Sunday, 17 May 2020

JUADAH IFTAR 22 RAMADHAN 2020-(PKPB-COVID 19)

Juadah Iftar  22 Ramadhan 1441
15 Mei 2020...Jumaat..
Pagi ikut mak aku hantar cookies kat customer...
Dapat la rezeki...
Taklah semeriah tahun-tahun sudah
Sebab x open order pun
Paling meriah 2017 REZEKI DARI BISKUT RAYA... kat sini..
Masa tu memang siang malam mak aku memang ngadap oven jer.
Tahun-tahun lain mak aku hanya akan buat time weekend & public holiday jer dalam bulan puasa. Itupun kalau dah dekat nak raya memang malam pun mak aku buat sebab ada juga yang order last minutes & repeat order
Tahun ni mak aku pesan jangan open order. 1 sebab PKP.. 2.Sebab mak aku cakap ssbab apa ntah
Kerana mak aku cakap tahun ni xnak amik tempahan
Tapi aku dah terambil order beberapa orang kawan yang PM tepi minggu lepas
Dorang dah regular customer aku sejak aku sekolah rendah kot..
Takkan nak tolak..
Kawan abang pun sama
Kak Nisah pun nak juga
Pujuk.juga lah mak aku
Mak aku cakap xperlah sikit boleh lah buat sambil buat sendiri punya..
Sekali bila mak aku kira untuk buat biskut raya dorang dekat 30 balang besar
Hahahha... Kena la mak aku buat juga
Tapi semalam hantar kat rumah Mai..
Setiap tahun
Mak mai bayar extra..
Mak dia cakap keep the change
Banyak juga extra tu
Mak Mai order 10 balang besar

Ops...sambung citer juadah iftar semalam


1. SIPUT SEDUT MASAK LEMAK CILI API..
1 kg siput sedut- kerat bontotnya & cuci bersih
1 kotak santan
1 batang serai
1 asam keping
1 sudu teh garam
1 helai daun kunyit

Bahan Tumbuk
10 cili padi
1/2 bawang besar
1 ketul kunyit.

1. Masul bahan tumbuk dlaam kuali
2. Tambah 1/2 cawan air, garam d asam keping & serai
3. Bila mendidih, masukkan siput
4. Bila mendidih lagi tambah santan d daun kunyit.
5. Masak lagi beberapa minit sambil dikacau supaya santan tidak pecah minyak
6. Sesuaikan rasa

Fav aku wei...
Aku sorang jer kot makan siput ni
Mak aku xnak
Kakak amik 3 biji jer kot( biji ker ekor)?
Abang x reti makan..
Dok sedut x lepas.. 🤣🤣🤣
Lepas terawikh aku sambung ratah siput sampai habis.. Sebab orang lain x makan..
Rezeki aku la.. Hahahaha
Siput fresh.. Sedap
Sebelum hantar kuih raya mak aku gi pasar
Mak aku kata nak cari daun palas & daun kelapa sesiap untuk buat ketupat raya nanti..
Tapi mak aku kata hanya daun palas yang ada..
Daun kelapa minggu depan baru sampai stok.. Mak aku juga beli siput sedut
Tahun ni raya kat KL..
Tak balik kampung.. 😭😭😭



2. SAMBAL GORENG JAWA
1 Keping tempe- hiris nipis & goreng
1 keping tauhu - hiris & goreng
3 hati ayam - goreng & hiris
15 kacang buncis-hiris nipis
15 cili kering - gunting nipis
1/2 cekak suhun-rendam
1 keping fucuk-patahkan & rendam kembang
Minyak
1 sudu kicap
1 sudu teh garam
5 bawang merah - hiris
5 bawang putih - hiris
5 hiris halia muda- racik

1. Panaskan 4 sudu minyak & tumis, bawanh merah, bawang putih & halia
2. Tambah cili kering hiris & hati ayam
3. Tambah tauhu, tempe, fucuk, suhun & kacang buncis & 2 sudu air
4. Tambah garam & kicap manis
5. Masak hingga sebati dan sesuaikan rasa.


Mak aku jer makan lauk ni..
Mak aku kata sedap
Kakak makan juga mulanya
Pastu kakak termakan hati ayam
🤣🤣Terus benti


3.TELUR DADAR

Semua lauk kat atas bukan fav abang.
Siput & aayur tu abang x makan
Hanya makan nasi + telur dadar
Sepanjang puasa ni
Ni lah paling cepat abang selesai makan🤭
Masa scene Rayyan tengah hantar Aisyah gi Tadika.. dalam citer Bukan Gadis Biasa tu
Abang dah siap makan
Syyyy.... Dalam Sejarah wei..
Sejak PKP ni mak aku dah layan citer ni
🤭🤭🤭
Sesuatu yang agak peliks
Sebelum2 ni mak aku langsung x layan drama


4. SERAWA LABU... 

1/2 biji labu
3 cawan santan cair ( boleh tambah jika suka kuah lebih)
1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan gula putih
1 helai pandan
1/4 sudu teh garam
1/4 cawan sagu biji-rendam
1/2 sudu teh garam


1. Basuh bersih labu dan belah buang bijinya
2. Kupas & potong kiub besar
3. Masukkan labu dalam periuk bersama santan cair dan masak hingga mendidih
4. Masukkan sagu biji dan masak hingga sagu jernih
5. Bila sagu jernih dan labu empuk masukkan ,garam, gula putih dan pandan
6. Akhir sekali masukkan santan pekat dan terus matikan api

Serawa Labu a.k.a Pengat Labu untuk moreh🤭
Tahun ni semua orang pun terawikh kat umah & moreh sendiri-sendiri

5. TEMBIKAI MASAK MERAH
Last stock tembikai
Sepanjang minggu ni makan tembikai
1/2 mak aku beli
1/4 abang beli
1/4 lagi yang dapat masa dapat sumbangan bekalan makanan dari JAWI
الحدالله...
SELAMAT BERPUASA...

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Salaam besst makanan..
    Kalau petai sampai kalau kecut rendam dalam air Batu dalam.dua ploh min.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari ni dah masuk 12 hari
      Rasanya bukan kecut dah tu
      Dah kering jadi fosil dah kot🤣
      Kalau dah sampai nanti kiter update.. Sama2 kita tengok kejadiannya😁

      Delete
  3. Minta.tracking no. Check dgn online
    Customer services.

    ReplyDelete