Pulut inti
PULUT INTI
1/2kg beras pulut- rendam semalaman
1 cawan santan pekat + 1 sudu teh garam & 1 sudu teh gula
2 helai pandan
daun pisang- layur
1. Beras pulut yang dah rendam,kukus sampai masak
2. Masa masih panas tuangkan dalam mangkuk besar & gaul dengan santan yang dah campur garam & gula.
3. Mula gaul memang nampak berair tapi jangan risau sebab nanti pulut tu akan serap santan & pulut akan jadi cantik & berkilat.
****Tips supaya tahan tidak basi sampai ke malam... Lepas gaul santan kukus semula TETAPI JANGAN TUTUP pengukus.. Biar naik wap & wap tidak terperangkap. Jika selepas gaul santan jika dikukus semula dgn menutup pengukus, lulut akan lembik d cepat muak bila dimakan
INTI KELAPA MANIS
1 biji kelapa parut ( lebih kurang 3 cawan kelapa putih)
1 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah
1 cawan air
1/2 sudu teh garam
1 helai pandan
1 sudu makan tepung gandum
1. Masak gula pasir + gula merah dengan 1 cawan air hingga larut.
2. Bila gula larut,tambah garam & daun pandan & kacau hingga mendidih semula.
3. Bila inti hampir kering,taburkan tepung gandum sikit demi sikit sambil dikacau supaya sebati
4. Sejukkan initi sebelum digunakan
*** Boleh bungkus pulut inti dengan daun pisang atau tekan dalam acuan kecik- kecik
Masuk sekolah menengah ,cikgu SRT ajar buat pulut inti bungkus daun pisang.Bungkus macam nasi lemak juga tapi untuk bezakan,cikgu ajar pulut inti mesti dibungkus dengan seksi.Kena dedahkan auratnya bagi nampak inti kat atas tu.Saya pun tak tau pasai apa.Tapi itu lah yang saya buat setiap kali bungkus pulut inti mesti kena dedehkan auratnya.Saya kan anak murid yang baik,memang patuh arahan cikgu ...Hihihi
Namapak sedap
ReplyDeleteTaste orang- orang seangkatan umur kita..hihihi
DeletePulut dgn ikan masin tu mmg win lah
ReplyDeletekan...melekat bau kat tangan...hihihi
Delete