Tuesday 26 October 2021

MAKAN LIMAU BALI CICAH KUAH ROJAK

 

Limau Bali Cicah Kuah Rojak.Telioq dak?

😁😁


Ceritanya semalam.Balik dari tempat kerja,saya menyinggah Hero nak beli whole kelapa muda.Dah 2 hari sakit kepala.Semalam dok buat kerja sambil dok menaip sambil ayaq mata menitis.Bukan sedih tapi sangat sakit kepala.Dah makan Paracetamol.Dah makan Synflex pun kepala ni dah imune dengan ubat-ubatan tu.Kena back to nature...minum air kelapa.
Petua minum air kelapa mudah dan doanya ada saya kongsikan


Kalau dah mak-mak.Bukan kelapa saja dibeli.Dengan pisang & limau bali sekali.Sebab semua benda ni dok sebelah menyebelah.hihihihi...

Limau ni sepatutnya ada plastik balut dia warna merah.Saya dah buang.Sebiji ni RM 9.99,yang sebenarnya RM10🤭

Gigih la kopek limau bali. we Teliur sebab hari tu nampak Achik post kat status..ada kawan dia bagi rojak buah.Ada macam-macam buah termasuk limau bali ni.Terliur pula saya walaupun saya bukan peminat rojak buah.
Dulu kat rumah mak @ kampung ada 3 pokok limau bali ni .1 dah mati,tinggal 2.Satu tu memang rendang,mak ikatkan buai papan jadi tempat berehat.Akhirnya arwah juga pokok tu.Tinggal sepokok lagi dicoreng atap pisang sikat depan rumah.Buahnya manis.Isinya merah macam ni la.Pokoknya berjiran dengan pokok jering.Mak ikat hammoc kat situ jadi tempat berehat.Tapi sebab mak pun dah tak peduli pokok tu,habis ditumbuhi pokok duit-duit.Tahun lepas balik kampung tengok pokoknya dah mati juga.Innalillah...

Bila makan buah limau bali ni juga teringan masa pergi Vietnam beberapa tahun lepas.Ramai wanita Vietnam menjual buah limau bali ni dengan cara mengandar macam orang jual nasi kandar dulu-dulu tu.Saya terliur nak beli sebab nampak kemas jualannya.Buah limau bali ni dikupas depan kita.Dibuang kulit dalamnya dan isinya yang merah ni disusun kemas dalam bekas polisterin dan diwrap dengan plastik.

Penjual tu mempelawa jualannya.Tapi dalam bahasa Vietnam,manalah faham kan.Agaknya la dia mempelawa untuk beli...hihihihi...Walaupun tiada yang membeli,dia tetap sabar.Dibuka jualannnya depan kami,sambil mengupS buah limau bali ni & susun kemas-kemas.Saya tertarik untuk membeli.Masa saya nak beli,ada yang cakap takut tak halal..Hihihi...Dah dia kopek depan kita,nampak kemas serta tiada unsur kebabian dan keanjingan. Saya yang jahil ini  tak nampak dimana keraguannya,maka saya beli nak makan dalam bas.Tapi pencicah dia saya tak mau la...Hihihihi.
Lepas saya beli,berderet la pulak ikut beli...hihihi.Rezeki wanita penjual tu berkat kesabarannya dan tidak berputus asa...

Buah limau bali yang saya beli  ni tak tau la buah tempatan atau buah import.


Saya jadi excited nak kopek sebab dah lama tak kopek limau bali...
Kalau beli durian pun sama...Saya suka nak cekah durian sebab feel dia...Begitu juga kalau dapat kupas kelapa....

Buang kulit dia baru nampak sexy


Ada orang buat kerabu.Gaul dengan cili,bawang,udang kering,limau nipis dan garam..

Saya cicah kuah rojak saja.Sebenarnya saya lagi suka kalau dapat cicih pencicah a.k.a garam belacan tanpa kicap ni.Tapi malas nak blend sendiri🤭



16 comments:

  1. Limau bali merah ni manis salunya... mkn mcm tu je sejuk2 pn dh sedappp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oooo...tak terfikir pulak nak sejukkkan dulu🤭.
      Baki ada lagi ni boleh la sejukkan...hihi

      Delete
  2. Aduh terbayang cicah belacan garam pastu ammi terkeruk2 idong masa makan.

    Ammi penah kene sakit kepala yg perghhh melampau rasanya. Makan cafargot, synflex tak jalan sbb ingatkan migrain.

    Rupanya lepas 4 hari tka tahan gi klinik.. skait sbb sinus. Makan ubat tahan sakit plus antibiotic terus ok. Penat je tahan sakit sampai 4 hari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaa...ada juga ye sakit kepala sebab sinus ye..TQ info
      Setakat ni saya memang jarang makan belacan kecuali kalau balik kampung memang tak tolak la cabai tumbuk mak.hihihi.
      Mungkin juga sebab sinus sebab masa remaja dulu saya mema alergi tak boleh makan belacan & seafood akan naik jerawat.
      Setakat ni minum air kelapa tu dah lega sikit sakit kepala.Cuma rasa mual & sakit ulunhati masih ada.Nanti saya try pula antibiotik.Terima kasih Ammi atas info.

      Delete
  3. Terlioq aih :D
    Sy suka cicah dgn kicap + gula ja. Sedapnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mai...mai...mai...ada lagi...makan sorang2 anak2 tak mau

      Delete
  4. zaman kanak2 dulu selalu ikut geng mak2 cicah Buah limau ni...depa tumbuk cabai kg,belacan,gula n garam,tak dak toyu..pedas ternganga...aihhh nyucuq ayaq liuq Kami...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...ya..ya..
      Kami tumbuk lagu tu juga dipanggil garam belacan.
      Ada jenis buah yang garam belacan tu sesuai boh toyu ..ada juga buah sesuai tak boh toyu kan.
      Menyicah memang nostalgia zaman kanak-kanak

      Delete
  5. kenyit mata makan ni hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nampak aweks cantik lalu,boleh la makan buah ni...Nanti terkenyit mata🤣

      Delete
  6. Sedapnya liamu bali...tapi SA suka makan macam tu je...x suka makan cicah kicap ke apa...ntah memang darikecik suka makan macam tu je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan macam tu pun dah sedap,buata apa nak cicah kan...hahaha
      Tapi saya lagi suka yang isi putih lebih juicy

      Delete
  7. Unik makan dengan kuah rojak. Biasa makan macam tu je. Tak pernah jumpa jenis warna merah ni. Menggoda betul warnanya. Semoga cepat sembuh lepas minum air kelapa tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah,sakit kepala dah lega.Syukur,dah dapat buat kerja dengan selesa.Terima kasih Fiza

      Kalau kat kampung saya memang buah limau bali ni pakat buat menyicah(colek)Tapi makan macam tu pun dah sedap

      Delete