Dapat belimbing buluh,tekak sudah terbayang nak masak sambal .Plan asal nak masak sambal dengan ikan bilis,tapi ikan bilis pula dah habis.
Maka jadilah Sambal Sardin Belimbing Buluh ni
Masak awal-awal biar beberapa jam baru baru sedap kerana masam dari belimbing sudah meresap ke dalam kuah & belimbing juga menyerap rasa sambal menjadikan rasa kuah dan rasa belimbing yang sedap.Saya suka masak belimbing sebiji-sebiji tanpa belah .Tapi belimbingnya kena masak lama hingga benar-benar empuk baru sedap.Masukkan belimbing sama dengan menumis & masak sampai naik minyak.Tambah lagi air biar tenggelam belimbing tu & biar kuah menggelegak hingga kuah kering dan sambal naik minyak untuk memastikan belimbing benar-benar empuk lembut.In sha Allah belimbing tidak akan hancur tapi lembut dan meresap rasa sambal.
Sedapnye..haritu pun buat sambal sardin letak belimbing buluh. Pedas² masam. Ishhh..kecur pulak air liur kiteeee 😂
ReplyDeleteakan Jaja..selera kita sama..hihihi
Deletesedap ni kak... kalau saya menu sardin mesti ada telor dadar.. nasik panas.. hihihihi... sedappppp
ReplyDeleteSardin & telur dadar tu jidoh serasi Mim...hihihi
DeleteOoi sedapnya.Kecur air liur saya pepagi hari ni.Mana nak cari belimbing buluh ni?
ReplyDeleteSeru banyak kali nanti ada la tu belimbing datang bergolek..hihihi semoga ada rezekinya dapat belimbing tu
DeleteNi lepas ni mesti entri nasi goreng sardin...
ReplyDeleteTapi, kalu kita, tak sempat jadi nasi goreng, mesti licin sambal sardin dengan periuk nasi kukerjakan
Hari ni tekaan SK meleset skit..Sebab semalam ada yang minta sikit sambal tu,hari ni saya bawa sambal tu berserta semua sardinnya.Beli 4 bungkus nasi lemak biasa & makan berempat buat sarapan kat tempat kerja.Licin dah depa makan sardin tu.Alhamdulillah
DeleteAlhamdulillah....
ReplyDeleteSedapnya! Kuah berllinang-linang, jumpa nasi putih terus gaul.
ReplyDeleteHehehe..kita memang sama spesis gaul minyak tu ngan nasi..nostalgia kan cikgu
Delete