Tuesday, 4 June 2019

MALAM 7 LIKUR @ KAMPUNG

 View malam 7 Likur dari pintu ruang tamu rumah nenek @ kampung
Lampu kelip- kelip mak aku beli dari KL bawa balik kampung
Pelita minyak tanah dipasang oleh Pak Njang berderet sampai ke tepi jalan..
Hari Jumaat pagi..Pak Njang bertungkus lumus menebang pokok- pokok kecil untik dijadikan tiang pelita
Petang Pak Njang memaku dan memacak tiang- tiang pelita dan memasang sumbu pada pelita- pelita dan mengisi minyak tanah.
Malam semua excited nak pazanv pelita dan Lampu Kelip- kelip ni...
Cahaya lampu jalan dilindungi bayang Pokok Sentul di pintu pagar
Buah Sentul sedang bermusim...
Semalam ada beberapa ekor kera di atas pokok sentul memakan  buahnya...

Dah padam semua lampu..
Nak feel dalam gelap menghayati cahaya pelita minyak tanah
Langit gelap diselubungi awan hitam...
Hujan pun dah mula rintik



 Sebelum hujan lebat cepat snap pic pelita ni...
Jumaat malam ialah malam ke -27 Ramadhan..
Mak aku kata malam 27 Ramadhan tu namanya MALAM 7 LIKUR

 Nenek kata kalau dulu- dulu..
Zaman nenek masih muda..
Malam 7 Likut ni merupakan malam yang paling sibuk..
Nenek kata dulu- dulu pelita bukan dinyalakan sejal awal puasa
Tetapi pelita hanya akan mula dipasang pada Malam 7 Likur..
Pada Malam 7 Likur juga nenek kata pendudk kampung akan  menyukat Zakat Fitrah
Nenek kata dulu- dulu orang kampung semua bayar zakat fitrah menggunakan beras..
Takde yang bayar guna duit..
Kalau guna duit pun nenek cakap mereka akan bagi duit kepada penerima untuk minta beli berasnya & diakadkan sebagai beras..
Setiap orang segantang beras
Segantang tu banyak mana...?
Segantang tu nenek kata disukat sejenis alat bernama GANTANG...
Nenek kata lebih kurang  4kg beras..
Kata nenek kalau dulu ...
Nak sukat beras untuk fitrah pun hanya dilakukan oleh orang- orang tertentu sahaja
Contohnya imam atau guru agama sahaja...
Tak boleh sukat sendiri ker...?
Mmm...nenek kata boleh jer
Tapi sebab dulu- dulu memang menjadi adat untuk menjemput orang alim menyukat beras fitrah
Banyak lagi la yang nenek ceritakan about Malam Tujuh Likur

 Seronok bila pasang pelita
Baru rasa nak raya
Mud raya


Aqil seronok main bunga api
Masa ni mak aku ngan kakak tengah meronda naik motor cari tempat orang main meriam buluh
Masa iftar dengar bunyi berdentum- dentum
Nenek kata tu bukan bunyi mercun
Tapi tu bunyi meriam buluh
Nenek kata dorang buat meriam buluh kat surau lama ..
Dekat jer ngan surau baru tu...
Patut la bunyi dia kuat sangat...
Macam bunyi bom....
Mak aku ajak aku
Tapi aku xnak sebab tempat tu dekat ngat KUBURRRRRR......
hahaha
Mak aku la nak sangat gi tengok orang main meriam buluh
Mak aku kata tu nostalgia mak aku masa kanak- kanak..
Tapi sekrang mak aku kata dah x ramai orang main meriam buluh sebab dah diharamkan...!
Haram..?
Habis naper ada yang main ...?
Heeeee......mak aku kata  mercun pun banyak jernis dah yang diharamkan
Tapi ada jer orang main..
So...?

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Kalau main meriam buluh.. takde hal kalau kampung.jauh Dari Bandar.. Dan macam kampung awak. Polis nak berkejar bahaya Dan jauh. Bahayanya kereta boleh masuk taliair.. kalau polis Naik motor.. mana DIA nak tahan orang Dan alatan..takde muat nak pikul atas motor...

    Hehehe
    Zaman dulu timbang beras ikut cupak dan gantang..
    Dan ustaz imam mereka dah mahir....

    Dan etc...

    Ingat Alibaba Dan forty thieves..maid Ali Baba pinjam penyukat...
    Bukan alat timbang...metrics..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kiter lum spat nak tengok rupa meriam buluh tu..Nanti sebelum balik KL nak juga gi tengok apa yang mak kiter nostalgia sangat dengan meriam tu..
      Hee....cupak tu ingat dalam citer Alai Baba tu dia pinjam nak sukat emas yang dicuri dari gua tu..Ya engseng...mata kaji..

      Delete