Tuesday, 11 June 2019

KUIH LAPIS TEPUNG BERAS + TEPUNG GANDUM

Kuih Lapis Tepung Beras + Tepung Gandum
Kuih yang mak aku masak masa iftar kat kampung minggu lepas



Permukaan dia ada sikit macam permukaan bula
Tak ploles sebab x pakai foundation
hahaha...
mak aku kata ada sikit lopak sebab masa kukus x lap wap kat penutup kukus
Air menitis tu jadi la kesan lopak skit


KUIH LAPIS TEPUNG BERAS + TEPUNG GANDUM
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 kotak santan + 3 cawan air
( jadikan 4 cawan)
1/2 cawan gula
1/2 sudu teh garam
1½ sudu teh pati rose merah

1. Campur kedua- dua jenis tepung ,garam dan gula
2. Bancuh dengan santan+air hingga sebati.
 ( untuk lebih mudah- blend semua bahan kecuali ros merah
3. Bahagi 2 bahagian sama banyak
4. Satu bahagian dibiarkan putih plain.
5. Sebahagian lagi dimasukkan 1sudu pati rose merah.
6. Panaskan loyang dan sapu sikit minyak
7. Tuangkan 2 senduk adunan plain dan kukus 5 minit.
8. Tuang pula 2 senduk adunan merah dan kukus lagi 5 minit
9.Buat hingga habis...dimulai lapisan putih dan adjust untuk akhiri dengan lapisan merah Lapisan terakhor dikukus 15 minit supaya semua lapisan masak sempurna
10. Lapisan  terakhir ditambah lagi ½ sudu teh pati rose merah supaya warna lebih menarik.
11. Sejukkan pada suhu bilik sebelum dipotong


Mak aku masak 1 loyang
Habis selesai
Sedap..
Lemak .manis dan kenyal-kenyal skit
Heee  aku tau kenyal ok..!

6 comments:

  1. SALAM

    Rajin nya mak awak mengukus... lama nak buat kueh ni.

    Tapi sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam...susah ek.nak buat kuih ni...
      Hihihi..mana kiter tahu...ingatkan senang jer..tengok mak.kiter tuang tutup....tuang tutup...dah jadi kuih...hahahaha

      Delete
  2. Pemat ngukus ni sebab nak kukus selapis2 sampai betul2 set, kalau tak nanti lapisan tu melekat tak bleh diselak selai2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yezzz....kiter memang makan selai-selai...
      Kalau gigit terus semua x feel...
      Kena kopek selapis- selapis...sedappp

      Delete
  3. Salaam. Saya rindu sangat kat mak saya. Banyak resepi masakan dia saya tak salin. Rasa rugi sangat. Terima kasih sebab awak share resepi tradisional mak awak. Saya juga terhibur baca conversations dan pesanan mak awak. Semoga mak awak sihat selalu. Semoga Allah berkati segala perkongsian resepi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..
      Alhamdulillah jika catatan ini membantu dan menghiburkan.. Terima kasih atas doa yang baik.Doa yg sama juga u tuk sis. Al fatihah untuk mak sis. Semoga

      Delete