi..bila nak balik kedah kak?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah....
      Hehehe...mak pun dok ulang call tanya bila nak balik Kedah五

      Delete
  3. org penat2 buat itinerary..jangan suka2 tak follow

    ReplyDelete
    Replies
    1. 不不不不
      Memang dia paksa ikut...
      Kalau tak follow itinerary dia susun tu dia kata nak mogok tak mau drive...不

      Delete
  4. Kesian cella x sempat balik Kedah jumpa nenek. Adah tu klu jd cikgu mesti garang kann..,不不

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la..malam sebelum bertolak ke KT tu..lama la dia bertelefon ngan nenek dia menyatakan kerinduan

      Delete
  5. Alhamdulillah.
    Moga hari ini dan seterusnya Covid-19 terus balik kampung dan tak toleh-toleh lagi ke belakang.
    Selamat menerusan pengajian Adah, moga terus berjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinn...
      Alhamdulillah...& in sha Allah ..
      Yang masih dalam pengajian hanya Cella tu cikgu五

      Delete
  6. Ooo hantar cella.. sambil menyelam minum air la ni..
    Mg dpermudahkan urusan pembelajaran cella.. aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiinn...
      Terima kasih atas doanya kak Lin..Semoga yang baik juga Allah pulangkan kepada kak Lin

      Delete