Tuesday 24 March 2020

KARI IKAN LENGAT & SOSEJ GORENG TELUR - PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN - COVID 19 - DAY 6

Hari ke 7
Perintah Kawalan Pergerkan- kovid 19

Mak aku masak lauk Kari Ikan Rebus
Ikan rebus tu mak aku panggil ikan lengat
Dah lama x makan kari
Mak aku cakap baki ikan tongkol rebus yang dah seminggu
Mak aku beli hari Isnin lagi kot masa balik dari jabatan hari Isnin tu
Sekor jer ikan tongkol tapi sebab aku abang & kakak memang x suka ikan tongkol
Mak aku sorang jer makan
Mak aku cakap sengaja x habiskan makan sebab simpan 2 ketul untuk bila2 teringin nak makan ikan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
Kata mak aku dolu-dolu zaman mak aku & Achik masih kanak-kanak, nenek selalu jer masak kari ikan rebus
Tapi nenek panggil ikan lengat la
Mak aku cakap sebab rumah nenek xde peti ais..
Bukan rumah nenek jer
Rumah orang lain pun kat kampung memang xde peti ais sebab elektrik pun xde.
So, mak aku kata kalau hari Sabtu nenek akan keluar ke Pekan Sabtu & beli ikan d barang dapur
Ikan yang dibeli nenek akan rebus a.k.a  ikan lengat supaya tahan lama & boleh dimakan  beberapa hari
Boleh goreng, boleh masak kari
Tapi isi dia masin la sikit x macam ikan fresh
Mak aku cerita lagi kalau ikan tu sikit
Nenek akan masak kari campur bahan lain supaya jadi banyak
Campur apa?
Mak aku cakap biasa nenek campur  ubi kayu, keledek, pisang muda, betik, terung atau keladi
Mmm... macam-macam boleh masak kari


2 ketul ikan tongkol tu pun kecik jer
Mak aku masak kari + kentang
Kata mak aku ni 1st time masak kari ikan + kentang
Selalu masuk kentang dalam kari ayam atau daging
Tapi aku rasa macam pernag makan maknaku masak kari sardin + kentang
Mmm... Mak aku lupa kot
Malas nak cari old post

KARI IKAN REBUS
2 keping ikan tongkol rebus/ikan lain
2 biji kentang
1 paket kecil rempah kari
1 asam keping
1 sudu garam
1/2 kotak santan
 3 cawan air
3 sudu minyak
3 bawang merah
2 bawang putih

1. Panas minyak & tumis bawang merah & bawang putih
2.Masukkan rempah kari yanv dibancuh dengan 1/2 cawan air. Masukkan juga garam & asam keping & masak hingga naik minyak
3. Bila naik minyak masukkan ikan rebus & kentang
4. Masukkan air & masak hingga kentang empuk
5. Masukkan santan & kacau rata
6. Biar mendidih sekejap & sesuaikan rasa


Sosej Goreng telur
Abang x makan ikan
Aku ngan kakak pun x makan ikan tongkol tu
Dulu aku pernah try makan ikan tongkol tapi x sedap & ada isi yang warna hitam tu aku x suka
So, kalau mak aku masak ikan tongkol memang we all akan makan kuah jer

Sebab tu mak aku masak sosej goreng telur ni
Kalau dulu sosej goreng telur hanya buat sarapan  & ratah-ratah jer
Now kena jadikan lauk
Mak aku cakap kita kena bersedia untuk tempoh kawalan pergerakan yang lebih lama lagi walaupun PM umum sampaj 31 Mac sahaja
Kita tidak tahu apa akan berlaku selepas 31 Mac.
Apa akan berlaku esok pun kita tidak tahu
Apa akan berlaku sebentar lagi pun kita tidak tahu
Hanya الله yang lebih mengetahui
Kita hanya boleh berusaha & berdoa
Kerana doa mampu mengubah takdir
Macamana doa boleh mebgubah takdir
Ada mak aku ceritakan peristiqa nabi Ibrahim & seorang pemuda..
Panjang juga, so.. Nanti lain kali aku share cerita doa mampu mengubah takdir
Semuanya kerana takdir itu dari الله & doa kita juga  kepada الله..

Hingga petang.. Hanya abang yang makan
Aku xde selera nak makan
Kakak pun x makan nasi hanya makan roti bakar  cicah nescafe
Mak aku pun x makan nasi
Hanya makan biskut cream creaker cicah kopi O
Lauk ni sampai malam x luak sebab hanya abang yang makan nasi.
Mak aku cakap kalau sampai esok x habis
Nanti kena makan menu recycle

No comments:

Post a Comment