Thursday, 14 May 2020

KUIH VADAI - RAMADHAN 2020(PKPB-COVID 19)


Kuih Vadai...
Mak aku masak untuk iftar..
Tapi bukan la semalam nyer
Ni kuih iftar hari apa ntah

Kuih Vadai ni fav kakak juga
Kakak suka la
Aku pun suka jer
& memang habis licin pun kuih ni
Sebab rangup & crispy & rasa lemak kacang
Lemak kacang dal sedap
Kalau kacang tanah aku xnak sebab itu baja jerawat🤣

KUIH VADAI KACANG DAL...mak aku
1 cawan kacang dal- rendam semalaman ( akan kembang jadi 2 cawan
1 bawang holland
1 tangkai daun kari
5 cili padi / cile kering gunting
1/2 sudu teh garam
Minyak untuk goreng

1. Rendam kacang dal semalaman
2. Toskan kacang dal dan blend hingga halus..
Jika suka rangup kacang x perlu blend terlalu
halus
3. Blend secara "pulse" . Jika terlalu kering masukkan sedikit sahaja air
4. Gaulkan kacang blend bersama garam,bawang cincang,cili potong dan daun kari yang digunting halus
5. Ceduk 1 sudu dan bentukkan bulat leper atau boleh bentukkan dalam sudu sahaja.
6. Teru goreng dalam minyak panas..
7. JANGAN dibalikkan sehingga nampak bawahnya  garing baru terbalikkan supaya kuih tidak berderai

Baha-bahan dah dicampur


Digaul rata...
Ops pesan mak aku kacang tu jangan kasar sangat..
Kena ada juga yang memang blend agak halus supaya melekat
Kalau suka yang kasar pun separuh kena vlend halus & separuh lagi kasar
Kalau blen halis semua  kurang sedap sebab x rasa texture kacang
Kalau blend kasar semua x lekat plak
So, kena separuh-ssparuh


Siap...

4 comments:

  1. Sedapnyaaa...kakak pun suka ni...

    ReplyDelete
  2. Heeeee.... Sedap kan
    Tapi waktu goreng tu bau rumah macam kat Bombay🤣🤣

    ReplyDelete
  3. Agak senang jugak ni..buleh cuba buat..selama ni ingat kena letak berbagai rempah ratus garam masala kari dan teknik2 khas utk masak vadai ni..

    ReplyDelete