Thursday, 30 April 2020

BADAK BERENDAM PANDAN- PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN - COVID 19(DAY 44) RAMADHAN 2020

Ramadhan ke 7 dah...
Hari ke 44 Perintah Kawalan Pergerakan-Covid 19
Main dish mak aku dah masak Set Nasi Ayam Panggang Rosemary.
Untuk dessert mak aku ajar aku masak Kuih Badak Berendam..


Kuih Badak Berendam Pandan...
Mak aku cakap Badak Berendam ni versi yang dah di permudahkan.
Kuih bebola di masak macam buah melaka tapi berinti kelapa manis
Kuahnya dimasak santan + garam & ditambah sikit twping supaya pekat.
Kalau zaman dulu sebelum tahun melenium, mak aku kat kuih ini dikukus bebola & kuahnya.
Bekas kukus juga dialas daun supaya kuih harum daun pisang..
Tapi mak aku kata now kebanyakan orang buat yang versi simple bebola direbus & dimasukkan dalam kuah yang dimasak pekat
Ada beza ke rasa dia??
Mak aku kata mestilah yang versi ori lagi sedap..
Habis tu naper x buat versi ori..
Mak aku plak bagi soalan kat aku..
"Antara bende susah dengan bender senang, mana yang akan orang pilih?"
Mmmm.... Tapi kan yang ori lagi sedap?
Mak aku dah x bagi soalah, tapi kali ni maknaku bagi situasi plak.
Mak aku kata macam juga cili giling ngan cili blend walaupun cili giling lebih sedap tapi sekarang ni siapa sahaja yang rajin nak menggiling pun...



Macam permata zamrud plak


Letak kuah dia banyak-banyak baru best
Tapi hari ni kuah dia termasin skit
Mak aku kata maybe mak aku sudah termasuk garam 2x..
Hahaha
Actually kuah dia, mak aku yang bancuh santan tu & aku just tolong kacau sampai mendidih dan pekat
Bebola tu yes aku uli & aku gentel

BADAK BERENDAM PANDAN
inti kelapa:
1kelapa parut putih ( dalam 3 cawan la)
2 Gula Kelantan ( Gula Melaka)
3 sudu  gula pasir
1sudu kecik garam
1/2 cawan air
2 daun pandan
2 sudu tepung gandum

-Masak gula pasir, gula melaka, garam pa dan dan air hingga mendidih. 
- Bila agak pekat masukkan kelapa & masak hingga melekit
- Taburkan tepung gandum & gaul rata. 
- Angkat dan sejukkan


Badaknya:
1cawan tepung pulut
Air pandan secukupnya
(2 helai pandan blend dengan 1 cawan air)
Sikit pewaena hijau
-Bancuh tepung dengan air pandan yang dicampur pewarna  hijau. 
-Masukkan air sikit demi sikit hingga menjadi seperti playdough
- Bahagikan kepada 10-12 bebola
- Leperkan setuiap bebola & isikan inti yang sudah dibulatakn
- Jerang air hingga mendidih & rebua bebola hingga timbul
-Angkat dan masukkan dalam kuah




Kuahnya:
4cawan santan pekat
4sudu tepung beras
1camt garam halus
1camt gula
2 daun pandan

- Campur semua bahan & tapis supaya tidak bergentel. 
-Kacau atas api sederhana hingga mendidih & meletup-letup kuahnya
- Biar mendidih meletup- letup  angaran 5 minit supaya kuah betul-betul masak


Inti ni lebihan kuih ketaya hari Selasa tu.
Mak aku tunjukkan sebiji yang mak akungentel & aku just follow size tu..
Inti ni mak aku yang masak hari tu
Buat bulat-bulat supaya mudah nak isikan dalam dough.

Ni dough ni aku yang uli
Tapi mak aku la guide..
Kalau biar aku sendiri buat maunya lembik aku tambah air.
Heeeee

Ni bukan jari elien tau.. Hahahaha
Aku belasah jer gentel kat tapak tangan,
Tapi mak aku soh alas piring, tapi aku rimas plak guna piring.
Mak aku cakap ni kalau nenek tengok, memang nenek x makan ni
Sebab gentel guna 2 tangan
Mak aku selalu cakap camtu kalau gentel. Uah melaka or apa-apa kuih yang gentel ngan tangan, mesti mak aku cakap pesan nenek alas ngan daun pisang or piring
Tapi aku derhaka skit
Syyyyyy....

Aku gentel bebola tu isikan intinya
Sebelah tu mak aku dah bancuh santan untuk kuahnya..


Tana.....
Dah siap
Jerang air 1/2 periuk hingga mendidih & masukkan bebola & sesekali kacau & bila timbul angkat & masukkan dalam kuahnya


Kuah dia..
Mak aku dah siap bancuh
Aku kacau kan atas api hingga meneggelegak & macam kawah lumpur gunung berapi
Actually.... Kena arrange buat kuah dulu
Sepatutya kacau kuah dulu sampai masak
Pastu baru rebus  bebola supaya bila bila bebola masak boleh terus masuk dalam kuah


Tuangkan kuah dia dalam bekas
Masukkan bebola yang dah siap masak

Kata mak aku kalau versi kukus bebola tak perlu rebus.
Just susun bebola dalam loyang
Kuah juga tidak dikacau
Tapi terus dituang ke dalam loyang & bersama bebola dan dikukus.


Makan...
Kalau ko memang karnivor
Makan la badak tu banyak-banyak🤣🤣🤣


Kalau jenis acah-acah supan santuin makan dwpan bakal mal mentua..
Elok la amik sebiji jerk walaupun sedap
Jangan tunjuk gelujus sangat
Lepas mak bakal mak mentua balik, ko belasah la sampai lebam
Hahahahaha

No comments:

Post a comment