Sunday 5 September 2021

SARAPAN MEE TELUR vs NASI GORENG BAWANG

 Happy ☀️day.....

Masak Mee Telur untuk sarapan pagi weekend ni


Guna mee telur cap tiga ayam ni lagi.Saja tak mau rotate gambar tu...Biar ayam tu pulak pening....hihihi
C&P resipi dari old post.Tapi hari ni saya masak 1 paket sahaja.

MEE TELUR GORENG

2 paket mee telur 

5 batang sosej- hiris
1 pokok daun bawang
2 sudu culi blend + bawang blend
2 bawang putih
1 kiub bilis
4 sudu minyak
kicap lemak manis.

1. Jerang air dalam periuk untuk celur mee.


2. Sesambil tu panaskan minyak dalam kuali & tumis bawang putih cincang.


3. Masukkan sosej hiris & goreng hingga harum.


4. Tambah cili + bawang blend & masak hingga naik minyak.Tambah kiub bilis.Garam hanya masuk jika perlu.


5. Celur mee dalam air mendidih lebih kurang 2 minit & bila nampak sudah lerai,terus cedok & masukkan dalam tumisan.


6. Gaul rata sambil renjis kicap supaya merata.


7. Masukkan daun bawang hiris & sesuaikan rasa.


Masak sarapan heavy sikit sebab anak bujang tu nak pi Puchong untuk vaksin  2nd dose pagi ni.Kena masak berat sikit la.Minggu lepas,dia derma darah ,lepas tu pening kepala.Bukan salah nurse kat situ,salah dia la tak sarapan dulu.Tapi lepas tu dia dapat coklat la,roti la bagai dari tempat derma darah tu,hilang pening kepala...hihihi.

Minggu ni 2nd dose pula. Dia orang terakhir dalam rumah ni yang akan lengkap 2nd dose.

Kat KL ni jalan dah mula sesak setiap pagi dan petang bilamana kebanyakan sektor sudah dibuka sepenuhnya.Kebanyakan tempat makan pun dah boleh dine in.


Untuk saya....
Takmau mee..sebab nak makan nasi.
Nasi Goreng Bawang vs Teh O Panas.
Minggu ni dah 3 hari berturut-turut saya masak NASI GORENG BAWANG ni sejak hari Jumaat,Sabtu & Ahad hari ni.Sedap sungguh makan nasi goreng nostalgia ni.Semalam sebab teringin nak makan lagi nasi goreng bawang ni,tapi tak ada nasi sejuk.Lepas masak nasi untuk lunch,saya cedok sikit nasi tu buat nasi goreng bawang.Makan senyap-senyap...
Hihihihi


7 comments:

  1. Selamat berhujung minggu Mama Cella.
    Saya pun buat sarapan berat pagi ini, goreng bihun dan nasi goreng tambah cempedak goreng sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berehat sebelum kembali ber BDR esok...
      Saya dah masak mihun 12 sudu teh gula...Tergoda di dapur cikgu hari ni...hihihi

      Delete
  2. Mama cella ni sentiasa rajin memasak juadah tuk anak2. Mentari awal pagi dah bersinar jadi jemur la apa yg patut sblm dia menghilang sebalik mendung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhmadulillah...
      Sebab rajin makan🤣
      kena rajin masak🤭
      Mak-mak macam tu la kan..Kena alert macam2 termasuk cuaca kan.
      hihihi

      Delete
  3. Pernah sekali dua je masak mee telur ni. Jarang beli mi kering kecuali bihun dan maggi. Sedap nampak nasi goreng bawang even kosong pun.

    ReplyDelete