Sunday 24 October 2021

KE PUTRAJAYA 22 OKTOBER 2021

 Sabtu day punya story.Lepas hujan pagi,tengok jam dalam pukul 8 pagi.Ajak Adah ke pasar.Dah 2 minggu topup barang dapur.Makan apa yang hado saja.Last stok rasanya masak Spaghetti Olio Sardin hari Jumaat tu la.Pastu memang kena belanja barang dapur dah.Macam dah tak ada barang dah nak masak..

Yer ker..?😁😁😁


Awan masih ada sisa-siasa hitam yang mengandungi hujan.

Nawaitu asal keluar rumah nak ke pasar @ pasaraya beli barang dapur.Dua beranak ni pakai ala kadar  baju nak ke pasar kan...Bedak pun tak sapu..lipstickt pun tak calit sebab pakai mask kan...

Sudahnya kereta ni bergerak ke Putrajaya.🤣



Lepas tol Putrajaya.Saya tertarik bangunan ni..Lima buah bangunan dihubungkan dengan jejantas.Huh,jakun sekejap🤣🤣🤣

Maklumlah dah lama terperuk dalam rumah.PKP besambung sambung kan....Dapat keluar tengok hutan batu jadi jakun sekejap...



Kali pertama naik jambatan ni masa baru buka tahun 2003 ka 2004 kalau tak silap saya.Kali terakhir lalu jambatan ni masa Raya Puasa 2020.Masa tu PKP tak ada arah nak tuju.Pagi raya ke -2 kami anak beranak meronda Putrajaya yang sunyi sepi....hihihi
Lepas tu masa boleh rentas negeri kejap tu,datang Putrajaya pun kami tak lalu sini..kami biasa lalu ikut Bangi,masuk ikut Alamanda...

Kalau tak salah nama  Jambatan Seri Wawasan ka macam tu la kot(betoi la Kak Lin?)

Nun jambatan gantung yang tergantung ...Tergantung sungguh.
Hingga hari ni saya masih tertanya ..kenapa begitu?
Tebing sana tak jejak..tebing sini tak jejak.Jambatannya tengah-tengah saja.

Baru pukul 9 pagi kami sampai kat Taman Warisan.

Visi saya nak sarapan bakso kat sini..Nampak parking sunyi ja.Ada dua tiga kereta saja.

Naik kat atas...memang tak ada orang kat kerusi meja.Kat dalam kedai tu nampak la bayangan orang berlegar.Pekerja la kot.Nampak atas meja ada bekas minuman tak berangkat...

Kami dah tengok kat Google kata buka...dah dah sampai tak buka la pulop..

Tanya security yang ada situ pun dia jawab tapi tak pandang pun.Dia tengah dok main game🤣
Dia cuma bagitau pukul 11 pagi baru buka.Mata dia tak lepas dari handphone.Sambung main game..Bored agaknya dok sengsorang.
Hihihi...

Pusing kat Dataran Masjid Putrajaya tu pulak..
Kubah masjid tengah renovate la...

Ramai juga orang walaupun belum pukul 10 lagi.


Ramai dok cycling...


Tu ha...kubah masjid putrajaya consruction.
Eh,construction ka renovation yang betul....


Ada pasangan pengantin...Nak akad nikah kot..Sayang la dalam gambar kahwin nanti kubah masjid tak lawa.🤭

Ingat nak singgah jumpa PM kat ofis beliau🤣🤣🤣...Tapi tengok kat TV ..kata PM ada kat Sawak nu untuk pelancaran " Keluarga Malaysia"

Tangga Putrajaya...
Masih dalam pembinaan..
Kalau dah siap nanti boleh la menapak..Agak-agak antara Tangga Putrajaya  & Tangga Batu Cave mana lagi tinggi🤭?


Punya la lama dah tak mai Alamanda...Cari foodcourt pun tak jumpa🤣Dah dekat setahun tak masuk Alamanda.

Rupanya foodcourt dah pindah tingkat atas .Nak makan cendol durian dia yang sedap tu..Tutup la pulak


Makan yong taufu sup ja.
Kalau ambil yong taufu kan...bajet macamana pun mesti harga dekat 20 henggit jugak kan.Rugi pulak tak ambil western ja...Dah sama harga dengam lambcop...hihihi



Sebenarnya sebab tekak ni rasa dah tak sesedap dulu.Dulu zaman muda sikit masa dulu...time balik kerja selalu datang makan yong taufu kat sini dengan Liza...Zana & Mas.Sekarang Liza pun dah ka Sungai Petani..Zana dah kahwin & Mas pun dah ikut suami kat Kuala Lanar.Setiap kali datang makan sini saya pasti akan terkenang mereka bertiga kerana sekitar 2006 hingga 2008 tu kerap sungguh kami together2 ke sini semata-mata nak makan yong taufu sup & sizling mee..
Boleh kata setiap minggu mesti datang juga sekali.Kadang berkali-kali.Kemudian masa dok uruskan pembelian rumah Kedah tu pun saban minggu juga ke BPP tu.Masa tu Cella baru form 1..Tengahari ambil dia kat sekolah,pecut ke Putrajaya.Melangut la dalam bangunan BPP tu sampai jejak jugak la pukul 5.Pastu balik wajib singgah Alamanda ni makan sizling mee.Masa tu heret Cella la ke sana sini.Adah kat Segamat,kemudian Puncak Alam.Abangnya kat Kedah.Now datang berdua pula dengan Adah.

Adah kalau datang sini harus order waffle Dah la  dengan bedak lipstict pun tak pakai.Baju pun pakai t-shirt zaman Achik dia umur 20-an🤭🤭lagi.Selamba kami masuk makan kat sini dengan baju nak gi pasar🤣.Who care ..kan...
Janji makan bayar sendiri...

Adah kata ...order waffle ninyang besar bulat tu..

Dapat yang ni.Pekerja dia kata yang bulat tu dah takdak.Ganti yang ni ..
Lepas makan saya ajak ke MPH

Adah nak cari file.

MPH ni pun dulu zaman anak-anak sekolah ,ni la tempat lempak kami anak beranak.Nak beli sikit saja,tapi pakat ambil peluang baca buku percuma🤭Zaman tu semua rajin membaca.Saya pula masa tu bertimbun buku motivasi.Tapi berbaloi sebab bila rajin baca buku motivasi...Jiwa jadi semangat dan seronok bekerja.Now,dah malas nak membaca..Semangat pun dah mula menurun...huhuhu


Lalu nak ke parking ,nampak pula mende alah ni...

Eh,Turkish Delight pun dah berubah kedainya.Dulu tepi tangga dekat Barber Shop tu kan?Sekarang deret sebelah Roti Boy tu pulak..

Bau Roti Boy menusuk ke qalbu...Capai la juga 3 pcs...Tak beli kang balik dok gila bayang pulak kan....hihihi


Semua manis...
Tadi dah makan waffle
Pastu beli roti boy
Ni tambah pula bakhlava 


Kalau saya asyik nak makan macam-macam ...itu tandanya tengah stress...Huhuhu...

Kesudahannya pasar kemana apa kemana...Balik singgah Hero,beli beras & sikit barangan kering...hihihi

12 comments:

  1. Hahahha.. macam ni mggu depan menapaw sajalah, dah tak ada benda nak masak. Ye ke tak ada???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya macam gitu jer🤭
      Aduh,kemalasan apakah yang melanda ini.Tak pernah alami selama ini.

      Delete
  2. Asalam..jauh berjalan hari ini ya..semua gambar menarik..teringat hari tu pergi ke Puterajaya..memang cantik View ada tasik dan Masjid Puterajaya yang besar ada lif

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam...
      Alhamdulillah.Putrajaya bagi saya,kota yang menenangkan terutama kalau meronda awal pagi minggu.
      Masjid tu tengah renovation pula kubahnya..Dah tak nampak warna pink pada kubahnya tu.Mungkin lepas ni lagi cantik

      Delete
  3. Nampaknya nawaitu ke lain jadinya ke lain

    ReplyDelete
  4. Skg ni masa berlalu cepat. Kejap² je pergi mana² dah berubah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...
      Sekeliling rumah pun sedar-sedar landscape berubah.

      Delete
  5. Jauh tersasarnya tu kak. Ammi penah pegi Alamanda sekali je. Tu pun masa xde anak. Ni kyra pon dh 13 tahun umurnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama tu....dah lebih 13 tahun...Tak wajib pun pi Alamanda🤣🤣🤣Ammi mungkin lebih selesa ke mall lain..Cuma saya rajin pi situ sebab tak sesibok mall lain di tengah KL

      Delete
  6. Nawaitu tak menghalalkan cara ni. hehe..Bila dah jejak putrajaya, seluruh pelusuk putrajaya pergi. Sesekali lah kan. Pakai baju pergi pasar pun, don't care.
    kadang saya macam tu jugak, asal stress cari makanan jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Fiza...
      Kalau stress mula la nak makan macam2...
      Ada orang susah hati jadi kurus.Kita sebaliknya...huhuhu

      Delete