Sunday, 21 March 2021

BUBUR MERAH PUTIH

Saya buka Javanese..

Tapi hari ini saya masak Bubur Merah Putih


Bubur ini ada kenangannya sama saya.Tapi saya masak bukan atas kenangan.Sebaliknya masak atas keinginan untuk makan.Ada yang masak guna beras biasa.Tapi saya guna pulut untuk lebih pekat melekit.

BUBUR MERAH PUTIH
2 cawan beras pulut
1 kotak santan
2 keping gula nisan/ gula melaka
1 sudu teh garam
1 helai pandan

1. Bersihkan pulut & rebus bersama 3 cawan air  & pandan hingga mendidih.
2. Sementara itu jerang juga air panas untuk tambahan nanti.
3. Sesekali kacau pulut supaya tidak hangus.
4.Bila air mengering ,tambah air panas anggara 1 cawan & terus masak lagi hingga pekat.Sentiasa tambah air panas jika air mengering .Kacau dengan kerap untuk dapatkan bubur yang pekat
5. Bila sudah cukup hancur & pekat asingkan separuh kedalam periuk lain.
6. Masukkan gula melaka dalam 1 bahagian & masak hingga gula larut 
7. 1 bahagian lagi dimasukkan santan & garam & masak hingga mendidih semula & pekat
8. Hidangkan dengan memasukkan bubur merah manis ke dalam mangkuk & sendukkan bubur putih lemak ditengahnya.

Asalnya nak masak sikit sahaja.Tapi sebab dah terbiasa tamak..Penuh periuk jadinya..hihihi


Sebahagian dimasukkan gula melaka

Sebahagian lagi masukkan santan & garam.

Kacau & masak lagi hingga sebati & mendidih

Hidangkan bubur merah manis dalam mangkuk.Sendukkan bubur putih ditengah 

Saya makan dengan menceduk bubur merah & putih .Ada yang suka mengacau sebati merah & putih sebelum makan.Sebenarnya,saya pun tak tau cara makan yang sebenar..hihihi


Bila dah petang,saya campur dah semua putih & merah dalam 1 periuk.
Dah jadi bubur manis macam kheer iaitu sejenis  dessert Timur Tengah..Tapi kalau kheer ada dicampur kismis & kacanh  pistacio.
Kalau dikampung saya,masakan ni dimasak musim menuai padi.Beras daripada padi yang baharu dituai sangat harum,memang melekit & cantik serta sedap masak bubur ni.Ada yang buat kenduri padi baharu berupa hidangan nasi & lauk pauk.Ada juga yang  kurang bajet akan buat kenduri berupa bubur macam ni.Tapi tidaklah diasingkan merah putihnya.Sebaliknya dimasak bubur putih tanpa gula melaka.Hanya guna gula pasir,garam & santannya dicampur bersama...Semakin usia meningkat,semakin rindu kenangan lalu...kerana semakin jauh kenangan ditinggalkan.Sebaliknya,masa untuk ke akhirat yang semakin hari semakin dekat..


12 comments:

  1. Kalau ibu kita pun masak guna beras pulut, memang sedap tekstur bubur akan rasa kenyal sedikit. Satu lagi persamaan, ketamakan masak bubur tu, sampai satu periuk beso dimasaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..ada persamaan pada ketamakan tu...Geng

      Delete
  2. Kalau di negara saya hidangan lezat ini dinamakan bubur ketan.
    Aku juga menyukainya karena rasanya yang lezat.
    Sedap sekali disantap di pagi hari.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Himawan sudi singgah di sini.Blog kamu juga bagus sekali dengan informasi menarik terutama tentang wisata.Semoga sukses

    ReplyDelete
  4. Baru kelmarin cerita kat suami, teringin nak makan bubur merah. Hari ini jamu mata di sini.

    ReplyDelete
  5. Teringat arwah mertua dulu setiap kali sembuh dari sakit pasti disuruhnya buat bubur putih merah ni.Kemudian sedekah kan pada jiran2.Selalunya buat guna beras biasa je sebab mertua tak boleh makan pulut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..satakat yang saya tahu pun bubur ni disedekahkan sebagai tanda kesyukuran bila mendapat berita gembira & terhindar dari musibah

      Delete
  6. Lama tak makan, dulu zaman kecik mak pernah buat. Sekarang dah banyak hidangan sampai lupa menu bubur merah putih ni. Kenangan betul :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang- orang lama dulu gigih menyediakan walau serba kekurangan & kurang kemudahan gajet dapur.Sekrang sebab terlalu banyak pilihan makanan .

      Delete
  7. “Semakin usia meningkat,semakin rindu kenangan lalu...kerana semakin jauh kenangan ditinggalkan.Sebaliknya,masa untuk ke akhirat yang semakin hari semakin dekat”., begitu menusuk qalbu .. terasa sayu ..

    Semoga Allah permudahkan segala urusan kita..

    Keluarga sebelah suami javanese.. selalu arwah MIL yg masak..., akk ni sampai bercucu x pernah masak bubur merah ni.. 🤣.. dulu kalau teringin nak mkn gunakan alasan x sedap badan maka cikabang yg masak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guna la semula alasan tak sedap badan tun..kot2 cikabang buatkan..hihihi..

      Betul,semakin tua semakin rindu masa lalu.Saya selalu pesan kepada anak2 masa muda ni ciptalah banyak kenangan bersama alam sekitar & rakan2 serta saudara mara supaya bila tua banyak boleh dikenang....hihihi

      Delete