Wednesday 29 September 2021

MEE GORENG BASAH TAK LENCUN


Mee Goreng Basah Tak Lencun..

Anak-anak suka mee goreng basah lencun macam banjir macam mee hailam,tapi saya tak pandai nak masak sampai lencun.

Rasa macam dah boh kuah banyak.Tapi dia tetap tak lencun...hihihi

Saya guna Nu Mee Gardenia..Dulu masa mee ni baru keluar,saya rasa macam tak berapa sebab macam keras.Tapi dah lama-lama baru boleh tune.Mee ni bagusnya selain tidak perlu curiga pasal kebersihan dan bahan yang digunakan ,mee ni juga muai.Untuk 4 orang makan saya masak sebungkus sahaja.Masak kena lama sikit.Walauoun kembang macam mee udon,tapi tak lembik..sedap pada tekak saya.Yang penting tak perlu was-was...

"Saya Mempercayai Gerdenia"

(agak-agak Gardenia baca tak🤣)



MEE GORENG BASAH TAK LENCUN
1 paket mee Gardenia
1 mangkuk daging rebus hiris nipis + air rebusan
1 buah tomato masak
2 pokok daun bawang 
(boleh ganti sayuran lain)
2 sudu cili blend
2 sudu bawang merah blend
1 sudu cuka makan
2 bawang putih-ketuk 
1 kiub pati ayam
Kicap manis secukupnya
4 sudu minyak

 1. Panaskan minyak,tumis bawang putih ketuk.Masukkan bawang blend dan cili blend.Masak hingga naik minyak.

2. Tambah daging dan air rebusan daging & kiub ayam,cuka makan,buah tomato hiris dan masak hingga mendidih.

2. Masukkan mee dan 1 cawan lagi air.Kacau rata sambil rinjis kicap manis ikut tahap gelap yang disukai.Tambah daun bawang yang dikerat-kerat atau sayur kegemaran.

3. Gaul balikkan hingga mee lembut dan kuah pekat.Sesuaikan rasa.

4. Hidang bersama telur rebus dan sepotong limau nipis atau limau kasturi



13 comments:

  1. Sebagai peminat Mee Goreng dan kipas susah mati Gardenia, sy kecurrrrr!

    ReplyDelete
    Replies
    1. 🤣kipas susah mati yer..
      Jarang ada makanannyang kita tak suka kan....hihihi

      Delete
  2. Alaaaaa...dah la fav SA ni mee goreng basah...ada rencah kerang mesti best ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh...letak kerang ya..belum pernah try lagi...Boleh cuba nanti kalau ada stok kerang..
      Kerang mahaiiii🤭

      Delete
  3. Terhibur baca tajuknya. Kene letak air lebih sikit kot baru lencun. hehe..sedap nampak kejadian tu walaupun tak lencun. Dulu okay beli numee tu lepas tu rasa tak boleh terima pulak. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la rasa dah letak air banyak dah...Memang kena letak macam kuah mee hailam agaknya sebab mew ni kuat menyerap kuah🤭

      Delete
  4. Kak lin prnh beli numee ni few times.. tp ntah la, kak lin yg tak pandai masak kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun dulu tak boleh go dengan mee ni..Sekarang,eh...tersuka pula...tapi memang kena masak lama la baru lembut...hihihi

      Delete
  5. Agaknya kena masak kuah dulu bagi didih dengan aksesorinya, terakhir baru masuk mi. Begitu kot nak bagi mi lencun hahahaaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..agaknya la,nanti boleh cuba try test...🤭

      Delete
  6. samalah ammi pun mempercayai gardenia. Dah tak beli mee jenama lain dah sebab ada yang rasa kapur lah, sebu perutlah bila makan. Dengan gardenia tidak lagi..(ok tak ayat iklan gioni)

    ReplyDelete