Wednesday, 25 March 2020

SUP TELUR REMPAH SOTO - PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN COVID 19 - DAY 8

Dah masuk day 8 Perintah Kawalan Pergerakan - Covid 19
Tapi ni citer lauk semalam
Day 7..hari Selasa

Mak aku masak Sup Telur Rempah Soto
Untuk makan ngan BUBUR NASI RECYCLE NASI SEMALAM.. kat sini


Sup Telur ni sedap
Bila makan ngan bubur nasi
Sebab rasa macam makan soto ayam plak
Hahaha.. Ayam la jugak kan..
Tapi belum jadi ayam
Baru jadi telur
Dah dibuat sup

Sup Telur Guna Rempah Soto
Bau dia 1 rumah bau soto
Tapi memang sup telur


SUP TELUR GUNA REMPAH SOTO
3 biji telur ayam
1 batang carrot
1/2 bawang besar - hiris
3 hiria halia
1 sudu makan rempah soto
1 sudu teh garam
1/2 kiub pati ayam
1 pelepah daun sup + daun bawang
1 sudu minyak

1. Panaskan minyak & tumis bawang besar & halia
2. Masukan rempah soto & 4 cawan air
3. Tambah garam, kiub ayam d biar mendidih
4. Perlahankan api & pecahkan telur sebiji dalam mangkuk & perlahan2 tuang ke dalam kuah. Jangan dikacau, biar telur Ulang hingga semua telur habis
5. Bila tur sudah masak sesuaikan rasa & tabur daun sup
** lebih mudah masak dalam kuali sebab luas & senang nak handle telur

No comments:

Post a comment