Monday, 30 March 2020

TULANG AYAM MASAK LEMAK CILI API - PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN COVID 19 -DAY 13


Ayam Masak Lemak Cili Api
Ayam ke tulang ayam..?
Hee.... P
Lauk lunch semalam
Hari ke-12 Perintah Kawalan Pergerakan-Covid 19

Nampak tak..?
Masak Lemak Cili Api Ayam
Tapi sebenarnya Masak Lemak Cili Api Tulang-Tulang Ayam jer  + Kentang
Alhamdulillah..
Tetap sedap.. Kuah dia memang paling sedap walaupun xde isi sangat pun.
Kentang jer banyak
Ayam tu hanya kepak, leher & kaki ayam
Haaaaa... Mak aku cakap selalu kalau tulang-tulang ni buat sup jer
Tapi ni mak aku kata masak lemak cili api sebab nak kasi lebih pekat & lebih terasa bila gaul ngan nasi
Kalau sup lebih sesuai hirup jer makan ngan nasi goreng
Mak aku cakap ada je seketul dada ayam yang ada isi
Tapi isi ayam tu mak aku dah buat TELUR DADAR ISI AYAM... KAT SINI


c&p jer resipi dari older poat... Ayam Lemak cili Padi
Tapi yang sebenar hanya guna tulang-tulang ayam..


MASAK LEMAK CILI PADI AYAM  +KENTANG
1/4 ekor ayam
1 asam keping
2 biji kentang
1 kotak santan
( =1 cawan santan pekat)
2 cawan air
1 sudu teh garam
1 batang serai-ketuk
BAHAN TUMBUK:
10 cili padi
1 ketul kecik kunyit @
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 bawang besar
1. Masukkan bahan tumbuk ,ayam,kentang,serai  dan air dalam periuk
2. Masukkan juga asam dan garam..Masak hingga mendidih danayam serta kentang empuk
3. Tambah asam dan santan pekat..
4. Masak dengan api perlahan beberap minit dan sesuaikan rasanya..

No comments:

Post a comment