44 hari dalam Perintah Kawalan Pergerakan-Covid 19 & 7 hari menjalani ibadah puasa dibulan Ramadhan 1441.
Tak sedar masa berlalu
Ramadhan juga sudah seminggu
Selama seminggu ni cuaca x panas
Banyak hujan dari panas.
Pastu plak x buat apa-apa sangat kan..
Tak la terasa sangat lapar dan dahaga
Lebih kepada rasa mengantuk je๐คญ๐คญ๐คญ
Bila petang memang bau makanan beraneka
Betul la kata abang kalau keluar rumah bau macam bazar ramadhan..
Sebab mostly rumah sedang masak untuk iftar la tu
Puasa tahun ni kebanyakan mak-mak & bukan mak pun memang kena masak sendiri. Yang bujang pun ramai kena masak sendiri
Menikmati Mangga Harumanis yang memang harum & manis
Sedapnya...
Mak aku cakap buah pelam
Orang Kedah memang panggil mangga ni buah pelam..
Mak aku cakap mangga tu perkataan Inggeris yang diMelayukan
Lately ni jer digunakan nama MANGGA
Kalau dulu-dulu dalam buku sekolah mak aku cakap ditulis sebagai MEMPELAM.
Tapi orang Kedah kan terkenal suka pendekkan perkataan..
Kucing dipanggil kucin
Pergi dia kata pi
Datang disebut mai
Mempelam hanya disebut pelam..
Betul la kaaaannn.
Juicy...
Sweety...
Yummy...
Memang sedap
Mangga Harumanis ni mak aku cakap harganya macam durian...
Tengok kat social media ramai jer suplier jual mangga harumanis ni
Ada yang 1kg rm45
Ada yang rm40
Belum + postage.
Baca juga yang mak aku ngan achik dok chat dalam group family whatsApp pasal mangga ni kat KL mahal..
Dari info, tulis mangga harumanis ni mahal sebab hanya terdapat di Perlis & cara jagaan dia rumit..
Sebab tu mahal
Huh, kalau aku memang x beli la..
Aku xkan sanggup membelanjakan sebabyak itu hanya untuk mangga harumanis.
Aku lebih rela makan mangga yang jual kat pasaraya & kat tepi jalan tu jer.
Kalau mahal sekalipun xdelah semahal harumanis ni
Sebab itulah kot mak aku pun x pernah beli mangga harumanis ni.
Sebab masih ada pilihan mangga lain
Sama juga macam durian, mak aku x pernah beli Musang King, kecuali nenek memang akan beli..walaupun mahal
Tapi itu oppinion aku sekarang ni
Kalau aku banyak duit mungkin fikkran aku boleh berubah..
Kita Yang Bersifat Baharu,
Bsrubah Dengan waktu..
Haaaa... Pinjam wording lagu fav mak aku jap
Tetiba hari Selasa 28 April 2020
Terima kotak ni
Mak aku tanya aku, abang & kakak jika ada sesiapa order online
Tapi semua xde..
Rupanya Achik yang post Harumanis Kedah ni....
ุงูุญู
ุฏุงููู....
Rezeki dari ุงููู didatangkan melalui sedekah Achik kepada family kami..
TQ Achik, selalu post macam-macam untuk kami
Walaupun x dapat balik sebab Perintah Kawalan Pergerakan ni tapi bukan takad mangga harumanis ni yang Achik post
Baju raya untuk aku, abang, kakak & maka kau pun Achik dah & kami dah dapat dah sorang sepasang baju raya sedondon..
Tahun ni Achik kata hanya sedondon
Tahun-tahun lepas bedondon-dodon dapat baju raya๐๐๐๐
Tahun ni kalau dapat bedondon lun nak gi mananya...
Semua beraya dalam Perintah Kawalan Pergerakan #Stay@Home#
Mak aku la excited buka kotak..
Siap letak telur ayam tu dah kenapa..
Mak aku la siap letak tekur ayam lak
Ada 8 biji mangga Harumanis Kedah
Aik, kata harum manis hanya ditanak kat Perlis sahaja..???
Hahahaha... Kantoi..
Maknanya ada jer lah Harumanis kat tempat lain..
Tapi Achik bagitahu, suplier tu pesan belum boleh makan
Hari Khamis baru buah akan masak.
Macamana suplier tu tahu?
Hahaha.. peladang & petani mesti la tahu s
Makanya cukup jer hari Khamis,
Mangga Harumanis pun memang masak d manis..
Sedap..
Manisssss..
Abang request soh mak aku buat Pulut Mangga...
Mmm........ Aku pun suka..
No comments:
Post a Comment