Mak aku masak
Kuah Durian Pekat..
Lemak.Manis...
Roti Jala Pandan
Mak aku cakap ni jala versi jala shark jer ni
Sebab jalanya besar- besar dan lubang besar
Mak aku cakap kalau jala ikan lain habis bolos
Hahahaha
Buat Kuah Durian dulu
Sebab kalau masak awal- awal nanti bila swjum kuahnya pekat
Kalau masak roti jala dulu baru masak kuah durian nanti kuah durian panas- panas kurang pekat
Itu pesanan mak aku
KUAH DURIAN
10 ulas durian
1 helai pandan
1 kotak santan+ 3 cawan air
1/2 sudu teh garam
1 gula melaka
1. Kikis isi durian dan ambil isi sahaja
2. Campur isi durian dengan santan + air
3. Masak hingga mendidih dan masukkan pa dan,garam dan gula.
4. Masak dengan api perlahan hingga mendidih semula dan sesuaikan rasa Biar sejuk
ROTI JALA PANDAN
2 cawan tepung gandum
2 cawan air suam
2 sudu minyak
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
1/4 cawan air pandan + sikit pewarna hijau(air dari 5 helai pandan)
** minyak untuk sapu kuali
1. Blendkan tepung,air,telur,garam dan 2 sudu minyak hingga berkrim
2. Masukkan adunan dalam botol muncung.
3. Panaskan kuali dan sapu dengan minyak menggunakan tissu atau daun pandan
4. Picitkan adunan tepung membentuk bulatan dan berselirat
5. Bila permukaan kuih telah mengering
6. Lipat atau gulungkan roti jala
Ok...hari ni nak sambung gi open house lagi
Hahaha...x serik- serik
fullameekk kuah duriannnnn.. adudududu
ReplyDelete