Tuesday 30 March 2021

PULUT MANGGA PULAK DAH.....

 2 hari lepas buat pulut pelam.hari ni saya buat pulut mangga pulak...

Hihihihi...macam la mangga dengan pelam tu tak sama...


Hari ni saya masak lebih untuk dikongsikan bersama pekerja kebersihan & security


Yang ada 3ketul & mangga seksi tu untuk security guard.Depa 2 orang saja,Kak Misah & Shahrul.Tapi saya boh 3 ktoi sebab kadang suami Pn Isma selalu lepak dengan security kat depan tu.Boleh la sorang seketoi.

Lagi 8 ketoi dalam bekas tupperware hijau tu untuk pekarja kebersihan.Depa selalu rehat sama-sama kat pondok tepi pokok kuinin dekat pencawang tu.


Limit sorang seketoi sahaja.Semua dah 4&ada yang 5siries .Tak boleh makan pulut banyak- banyak...Hihihihi
RESIPI PULUT LEMAK & SOS SANTAN boleh tengok sini


Buah mangga ni saya basuh & hiris bersama kulitnya.buat potong petak supaya bila nak makan boleh ambil sorang 1 korek dengan sudu.Kalau potong buang kulit nanti berair & tak selera pulak nak makan.


Pulut lemak.Nak makan depa ambik sorang seketoi & curah sos santan.Korek isi mangga & makan.Pinggan & sudu depa kata depa dah ada banyak dalam stor.


Sementara mangga tengah musim.Nak kongsi banyak takdak,kongsi la sikit sorang seketoi pulut lemak & separuh buah mangga.Asalnya anak bujang saya beli 6kg mangga tapi sayangnya dia tak pandai nak pilih.Dia cakap suruh penjual tu pilihkan.Daripada13 biji mangga tu hanya 5 biji cantik.

Bakinya semua sudah lebam benyek kesan dipicit-picit.Nasib baik kat rumah ada lagi 6 biji mangga yang kawannya bawa buah tangan hari Ahad tu.

Chef Wan pernah sound mak- mak yang beli terung,bendi & mangga .Katanya orang pompuan kalau beli suka picit-picit ,pastu letak balik & bila nak betul- betul membeli tak amik yang picit tu tapi amik yang tak dipicit.Apa motif picit???

Hihihihihihi...

10 comments:

  1. Saya sokong 100% kata-kata chef wan tu, kesian kat peniaga...cuba letak diri kita sbg peniaga tu, kenapa nak picit. kita pegang buah tu pun boleh rasa buah tu lembik ke atau keras..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada orang yang memang habit dia macam tu suka picit- picit ,patah,- patahkan...pastu ambil yang lain.Tak patut kan...

      Delete
  2. Alhamdulillah.
    Murah rezeki Mama Cella.
    Tentu seronok sangat cleaner dan security guard tu.

    ReplyDelete
  3. Saya biasa beli manga masa offer pn serah pada peniaga pilih. Kerap jugak ada sebiji dua dah ranum tapi redho je la coz harga pn murah.tapi kalu yg mahal pastu masam purik mmg menyumpah gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sebiji dua yang lebam tu,memang redho tapi ni dia bg smpai lebih separuh yg tak elok..hihihi.Semalam lalu situ,dah takdah dah lori mangga tu....hihihi dah balik ambil stok baru kot.
      Lama tak dengar & tak gunakan perkataan masam purik tu...rindu dialek tu

      Delete
  4. Alhamdulllah
    rezeki dikongsi bersama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah,semoga Allah limpahkan lafi rezeki untuk muslimin & muslimat di seluruh alam ini

      Delete
  5. Semalam Pak Inche bawa balik mangga dr pasar malam, RM5/3kg.. dalam kepala memang dah terbayang pulut mangga ni, nak try resepi Mak Cella pulak, mesti sedap resepi org2 yg pro. kita ni buat sekali setahun jer, haha.

    Semoga bertambah melimpah rezekinya Mak Cella

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aammiinnnnn.....Semoga rezeki pendoa juga dilimpahkan Allah

      Delete