Walaupun kerajaan dah perintahkan agar pada tahun ini semua orang hanya beraya dalam rumah masing-masing sahaja..
Tapi aku sangat berharap agar ada orang datang beraya kat rumah aku
Dah namapun raya kan..
Dah biasa kat kampung nenek,
Pagi-pagi raya kanak-kanak dah datang beraya..
Lepas solat raya kat surau kampung nenek, mesti ramai orang datang rumah nenek sebab dekat dengan surau.
Hampir semuanya aku x kenal pun
Tapi yang pasti setiap kali raya mereka datang beraya ke rumah nenek.
Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, Acar Timun akan jadi menu wajib yang mak aku ngan Achik akan masak untuk dijamu kepasa tetamu raya.
Kalau turn Achik balik beraya kat Pahang, mak aku akan masak lauk & pagi raya abang akan masak sebab mak aku x reti guna periuk Noxxa😁
Tapi biasanya Pakcik dah siap belikan daging & dah siap potongkan untuk we all sebelum bertolak balik Pahang
Tahun ni memang turn Achik & Pakcik beraya di Kedah..
Huhuhu, tahun depan mestilah turn Pahang plak..
Dah la tahun ni x dapat beraya bersama
Tahun depan pun x dapat juga..
Huwaaaaaa..
Tahun ni pun bukan aku sorang beraya dalam PKPB
Semua pun macam tu..
Tapi sedikit terubat sebab Auni, Nad, Haikal, Daniel, Izzati & Dahlia cakap dorang nak datang
Hidangan kuih raya mak aku tetap sediakan & hidangkan dalam bekas ni kat ruang tamu.
Kata mak aku biarlah ada suasana raya..
Main dish just topup jer lagi dalam bekas
Auni kata x sabar nak makan ketupat d rendang mak aku..
Masa tengah tunggu Auni & the gang datang..
Kawan abang datang..
Ni kawan tempat kerja lama abang..
Dia tinggal kat kuater sana tu jer..
Lepas kawan abang balik,
Auni, Haikal & Izzati pun sampai
Walaupun asalnya 6 orang cakap nak datang
Tapi last minutes hanya Auni, Haikal & Izzati jer datang naik grab
Rumah aku memang jauh dari rumah kawan-kawan semua sebab kebanyakan mereka tinggal berhampiran sekolah.
Hanya aku dari tempatblain bersekolah di sana sebab x jauh dengan tempat kerja mak aku..
Sekali jalan ngan mak aku.
So, aku xde kawan-kawan diperumahan ni & semua kawan sekolah jauh berbelas km
Tambang grab berbelas ringgit juga dorang kena bayar
Dah la sejak PKP Grab hanya boleh naik makxima 2 orang jer..
Kalau duku boleh naik 4 orang jimat la skit
Ni dorang datang 3 orang pun kena naik 2 Grab berasingan..
Auni & Izzati boleh la share bayar
Haikal kena bayar Rm20++ untuk return Grab
Sib baik dia dah kerja, dah ada gaji
Selfie jap
Ngan Auni & Izzati
Dorang cakap apartment tempat aku ni bagus
Persekitaran bersih, lif bersih siap ada hand sanitizer, senyap sunyi & pondok jaga pun memang bertugas dengan baik
Sebab nak masuk tadi security guard memang minta semua pelawat kena beratur dulu & tulis nama & nombor telefon.
Kena pastikan x lebih dari 20 orang dalam 1 rumah.
الحمدالله
Walaupun tempat ni bukan apartment mewah
Hanya apartment kos sederhana tapi kebersihan memang terjaga,
Tapi mantainance fee memang kena bayar la setiap bulan..
Tempat ni memang sunyi
Coz memang ada peraturan x boleh lepak kat lobby & taman permaianan waktu malam.
Lepas maghrib semua kanak-kanak x voleh bsrkeliaran.
Dalam masa PKP & PKPB ni lagi la sunyi
Tak nampak langsung kanak-kanak keluar rumah.
Auni ni dah macam family aku
Kalau buat assigment, rumah Auni lah port kami
Kalau mak aku ada kursus jauh & lambat balik,
Rumah Auni lag port aku
Kalau nak gi mana-mana pun Auni lah aku ajak..
Kalau nak cari parner bergaduh pun, Auni lah jadi mangsa🤣
Kalau dengan Auni aku xleh nak berkira sangat
Walau kadangkala banyak perkara aku x setuju dengan Auni, aku kena tolak ansur voz dia juga x berkira dengan aku
Walaupun kadang penat nak dengar cerita cinta dia, tapi aku kena juga tadah telinga sebab dialah juga tempat aku mengadu jika ada masalah.
Ala, apa lah sangat takat nk tadah telinga jer dengar cerita & masalah cinta dia kannnn🤭
So, kalau Auni call, makesurelah aku kena cari port selesa skit sebab cerita dia mesti panjang beratus episod nyer😆
Dia kan cantik, mwstilah ramai peminat😁
Kadang x perlu respon pun, just jadi pendengar setia jer pun.
Pernah juga Auni kecik hati ngan aku kerana beberapa kali juga dia call aku & tengah syok dia citer tetiba dia kata dia dengar bunyi aneh dari handphone..
Bunyi macam nafas kerbau
Bila dia hello.. Hello.. Hello..
Dia kata senyap...
Akhirnya dia sedar sebanarnya bunyi tu adalah dengkur aku & dia pun x tahu dah berapa lama bercakap sengsorang di handphone..
Sedarlah dia yang aku sudah ZZzzzzzzzzz
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣
Esoknya bila aku call nk minta maaf sudah pasti dia merajuk xnak jawab call aku.
Hahahaa.. Tapi nak lama mana sangat kan..
Sapa lagi yang sudi tadah telinga seperti aku..
Maka dia tetap akan call back
Sayang kawan aku sorang ni tau😘😘😘
Raya tahun lepas kitorang jumpa kat rumah aku di Kedah
Auni & fimily dia datang kat rumah Kedah
Tengok oldpost dalamDIARY 3 SYAWAL 1440..kat sini
Izzati, Auni & aku
Memang sama kelas masa form 4 & form 5
Izzati pun banyak juga tolong aku
Pernah juga sekali aku tumpang rumah Izzati bila mak aku ada kursus & lambat amik aku kat sekolah.
Kebetulan Auni x datang
So, aku ikut Izzati balik rumah dia sementara tunggu mak aku amik.
+ Haikal Hassan
Ni pun best friend aku juga ni
Our assignment partner..
Selalunya kami berempat
Aku, Auni, Haikal Hassan & Daniel
Kiranya hari ni x cukup corum la
Daniel x dapat joint
Haikal Hassan ninkadang memang annoying tapi aku xleh nafikan dia memang baik.
Pernah aku teringin nak makan durian
Dia sanggup bawa sebiji durian untuk aku
Bawa kat sekolah bai..!
Dia sembunyikan dalam locker
Masa balik dia jinjing durian tu
Walaupun kawan-kawan lain minta dan kutuk dia sebab bawa sebiji durian gi sekolah,
Tapi dia selamber jer bawa demi aku
Sebab dia takut aku segan
Dia sanggup temankan aku tunggu mak aku kat bus stop depan sekolah hingga mak aku sampai
Aku ada abadikan peristiwa ni dalam post
DURIAN HAIKAL HASSAN.... kat sini
Lihat gambar ni & cari apa yang x kena?
Betullllll...
Mata aku...
Mata kanan aku dah lebih 3 bulan bengkak
Asalnya timbul biji kecik jer atas kelopak mata tu macam ketumbit
Pastu gi klinik
Balik makan & sapu ubat jadi makin besar
Masa PKP tu gi lagi sekali klinik lain plak
Doctor cakap kena buat surgery
Tapi doctor kata dalam keadaan wabak covid 19 ni x sesuai nak buat sebab takut infection..
Doktor nasihatkan tunggu lepas keadaan covid 19 dah reda nanti.
Untuk sementara makan ubat & sapu cream jer dulu..
Doktor kata x bahaya, cuma x cantik la mata bengkak macam tu.
Tak lengkap sebab BFF aku lagi sorang
Nad xde..
Nad x dapat datang sebab Nad tengah bersedih
Apapun aku doakan family Nad akan baik-baik sahaja.. Sama-sama doakan untuk Nad's family
Daniel plak x dapat joint sebab Daniel kata ada kat Subang Jaya dengan mak dia
Lepas asar baru dia balik..
Mmm... Lepas Asar we all plk dah plan nak keluar..
Xper Daniel kata nanti hari raya ke-3 nanti nak gi umah classmate nanti dia datang amik aku.
Plan asal sebelum PKP semua dah setuju nak gethering kat rumah aku di Kedah
Daniel kata tahun ni dia raya kat Kedah ngan family mak dia..
Auni pun nak balik raya kat Kedah ngan family bapanya
Nad pun sama nak balik raya lat Baling, Kedah..
So, dah plan la semua family dorang pun nak datang beraya rumah aku di Kedah.
Tahun lepas Auni & family dia dah datang
Mak aku belum pernah jumpa lagi family Nad & family Daniel...
Tapi kita hanya merancang..
الله yang tentukan...
Semua orang pun x menjangka..
Perancangan الله mengatasi segalanya & pastinya yang terbaik itu datangnya الله..
No comments:
Post a Comment