Thursday, 28 October 2021

GORENG MEE TELUR RENCAH SATE AYAM.. TANPA KICAP

 Tak tau nak masak apa untuk sarapan dan bekal.


Selongkar pantry,jumpa mee telur.Selongkar peti ais,ada 25 cucuk sate ayam yang anak bujang tu beli beberapa hari lepas.Saya tak makan sate tu sebab masa tu tengah sakit kepala.
Alhmadulillah depa dua beradik tu tak habiskan sate tu.Dapat saya jadikan rencah mee ni.Saya ambil 10 cucuk sate ayam tu buat rencah.Baki saya tinggalkan,kot depa tercari sate kang depa ingat saya makan sorang pula 25 cucuk sate tu不



Tengah menggoreng mee,
Nak renjis kicap,sekali tak jumpa pula opener.Selalu saya guna gunting yang serba guna tu.Gunting yang ada function nut creaker dan opener tu.Ni dah puas mencari,sampai mee dah mula berkerak kat kuali.Akhirnya tutup api gitu saja tanpa renjis kicap.Tak tau la apa rasa mee ni sebab belum makan.Gambar pun rakam live dari kuali jak五Tak senonoh kan..!


Ni la kicap yang sudah lama saya merajuk tak beli sebab mahal不

Saya beralih kepada kicap pak Jalen.Tapi sesekali rindu bertandang terhadap kicap kaki ampu ni(kipas五)

Beli juga botol kecik kecik ni RM5.Kedekut duit nak beli botol besar RM9.50.

Dulu duit not merah sepuluh ringgit boleh beli 3-5 biji durian .Dulu laaa.Tapi tak la dulu sangat.Dalam 5 tahun dulu.Sekarang sepuluh ringgit hanya dapat beli sebotol kicap.Baki 50 sen.Tu pun cashier tolak lagi 20 sen untuk plastik sebab tak bawa beg五.Takkan ampa nak bawa botol kicap gitu jer kan.Baki 30 sen tak lepas nak bayar parking untuk ½ jam.Silap haribulan,tengok-tengok DBKL tengah tulis saman sebab tak masuk syiling dalam meter parking..Huwaaaaa...

Saya kalau diberi jari untuk menaip,mula la melalot meraban..
Ok,nak gerak ke tempat kerja dah..
Sempat lagi menaip dulu.五
Shifa dah call tu,tanya datang tempat kerja ke tak..Dia nak beli nasi lemak...弘
Laaaaaaaa...kalau tau tadi saya tak masak dah五

Takpa lah saya c&p juga la resipi dari old post...
Bye...jumpa lagi..


MEE TELUR GORENG

2 paket mee telur 

5 batang sosej- hiris

(saya ganti 10 cucuk sate ayam)

1 pokok daun bawang

2 sudu cili blend + bawang blend

2 bawang putih

1 kiub bilis

4 sudu minyak

kicap lemak manis.

(saya tak bubuh sebab tak boleh buka botol kicap不)


1. Jerang air dalam periuk untuk celur mee.


2. Sesambil tu panaskan minyak dalam kuali & tumis bawang putih cincang.


3. Masukkan sosej hiris/ sate ayam & goreng hingga harum.


4. Tambah cili + bawang blend & masak hingga naik minyak.Tambah kiub bilis.Garam hanya masuk jika perlu.


5. Celur mee dalam air mendidih lebih kurang 2 minit & bila nampak sudah lerai,terus cedok & masukkan dalam tumisan.


6. Gaul rata sambil renjis kicap supaya merata.


7. Masukkan daun bawang hiris & sesuaikan rasa.



6 comments:

  1. hahaha.. sejak tukar tuan tanah, rasa macam bersembang dengan tuan rumah. Tapi tuan tanah kedaung tu pun boleh tahan bab melalut meraban dia, tak padan ngan budak sekolah. Rupanya menurun dari maknya, hahaha.

    Apapun mee telur tu mesti sedap sebab ada sate

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan tanah kedaung lagi meraban...hihihi
      Dia sendiri mengaku memang menurun..五
      Dia kata berkat suka melalut meraban tu la,cikgu BM selalu jadikan hasil penulisannya sebagai contoh...
      Nasib baik boleh score A
      Alhamdulillah kalau tak...sia-sia la meraban,不不不

      Alhamdulillah..
      Bawa mee,dapat pula nasi lemak.


      Delete
  2. Tak kira apa pun yg makcella merapu meraban kami tetap suka baca 五
    Saya pun dh bertahun x beli kicap kayangan tu...juga telah beralih ke kicap jalen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi....sekarang bila dah balik rumah,memang blog ni la tempat meraban.Anak-anak dah ada life sendiri.Dulu tak dan nak meraban dok urus anak anak..huhuhu

      Delete
  3. Kak, ada gambar yang tak muncul pulak. Gambar kedua, mi je yang saya nampak.

    hihi, saya suka baca. Terhibur. Rezeki orang belanja nasi lemak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaa....kak pun tak perasan gambar tu..
      Dah delete dah gbar dalam galery ...hihihi..

      Delete