Sunday, 14 March 2021

PUDING CAREMEL MULUS TANPA LUBANG-LUBANG

Malam tadi anak bujang sorang tu cakap ada jamuan makan-makan rumah kawannya.2 hari berturut-turut dia ada makan-makan rumah kawan dia.Suka la dia dapat makan-makan.Mak dia pun suka juga tak payah masak.Hihihi.Malam semalam punya makan-makan dia kata dia beli buah bawa sebagai buah tangan.Malam tadi punya makan-makan saya buatkan puding caremel untuk dia bawa sebagai buah tangan


Ni la puding caremel yang saya buatkan untuk dia bawa.Saya buatkan sejak petang.

Dah terlanjur buatkan untuk buah tangan tu..Buatkan la juga untuk tekak sendiri..Hihihi


Yang untuk dibawa ni saya guna 10 biji telur 1 tin susu cair & 1 tin susu pekat .Kali ni saya tambah lagi cecair iaitu tambah 1/2 tin air ke dalam susu cair & susu pekat tu.Hasilnya saya rasa lebih creamy.


Sebab nak bawa sebagai buah tangan,saya make up la sikit .Gunting daun pandan & letak ceri merah.

Yang untuk tekak sendiri guna½ daripada sukatan buah tangan tu..Sebab yang ni guna loyang bulat yang kecik tu sahaja

Yang nak makan sendiri takdak la bermakeupun

Kecuali yang ni,boh juga la lipstick & celak..hihihihi
Puding ni kalau 10 orang buat,boleh jadi 10 rasa yang berbeza.Ada yang suka guna susu pekat sahaja.Ada yang suka guna susu cair sahaja & saya suka guna dua-dua jenis susu.Tapi kadang,kalau hanya ada salah satu susu pun saya buat juga.Kalau guna susu pekat sahaja,rasa lebih manis tapi kurang lemak.Kalau guna susu cair rasa lebih lemak.Saya pernah guna heavy cream,memang lagi lemak berkrim.Cuma cepat muak sebab lemak sangat.Ada kawan saya  dia lebih suka puding caremel ni yang lebih keras & berlubang-lubang macam cheese tu.Katanya sebab puding tu menyerap air gula macam sponge 


Saya pula suka puding caremel yang licin,creamy & tiada lubang-lubang.Saya suka yang lembut smooth bila dicedok macam ala-ala taufu fa tu.Nama pun manusia,pastinya selera tidak sama..Hihihi

Untuk dapatkan cream caremel yang tidak berlubang,tips saya ialah JANGAN dipukul telur tu.Apa lagi diblend ,kerana kalau diblend telur akan berbuih & puding akan berlubang-lubang nanti.Saya hanya akan kacau telur dengan wisk sekadar putih & kuningnya bercampur sahaja.

Untuk dapat texture yang creamy,saya akan panaskan susu hingga berwap sebelum dicampur dalam telur & harus dikacau sentiasa sambil menuang susu panas .Hasilnya campuran telur & susu akan pekat berkrim & hanya memerlukan 20-25 minit sahaja untuk dikukus.Mengukus terlalu lama menyebabkan puding lebih keras & tidak creamy lagi kerana telur sudah overcook.
Tapi ini selera tekak saya la..Saya bukan pro dalam memasak.Sekadar  pengalaman untuk tekak sendiri & keluarga sahaja..hihihi

PUDING CERAMEL CREAMY
10 biji telur
1 tin susu pekat
1 tin susu cair
1/2 tin air
1 sudu teh esen vanila
4 sudu gula pasir

1. Buat gula hangus.Tabur gula dalam kuali panas dengan api yang paling kecil
2. Biar gula mencair & jangan sampai hangus.
3.Tuangkan gula hangus yang panas tu sebagai dasar loyang..
4.Kalau suka boleh juga tambah 2 sudu air panas dalam gula tu & kacau hinngga larut..Biarkan agak pekat baru tuang dalam loyang.
5. Kacau telur.Jangan pukul..sekadar kacau supaya bercampur sahaja kerana jika dipukul kembang ,akan ada lubng2 kecil masa puding masak nanti.
6. Sementara tu tuangkan 1 tin susu cair ,1 tin susu pekat & 1/2 tin air dalam periuk & masakkan hingga naik wap,tapi jangan sampai mendidih
7.Dengan hati2 tuangkan campuran susu panas tu kedalam telur & jangan henti mengacaunya hingga nampak agak berkrim & sedikit pekat.
8. Tuangkan dalam loyang berisi gula hangus & kukus lebih kurang 20 minit.Jangan kukus lama sangat supaya tekstur puding cantik & rasanya creamy....
9. Bila dah masak & sejuk terbalikkan dalam bekas supaya jadi up-down side...baru nampak gulanya yang cantik tu.
10.Puding lebih sedap jika disejukkan beberapa jam dalam peti ais.

7 comments:

  1. Sedap tu campur susu pekat dan susu cair. Saya suka blend dengan roti putih gerdenia sekali untuk kurangkan penggunaan telur. sedap juga. cantik yang bermakeup tu. untuk diri sendiri togel pun xpe, yang penting sedap :) yup, sejuk lagi sedap dimakan. bulan puasa sedap makan puding caramel ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah boleh try nanti guna roti pula...macam menarik tu...Lagi sebulan dah nak puasa.dah boleh mula rancang menu ni...hihihihi

      Delete
  2. sy masih ingat resepi pertama mula2 buat puding caramel ni, cuma 5 telur A, 1 tin susu pekat dan 1 tin air, tapi susu pekat tu pendek tinnya, bukan macam susu pekat skrg yg tinnya tinggi. Tapi tu la, sayang betul nak menghabiskan telur, hahahaha.

    Puding caramel tu, dah macam untuk hantaran pulak, dah boleh lah tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhhh......masih ingat yer resipi
      betul la dulu tin susu 397gm. sekarang rasanya 555 gm kalu tak silap

      Delete
  3. Aduh sedapnya.Nyaman aje lalu kt tekak sejuk2 tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni kalau tengok tengahari panas bulan puasa nanti lagi laaa

      Delete
  4. Sye silent reader blog namakucella .. dr si anak yg menulis hinggalah puan ambil alih blog ni ..ank puan sgt menghargai air tgn pun .. ditulisnye satu satu resepi dan dia smdikn didlm blog dgn penulisannya untuk dijdikn rujukn dan mungkin kngn dimsa dpn .. byk resepi puan sye da try semuanye sedap dan menjadi .. salah satu fv sye ialah puding karamel ni ..

    ReplyDelete