Saturday 16 May 2020

JUADAH IFTAR 21 RAMADHAN 2020(PKPB"COVID 19)

Juadah iftar 21 Ramadhan 1441
14 Mei 2020
Hari ke 58 PKP-Covid 19
Juadah iftar 21 Ramadhan:

 1. NASI PUTIH


 2. SAMBAL SARDIN + PETAI
Abang yang beli petai
Abang kata tingin nak makan petai..
Abang siap request nak sambal petai cili padi
Dulu ababg x makan petai
Now sebab tengok aku selalu makan d aku cakap sedap, ababg dah try makan
Haaaaa.... Dah try... Memang fallibg love la


Rm 10..
Nampak macam x la mahal sangat 5 papan sepohengget
Tapi hanya 3 yang ada biji mata petai
2 papan lagi bijinya masih muda & lembik

SAMBAL CILI PADI PETAI & SARDIN
1tin kecil sardin macerel
3 papan petai- ambil isi
1 asam keping
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
4 sudu minyak
Bahan Blend
1 cawan cili padi merah Bangladesh
1 bawang besar
3 bawang putih

1. Panaskan minyak dan tumis bahan blend.
². Masukkan asam,garam,gula dan masak hingga naik minyak
3. Masukkan sardin bersama sosnya dan sedikit air dan masak kacau perlahan supaya sardin tidak hancur
4. Tambah petai dan biar mendidih sekejap sahaja supaya petai kekal rangup
5. Sesuaikan rasa

Ini pic petai @ Kedah
Achik post kat family whatsApp
Achik kata Achik ada pos petai, daun palas & ikan masin untuk we all kat Key El ni
Tapi sebab post by pos laju
Memang x laju
Dah lebih seminggu pos x nampak bayang lagi
Achik post sejak hari Rabu minggu lepas.
Now dah hari Jumaat..
Dah 10 hari belum tahu khabar berita..
Mungkin akan sampai lepas raya nanti kot😘


 3. AYAM GORENG TEPUNG PEDAS

 3.SAYUR YAU MAK TAM... 
Maknaku cakap ni versi malasz
Kalau versi rajin skit boleh tengok post
SAYUR MAK TAM SOS TIRAM

SAYUR MAK TAM SOS TIRAM
3ketul besar sayur mak tam
2 sudu ikan bilis halus bersih
1 labu bawang putih
1 cili merah
2 sudu sos tiram
4 sudu minyak masak
1. Ceraikan sayur ikut kelopaknya
2. Jerang air dalam kuali & tambah sikit garam.
3. Celur helaian sayur sekejap sahaja & susun dalam pinggan hidang
4.Panas minyak & goreng bilis hingga garing. Ketepikan
5. Goreng bawang putih cincang hingga garing & kaut bersama minyaknya.
6.Dalam kuali yang sama guna sexikit minyak bawang putih & tumis cili hiris
7. Tuangkan sos tiram yang dibancuh dengan 1/2 cawan air..
8. Bila mendidih tuangkan ke atas sayur yang sudah disusun
9. Selepas siram kuah, curahkan minyak bawang putih & minyaknya
10. Taburkan bilis goreng..


 4. POPIA GORENG... 
Dah lama nak makan popia
Tapi mak aku cakap  kulit popia xde stok
Sejak PKP banyak barang habis stok
Tingat Aqil
Dia x sebut popia
Tapi dia sebut POPIO
🤣🤣

5. AIR TEMBIKAI
1st air tembikai puasa kali ni
Setiap hari minum air kosong jew sepanjang puasa tahun ni
Hari ni mak aku buatkan air tembikai
Kesannya nasi x luak
Sebab banyak minum air
Mak aku dah cakap esok no more air manis ais..
Back to normal minum air kosong

4 comments:

  1. Meriahnya juadah berbuka puasa! Semuanya sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ teacher baca blog kiter...
      🙈
      HAPPY TEACHER'S DAY... 🌹🌹🌹

      Delete
  2. Kata poslaju? POS Kura Kura

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la pasal....
      Achik kata.. tracking masih pending....
      Achik kata nanti terima Daun Palas Kering.macam tajuk drama

      Delete