Sunday, 28 March 2021

PULUT PELAM KUAH SANTAN

 Musim mangga tengah murah.Mango is mangga.Mangga mean pelam @ Kedah.Pelam a.k.a pauh @ Pantai Timur.

Dulu- dulu zaman saya sekolah , dalam buku Bahasa Melayu selalu  jumpa perkataan mempelam.Jarang jumpa perkataan mangga.Kalau di kampung saya memang panggil Buah Pelam.


Hari ni buat Pulut Mangga aka Pulut Pelam


Buat versi kuah santan ala Thai.Kalau @ Kedah selalunya buah pelam masak ranum dimakan bersama pulut lemak tanpa kuah santan.Pulut kukus digaul santan + sikit garam,kemudian dibiar beberapa minit sebelum dihidang.Rasanya  memang lemak & pulutnya berkilat.
Kalau di kampung saya,pulut lemak biasanya  di hidang secara savoury  bersama gulai ayam,gulai daging,gulai udang,sambal ikan bilis,sambal ikan,ikan pekasam dan ikan masin.Pulut lemak juga selalu digandingkan dengan buah- buahan yang masak ranum & manis isinya seperti pisang emas,nangka,cempedak ,durian & mangga.Ada juga versi pulut dimakan bersama serawa pisang,serawa nangka,serawa labu,serawa ubi kayu,serawa keledek & serawa durian .Tapi pulut yang dimakan dengan serawa hanya dikukus kosong tanpa digaul santan kerana kuah serawa sudah lemak & manis.

Pulut Pelam @ rumah saya hari ni 

Kebetulan ada 2 orang rakan anak bujang saya datang selepas asar petang tadi.Saya masak mihun goreng.Mihun la yang paling ekspres nak masak kalau tetamu bagtahu last minutes @ datang mengejut.

Mihun goreng pedas.

Hidang bersama jeruk cili putih Sabah .

Maka pulut pelam sebagai pemanisnya.


Siram sos santan yang lemak masin


Sudukan sedikit pulut+ santan lemak masin+ mangga lunak & manis.Gandingan mantop untuk yang meminatinya.Selera tak sama.Ada yang suka makanan ini & ada juga yang tak berselera bila pulut dimakan dengan buah- buahan manis.

PULUT PELAM SOS SANTAN

Pulut:
1 kg pulut- rendam semalaman
3cawan santan pekat+ 1 sudu teh garam + 3 sudu besar gula pasir putih

(untuk dapatkan pulut lemak yang sedap & cantik,mesti guna santan segar)

1 helai pandan
1/2 sudu teh pewarna hijau
(jika suka pulut bewarna hijau)


1. Kukus pulut hingga masak
2. Santan dicampur garam,gula dan pewarna hijau..(jika suka pulut warna hijau)
3.Bila pulut masak...gaulkan pulut bersama santan tadi hingga rata..
Memang mula2 nampak macam santan banyak dan sedikit melekit bergaul santan.
Biarkan sekejap...Pulut akan menyerap santan  dan akan jadi berkilat
4. Jika nak terus makan x perlu kukus semula
    Lagi lemak pulut digaul santan tanpa dikukus
    semula..
TETAPI jika untuk tahan lebih lama...Kukis semula pulut bergaul santan ..TANPA ditutup ..
Ini untuk mengelakkan pulut menjadi lembik kerana wap berkumpul.

Sos Santan:

2 cawan santan pekat segar (santan segar lebih sedap berlemak)

(jika tiada boleh guna1 kotak santan + 1 cawan air)

1 helai pandan

1 sudu tepung beras@ tepung gandum

1 sudu teh garam


**Campur semua bahan & kacau atas api hingga mendidh & pekat. Sejukkan

***Sos santan biar agak masin untuk seimbang dengan manis buah pelam.


12 comments:

  1. Tak pernah makan pelam dengan pulut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau jumpa orang jual,boleh cuba try test...hihihi

      Delete
  2. Sedapnya.. teringin jugak nk rs air tgn akak.. hehe

    ReplyDelete
  3. Kita pun sebut pelam, hihi. Sekarang ni jer sebut mangga atau mango. Baru Jumaat lepas makan Pulut Mangga, tapi makan kat kedia, huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mango ...
      Macam sebut bongo dalam film P.Ramlee.
      Ada jual ek pult mangga ni kat sana

      Delete
  4. Sedapnya makan pulut dgn pelam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhdulillah...
      Yang suka memang elok buat sementara tengah musim ni..kalau takmau buat,mai sini nak jamu..hihihi

      Delete
  5. Bertuah nya tetamu itu....👍



    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..Tuaj rumah pun bertuah juga.Tetamu datang bawa lagi buah mangga juga sebagai buah tangan.Hihihi

      Delete
  6. Memang teringin nak merasa makan pulut mangga, tapi sehingga kini masih belum berkesempatan untuk merasai. Biasa makan pulut durian saja, atau nasi dengan durian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikutkan pulut durian memang tiada tandingnya.Cuma pulut mangga ni juga ada peminatnya.Pulut mangga jarang dijual berbanding pulut kuning.Kalau nak juga bayangkan rasa dia bokeh beli pulut kuning ,ambil pulut sekepal makan bersama sepotong mangga .Lebih kurang begitu lah rasa dia.

      Delete