Dah tiba musim dia.. Harga mengalahkan durian, tapi tetap nak makan. Tak dapat bamyak, sikit pun jadi.
Pic by Achik. Achik kata ghemia sudah mula berbunga & ada yang sudah mengeluarkan putik sebesar hujung jari kelingking.
Kebanyakan baru berbunga. Sayangnya pokok kundang Siam depan rumah pula nampaknya lebih selesa galak daun daripada berbunga. Sudah bertahun mak tanam tapi belum pernah berjasa dengan buahnya. Hanya berjasa sebagai tempat berteduh di depan halaman rumah.
Harap-harap ghemia kampung ni berbuah lebat & dapat lah saya rasa nanti.
Buah ghemia muda memang masam(ni pic oldpost). Kalau zaman kanak-kanak memang jadi rebutan untuk menyicah (colek)lebihglebih lagi mak buyung. Kalau musim buah ghemia berputik, semua pakat bawa bekalan garam belacan (macam kuah rojak homemade) waktu bermain. Lepas bermain pakat kait buah ghemia menyicah ramai-ramai kat bawah 2 batang pokok ghemia milik tokwan kami di tepi surau dekat kubur. Mak-mak pun ramai yang menjadikan bawah pokok ghemia tu port membawang sambil menyicah . Yang lelaki memanjat, yang perempuan mengait dengan galah. Kalau pokok yang banyak kerengga depa ambil abu dapur kayu tu tabur pada tempat yang ada kerengga. Lari kerenga tu bila ditabur abu dapur. Tak tahu apa sebabnya. Kalau yang ada pokok banyak, musim buah masak, panjat pokok awa naik baldi atas pokok. Buah yang dipetik dimasukkan dalam baldi & diturunkan dengan menggunakan tali supaya buah tidak pecah @ rosak.Itu antara sebahagian kenangan saya zaman kanak-kanak & zaman remaja bersama pokok & buah ghemia.
Sekarang hanya mampu membeli sekadar merasa. Zaman kegemilanagn ghemia kampung sudah berlalu. Yang ada pokok akan jual buahnya, Tiada lagi sesuka hati orang lain boleh menyicah macam dulu. Yang tiada pokok, belilah kalau nak merasa.
Tak apalah... Tak mampu beli banyak, kita beli sikit. Selera pun bukan macam dulu lagi. Dulu sebakul kecik boleh sekali hadap. Siap telan bijinya. Asuh, bila dimenang ngeri rasanya macamana umur 8-9 tahun boleh telan biji ghemia. Sekarang makan 2 biji pun seriau gigi. Biji memang tak telan la. Takuttt
Dua tiga minggu lepas, Pak Inche beli sikit buah ni. Lepas tu dok gaduh sebutannya, inilah masalah kutub utara kutub sekarang, hihi.
ReplyDeleteHihihi.. Kalau dah kutub utara kutub selatan, ada sahaja benda sama lain nama dan sebutan. Kalau Johor vs kedah opkos asam pedas pun berbeza. Kalau Kedah asam pedas tu asam rebus. Asam pedas dioanggil asam tomeh. Dulu la. Sekarang dah pakat faham dah.. Hihihi
DeleteArwah mak saya buat sambal belacan buah kundang ni dan adakalanya di buat jeruk, tapi jeruk yg di jual di kedai dalam balang tu lagi sedap dan manis.
ReplyDeleteBetoi.. Betoi.. Sama macam kami. Mak saya oun buat cabai tumbok boh asam ghemia. Jeruk yang dijuai tu maneh sebab depa kata boh ibu gula
DeleteIbu gula tu kami panggei "gula marekan".. Hihihi
Kenangan kta serupa... terlioq sangat2 nak menyicah buah ghemia... dimana blh dpt?? 5 biji pun cukuplaaa.. buah ghemia siam boleh beli walau harga kayangan.. beli untuk tekak sendiri 🤣🤣🤣..
ReplyDeletekalau ada akk bak beli.. akk dok bangi.. kot ada bgtau yaa..
AllahuAkbar.. Semoga ada rezeki akak. Saya ada tanya mak tadi katanya ada juga menjadi buah ghemia ni kat kampung. Tapi tu la tak balik kampung. Thn lepas ada nampak orang jual dalam FB. Kalau saya nampak lagi. Insha Allah saya update. Swmoga ada rezeki akak.
DeleteWah kecur tengok buah ghemia..hihii akak tau buah kundang je.Kat mana lah nak beli ni.
ReplyDeleteHihihi.. Zaman kanak-kanak saya hantu asam-asam ni. Dah tua-tua ni alah pula makan asaman. Gigi jadi ngilu walau sekadar makan apple hijau. Tu yang lemak taknak cair tu. Hihihi
DeleteTu la buah ghemia siam ni kan dari Thailand. Agaknya sejak PKP memang stok terhad.. Agak jarang jumpa. Semoga ada rezeki akak nanti
Sedap tu ghemia kg masam.buat cicah cabai kicap.kaum ibu dulu2 petang2 sambil dok membawang depa menyicah buah kg...
ReplyDeleteBetoi Naz. Ghemia kampung kalau tak betul-betul masak memang masam. Tapi kat kamoung saya ada yang masak jenis manis. Ada juga yang masak pun still masam
DeleteKecur terus bila nampak buahh ni!
ReplyDeletePerempuan/wanita & asam jarang yang tidak suka kan cikgu.. Hihihi
Delete