Kalau ke Terengganu wajib lah singgah sini. Bukan selalu datang sangat pun. Seumur hidup rasanya baru 5 kali kot datang Terengganu. 2 kali atas urusan kerja. Sekali datang dengan mak & anak-anak on the way balik dari Kelantan & tahun lepas hantar Cella tu kiranya kali ke 4 & ni hantar dia semula kkra kali ke-5 la
Hanya window shoping. Tak membeli pun
Saya pernah makan telur penyu dari Sabah. Bukan la sedap sangat tapi pernah makan la untuk tahu rasa dia. Telur penyu Terengganh belum pernah cuba yang fresh. Telur penyu jeruk pernah la.
Hihihihi
Saya tak beli.. Hanya keropok kering sahaja sikit
Cella nak cari baju kelawar yang rm10 tu. Katanya nanti sepanjang kuarantin dia nak pakai baju kelawar sahaja siang & malam. Senang nak basuh & cepat kering.
Dia kata nak sehelai sahaja
Akhirnya capai juga 2 helai. Katanya sehelai pakai waktu malam masa tidur. Bangun pagi basuh yang pakai malam. Pakai pula sshelai lagi. Petang mandi, basuh pula yang pakai siang. Pakai pula yang jemur pagi tadi. Begitulah bergilir-gilir 2 helai tu katanya..
Eh, datang kali ni bum naik lagi jambatan ni. Waze asyik bawa naik jambatan lama. Adah kata nak amik gambar. Dia kata 2 kali datang dia asyik drive jer. Tak sempat nak bergambar..
Hihihi....
Sejak tahun lepas, barulah saya dapat merasa seat penumpang sambil bersantai pandang kiri kanan. Kalau tidak sejak depa kanak-kanak asyik jadi driver sahaja tak sempat nak pandang kiri kanan. Alhamdulillah....
No comments:
Post a Comment