Friday 24 September 2021

BELI STRUDEL PEACH

 Baca tajuk dah tau ni memang beli..Habaq awai-awai na..Bukan saya buat...hihihi...


Beli Strudel Peach ni hari apa dah lupa...tapi rasanya hari Sabtu,sebab masa tu semua tak kerja & ada kat rumah.Dapat makan sama-sama.

Tertarik tengok pic yang diiklankan seorang rakan dalam group tak rasmi.Group tak rasmi ni untuk semua staff sembang atau nak bznz sesama sendiri la..Kalau hal kerja dalam group rasmi.

Terus order..1 kotak ni mengandungi 16 pcs. Sekali pandang nampak mac slices cake time hi tea kat hotel kan..Dah 2 tahun tak berhitea kat hotel.Tahun lepas dengan awal tahun hari tu pi hantar Cella kat Ganu pung takdop buffet breakfast..Kena order & dorang hantar ke bilik..
Rindu nak hitea atau buffet breakfast @ hotel.Rindu tu sebab bukan selalu dapat makan kat hotel kan....Kalau orang yang dah selalu ..depa dah tak heran...Saya ni jarang-jarang...tu yang rindu...hihihi...


Adah pick up strudel ni lepas Zohor.Bila dia bawa balik,terus pakat terkam..hihihi.
Anak bujang terus tanya ni apa.Bila cakap strudel peach,dia mengerutkan dahi.Kata anak bujang tu kalau strudel ianya pastri nipis yang digulung & dalamnya ada inti apple etc.Anak bujang tu tau la juga serba sikit pasal culinary.Macam saya juga,tau la serba sikit sebab kami dua beranak suka ambil tahu & suka makanšŸ¤­ Hihihi...sebenarnya saya pun expect macam tu juga...
Tapi Adah & Cella cakap,ini memang strudel & strudel peach ni sekarang tengah viral kat Tik Tok & youtube...Laaaaaa ya ka....
Saya pun cuba la layari youtube ..
Ooooo betul la...Ni depa panggil strudel...
Nampaknya saya & anak bujang masih old school group la....Zaman dah berubah nak....
Hihihi......
Apapun strudel peach ni sedap dan licin sekejapan sahaja...


8 comments:

  1. Ramai bakers yang ada sijil dalam bakery marah dgn kewujudan strudel express ni. Takut saya, hihi

    ReplyDelete
  2. Ops...la,ya ka
    Saya baru tau kewujudan strudel segera ni sebab beli ni la.Selama ni hanya tau strudel tradisional tu ja.. Tu yang mengGoogle..hihihi

    ReplyDelete
  3. Tak pasti rupa strudel sebenar sebab tak pernah makan dan ambil tahu. Tapi jenis macam ni trending sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka pastri2 ni ..Kalau pi bakery ka ..hi tea ka...memang cari creamy dessert & pastry macam strudel bagai tu.Swlain tu suka membaca pasal culinary..hihihi..Tu yang tau...Tapi nak buat tak pandai..hihihi

      Delete
  4. Sempat makan strudel peach sewaktu raikan rakan sekerja pencen pada Ogos lalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu makan versi mana?šŸ¤­Kesian juga yang oencen dalam PKP kan...Rezeki orang pencen dulu & la ni tak sama kan..tapi mesti ada hikmah kan

      Delete
  5. Ssdapnya strudel peach ..jangan risau sis..SA pun baru tau strudel peach macam gambar tu...kita sama2 old school

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...SA pun old school jugak ker..kita gengšŸ¤­

      Delete