Sunday, 3 May 2020

AGAR-AGAR SIRAP SUKATAN SIKIT - PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN-COVID 19 (DAY 46) RAMDHAN 2020

Ramadhan dan 9 hari
Perintah Kawalan Pergerakan dah 47 hari
Raya?
Raya lagi 21 hari la
Boleh balik kampung ke?
Huwaaaaaaaa😭😭😭😭😭
Masa berdoa ada  20 hari lagi..
Lailatullqadar kita kena cari
Doa x boleh lupa
Harapan janganlah putus..
Maknanya harapan untuk raya masih ada..
Yeyyyy😍😍
Puasa jangan lupa😁



Semalam mak aku masak Agar-agar Sirap Merah.
Agar-agar Lagend kata mak aku..
Hahahaa..
Kata mak aku dolu2 agar-agar merah ni bukan sahaja dihidangkan waktu bulan puasa..
Tapi hari raya pun agar-agar sirap merah ni mak aku cakap selalu jadi hidangan kar rumah-rumah termasuk rumah nenek
Mak aku kata dolu-dolu kat kampung nenek xde elektrik lagi
So, xde peti ais
Hanya rumah-rumah tertentu yang ada hidang minuman sejuk ais.
Mana dapat ais?
Mak aku cakap biasanya dorang keluar awal pagi gi beli kat pekan yang agak jauh. Masa tu mak aku kata dari kampung nenek nak ke pekan hanya jalan tanah merah..
Rumah-rumah lain hidang air apa?
Mak aku kata selalunya hidang minuman panas atau air sirap tanpa ais.
Tapi minuman sirap tanpa ais tu mak aku kata orang kampung nenek panggil Air Serbat.
Lagi satu mak aku citer, saper jer nak minum air panas waktu panas.
So, altenatifnya mak aku kata ramai la orang kampung yang akan hidang agar-agar sirap.
Sebab bila makan agar-agar akan rasa l lebih sejuk walaupun x disimpan dalam peti sejuk..
Mmm... sib baik sekarang dah ada elektrik & setiap rumah pun memang hidang minuman sejuk kalau hari raya..
Mak aku cakap xdelah orang buas ais sendiri pun, tapi kat kedai Pak Lang memang ada jual ais
Time raya kat kampung biasanya abang yang akan keluar beli ais kat pekan.
Bukan lama pun sebab dah banyak jalan boleh gi pekan
Agaknya sebab tu lah dah xde jumpa lagi dah orang hodang agar-agar merah pada hari raya.. 🤭


Agar-agar Sirap Merah yang mak aku buat kali ni bentuk bunga..
Cantikkk
Selalu mak aku buat dalam loyang & kena potong-potong bentuk diamond bila nak makan
Kali ni xyah potong..
Just keluarkan dari mold..
Dah siap..
Dah la cantik
Mak aku cakap sebab selalu masak agak banyak, so kena isi dalam loyang & potong
Kali ni sebab bulan puasa & nak buat sikit jer untuk dessert iftar
Lagipun dah ada Pulut Mangga
Kuih pedas plak, hanya goreng 4 biji karipap frozen.
Every day memang mak aku akan masak nasi & lauk
Setiap hari juga mak aku akan masak kuih
1 kuih manis
1 kuih pedas
Masak banyak jenia tapi hanya buat porsion sikit sekali makan..
الحمدالله.. memang habis makan sebab sikit jer
Selalunya mak aku masak kuih manis jer
Kuih pedas, just goreng beberapa biji karipap frozen.

Kali ni agar-agar sirap untuk nak masak sikit jer.. Untuk 1/4 paket agar-agar tali
Mak aku cakap 1 pack 20gm tu dibahagi 4
Mula kerat tengah2 plastik tu jadilah bahagi 2.Setiap satu anggaran 10gm la
Pastu setiap 1/2 tadi dikerat lagi jadilah sukatannya 1/4 paket jer lebih kurang 5gm
Nampak sikit je kan..
Memang sikit tapi kalau ahli keluarga x ramai...
Atau x ramai nak makan bokeh buat sikit macam ni

AGAR-AGAR SIRAP MERAH SUKATAN SIKIT (10 biji) 
1/4 paket agar-agar tali-  1 pack bahagi 4
(+-5gm)
2 cawan air(500ml)
1/2 cawan gula
1 sudu teh pati sirap rose
1 helai pandan

1. Basuh agar-agar & masak dengan 2 cawan air & 1 helai pandan hingga mendidih
2. Bila agar-agar larut baru masukkan gula & masak hingga gula larut.
3. Tambah pato sirap rose & sendukkan ke dalam mold @ sejukkan dalam loyang
4. Biar beku baru simpan dalam peti ais



Agar-agar tali yang mak aku guna.. 
Potong & bahagi 4 bahagian..
Agak-agak jer untuk sama banyak


 Ni 1/4 pack agar-agar tu dapat 12 mold ni..
Depends la mold tu besar mana..
Kalau guna mold lompang cawan merah kecik tu boleh dapat lebih kot
Mak kau pernah buat isi dalam plastik ais krim malaysia..
Bila sejuk potong


Sepanjang puasa ni banyak yang view page
SUKATAN AIR UNTUK AGAR-AGAR TALI...
Lagi 1 pageview yang tinggi bulan puasa ni post AGAR-AGAR SANTAN TRADISIONAL... kat sini

Selamat Berpuasa.
Selamat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan..
#Stayhome
#Staysave
( pinjam tagline bapa Dafi) 🤭

No comments:

Post a Comment