Thursday, 14 October 2021

SAMBAL BEBOLA DAGING LAGI


Sambal Bebola  Daging 


Pagi tadi masak sambal ni.Tambah daun bawang.Saya suka pangkal daun bawang.Bila masak sambal macam ni...Manis pangkal.daun bawang tu Lagi sedap dari leek.


Tapi sampai petang belum berusik.Tak ada siapa makan nasi kah?

Kita pulun masak seawal pagi lagi tadi...

SAMBAL BEBOLA DAGING
1/2 paket (30 biji) meatball Ramly
1 asam keping
1 sudu  teh garam
2 sudu teh gula perang
1 cawan cili blend

1 bawang besar

10 cili padi
1 bawang besar + 3 bawang putih -blend1

1/2 cawan minyak


1. Panaskan minyak & goreng meatball hingga nampak berubah warna.
2. Terus masukkan bawang & cili blend.
3.Masukkan asam, garam, gula dan masak hingga naik minyak.
4. Tambah bawang besar & cili padi. Sesuaikan rasa. 



Takkan la semua orang bz sampai takdan nak makan.

Baru nak makan nasi...Saya tak terliur sangat sambal bebola daging tu..hanya ambil 3 ketul bebola.Kemudian saya goreng jeruk mandai...Tak sabar nak makan ni..
Jemput makan...




16 comments:

  1. SA tgok teruja plak...alahai..sedapnyaaaa

    ReplyDelete
  2. Sedapnya sambal bebola daging!
    Kita pun suka pangkal daun bawang, ada aromanya yang tersendiri untuk menaikkan selera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...manis berserat pula tu..bagus untuk lawas🤭

      Delete
  3. Nanti nak try buat.. nanti nak try buat.. sampai ke sudah tak buat 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. amiin...amiinn...
      In sha Allah...zikir lagi🤭

      Delete
  4. ammi kalau dah masak pastu lauk tak berluak..rasa sedih je hati ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la...selalu masak lauk ni licinnn..
      Ni depa semua pakat keluar ada agenda semuanya...makannkat luar..saya sorang memang tak termakan la..huhuhu

      Delete
  5. Kalau sy masak sambal meatball ni ada ke x org nk mkn kt umh tu... nmpk menyelerakan je... bebudak kt umh tu meatball dlm kuah spagetti bolognese je diorg mkn... buat sup meatball pun x laku.. sedihh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat yang laku la mim barulah licin....hihihi

      Delete
  6. Terliur pulak sy tengok.
    Anak2 suka meatballs tapi sy potong 4 setiap kali masak sbb pernah terjadi si Angah tercekik meatball :(

    ReplyDelete
  7. sedapnya nmpk.
    kat sabah susah nak cari bebola daging ramly..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin brand lain pin sedap juga..Bebola ayam pun sedap

      Delete
  8. Alhamdulillah
    Seamat menjamu selera

    ReplyDelete