Musim mangga tengah murah.Mango is mangga.Mangga mean pelam @ Kedah.Pelam a.k.a pauh @ Pantai Timur.
Dulu- dulu zaman saya sekolah , dalam buku Bahasa Melayu selalu jumpa perkataan mempelam.Jarang jumpa perkataan mangga.Kalau di kampung saya memang panggil Buah Pelam.
Buat versi kuah santan ala Thai.Kalau @ Kedah selalunya buah pelam masak ranum dimakan bersama pulut lemak tanpa kuah santan.Pulut kukus digaul santan + sikit garam,kemudian dibiar beberapa minit sebelum dihidang.Rasanya memang lemak & pulutnya berkilat.
Siram sos santan yang lemak masin
PULUT PELAM SOS SANTAN
Pulut:
1 kg pulut- rendam semalaman
3cawan santan pekat+ 1 sudu teh garam + 3 sudu besar gula pasir putih
(untuk dapatkan pulut lemak yang sedap & cantik,mesti guna santan segar)
1 helai pandan
1/2 sudu teh pewarna hijau
(jika suka pulut bewarna hijau)
1. Kukus pulut hingga masak
2. Santan dicampur garam,gula dan pewarna hijau..(jika suka pulut warna hijau)
3.Bila pulut masak...gaulkan pulut bersama santan tadi hingga rata..
Memang mula2 nampak macam santan banyak dan sedikit melekit bergaul santan.
Biarkan sekejap...Pulut akan menyerap santan dan akan jadi berkilat
4. Jika nak terus makan x perlu kukus semula
Lagi lemak pulut digaul santan tanpa dikukus
semula..
TETAPI jika untuk tahan lebih lama...Kukis semula pulut bergaul santan ..TANPA ditutup ..
Ini untuk mengelakkan pulut menjadi lembik kerana wap berkumpul.
Sos Santan:
2 cawan santan pekat segar (santan segar lebih sedap berlemak)
(jika tiada boleh guna1 kotak santan + 1 cawan air)
1 helai pandan
1 sudu tepung beras@ tepung gandum
1 sudu teh garam
**Campur semua bahan & kacau atas api hingga mendidh & pekat. Sejukkan
***Sos santan biar agak masin untuk seimbang dengan manis buah pelam.
Tak pernah makan pelam dengan pulut.
ReplyDeleteKalau jumpa orang jual,boleh cuba try test...hihihi
DeleteSedapnya.. teringin jugak nk rs air tgn akak.. hehe
ReplyDeleteMai la sini Mim....hihihi
DeleteKita pun sebut pelam, hihi. Sekarang ni jer sebut mangga atau mango. Baru Jumaat lepas makan Pulut Mangga, tapi makan kat kedia, huhu
ReplyDeleteMango ...
DeleteMacam sebut bongo dalam film P.Ramlee.
Ada jual ek pult mangga ni kat sana
Sedapnya makan pulut dgn pelam
ReplyDeleteAlhdulillah...
DeleteYang suka memang elok buat sementara tengah musim ni..kalau takmau buat,mai sini nak jamu..hihihi
Bertuah nya tetamu itu....👍
ReplyDeleteAlhamdulillah..Tuaj rumah pun bertuah juga.Tetamu datang bawa lagi buah mangga juga sebagai buah tangan.Hihihi
DeleteMemang teringin nak merasa makan pulut mangga, tapi sehingga kini masih belum berkesempatan untuk merasai. Biasa makan pulut durian saja, atau nasi dengan durian.
ReplyDeleteKalau ikutkan pulut durian memang tiada tandingnya.Cuma pulut mangga ni juga ada peminatnya.Pulut mangga jarang dijual berbanding pulut kuning.Kalau nak juga bayangkan rasa dia bokeh beli pulut kuning ,ambil pulut sekepal makan bersama sepotong mangga .Lebih kurang begitu lah rasa dia.
Delete