Thursday 23 September 2021

MASAK APAM TAPAI UBI

Kadang ada hari rasa penuhnya macam tak cukup 24 jam.Kadang ada hari rasa lapang dan dapat menyiapkan tugasan hakiki dan kerja rumah dengan jayanya.Alhamdulillah..

Kadang rasa serabut.Kadang rasa aman dan tenteram.


Semalam sesambil BDR pun sempat juga Bekerja Untuk Rumah...hihihi.
Seawal pagi sambil on laptop yang slow mengalahkan siput khinzir tu sempat la ke dapur blendkan adunan nak buat apam.Apam ni kalau kat kampung saya & mostly orang Kedah panggil APOM.Kalau apam tu kuih serabai yang dimasak ketika kenduri arwah.Apam balik pun kami panggil APOM BALIK...


Ni apom aka apam  old school yang memang guna 100% tepung beras.Kalau zaman kanak-kanak tengok mak buat apom ni guna tepung beras yang dibancuh dengan gula dan ditutup dengan kain jarang dan  diperam beberapa hari hingga masam untuk menjadi "ibu" apom.Dari ibu apom tu la dibancuh dan dikukus dalam pelengat(loyang bulat) menjadi apom.

Ni yang saya masak semalam saya guna tapai ubi sebagai "ibu" apom.


Beli tapai ubi...Tapi tapainya macam dah overdue...Bila cium menusuk hidung & bau dia pun dah pedih hidung manandakan tapai ni bukan tapai baru.

Nak makan pun dah tak sedap.Maka diblend bersama tepung beras,gula dan air untuk jadikan adunan apom.
Sebenarnya ni resipi apom tapai nasi.Tapi saya gantikan dengan tapai ubi

APAM TAPAI
2 cawan tepung beras (cap teratai)
½ cawan tapai nasi/tapai ubi
½ cawan gula
1¼ cawan air
1 paket eno biru

1. Blend tepung beras,tapai,gula dan air hingga creamy.

2. Perap  lebih kurang 5 jam atau semalaman.

3. Panaskan kukusan hingga air mendidih.Sapu minyak pada acuan kuih dan panaskan acuan dalam kukusan lebih kurang 5 minit.

4. Sementara itu campurkan eno kedalam aduann dan kacau rata.

5. Sendukkan adunan kedalam acuan dalam kukusan .Isi ¾ penuh.

6. Kukus dengan api kuat untuk jadikan kuih merekah & api sederhana jika mahukan kuih tidak merekah.Kukus lebih kurang 20 minit.

7. Hidangkan dengan kelapa putih yang digaul dengam sikit garam.

Kerana kesukaran mendapatkan eno biru original...saya guna juga eno hijau perisa lemon ni.Risau juga kuih akan masam...
Alhamdulillah,kuih tidak masam tapi ada la sikit rasa lemonnya.Lebih baik guna eno paket biru.Tapi kat tempat saya ni memang susah sungguh nak jumpa eno biru.Kalau tanya kat kedai,farmasi & 7E pun hanya ada eno halia,lemon & orange sahaja.Tak tau pasai pa...


Masa buka penutup kukus tu berdebar juga macam orang nak kawin..🤣🤣🤣
Jadi ke tak...jadi ke tak???

Alhamdulillah...jadi walaupun mekar ya tidaklah seperti buat apom guna tapai nasi.
Cuma warnanya tidaklah seputih salju.Mungkin sebab guna tapai ubi kuning...Dah terkuning sikit...sikit saja la..macam warna cream gitu..Kelapa putih yang dalam peti ais dah tak freah sangat.Jadi,makan gitu sahaja.Kalau makan dengan kelapa putih fresh lagi sedap ni.



Resipi Apom Tapai ni dikongsikan oleh Kak Cham kawan sekerja kat Taman Segar  tak silap hujung 90-an. Masa tu muda lagi .
Umur baru 20-an.Tapi saya masih ingat resipi tu sebab memang saya catat dalam koleksi resipi saya.Saya ada ring file yang saya simpan resipi bertulis dan keratan majalah.Ada beberapa keratan majalah tu keluaran tahun 1980-an yang menggunakan timbangan kati,tahil dan aun serta paun.Itu antara koleksi kesayangan saya.Tapi ringfile tu kat tempat kerja kerana pernah dipinjam oleh seorang rakan.Harap-harap masih ada la ringfile tu...Banyak resipi yang saya tulis tangan bila saya dapat resipi dari sesiapa & setelah dicuba dan menjadi,maka saya akan catat.Antara yang saya masih ingat,resipi dadih menggunakan susu cair + coffeemate dari arwah Nora.Resipi maruku dari Kak Rose jiran lama di kuater.Resipi donut dan kuih pau dari Kak Dah Mat Perang.Dan pastinya lah resipi apom tapai dari Kak Cham ni.Kak Cham ni baik dan cantik orangnya.Walaupun dah tukar tempat kerja tapi sesekali masih berhubung.Kali terakhir jumpa Kak Cham ketika dijemput ke majlis perkahwinan anaknya.Dulu masa kenal Kak Cham anak sulungnya baru sekolah rendah.Saya pun belum ada anak masa tu.Bila lama tak jumpa tau-tau dah terima menantu.Macam masih ingat nama tempat kenduri tu..Sangkot Tree.Bila google makan kenduri @ sangkot tree..Eh,ada dalam oldpost :

Rindunya nak makan kenduri kawin kan..Semoga resipi yang dikongsikan menjadi pahala untuk Kak Cham.

Apom Tapai...
Kuih-kuih kukus macam ni memang layan sengsorang la..Anak-anak tidak menunjukkan minat.Mereka lebih berminat kuih goreng yang pedas macam karipap,cucur udang,cucur jagung dan sewaktu dengannya.Bagi mereka kuih kukus adalah kuih orang tua...


8 comments:

  1. Hye cella, nak tanya macamana dengan mata ya, dah ok ke? Kena operate ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahamdulillah..Dah buat sugery tahun lepas sebelum dia sambung belajar.Kelopak mata kanannya tu tetap juga lebih tebal berbanding mata kiri.Parut surgery juga jadi parut kekal.Tidaklah terlalu ketara tapi nampak.Biji chalazion tu masih ada dikelopak atas dan bawah mata kirinya.Kadang bengkak,kadang nampak elok.Masih kena rawatan susulan selalu guna ubat pembersih sebab bulu matanya lebat dan panjang menjadi perangkap habuk.Alhamdulillah & terima kasih atas doa dan keperihatinan semua🌹🌹🌹

      Delete
  2. Replies
    1. In sha Allah sedap bagi yang gemar kuih kukus

      Delete
  3. Cantiklah warna apam tu. Sblm baca tulisan makcella saya tertanya2 makcella guna pewarna apa, rupa2nya warna ubi kayu kuning. Sedap tu klu dpt cicah dgn kelapa

    ReplyDelete
  4. First time tahu ada apam tapai. Fuhh berdebar nak tahu menjadi ke tidak tu kan. Syukur menjadi cantik. Alahaii anak anak tak layan pulak kuih apam tapai ni ye. Sedap makan panas panas.

    ReplyDelete