Sunday, 1 March 2020

BEKAL SEPANJANG MINGGU 9 2020


BEKAL HARI ISNIN
Nasi Goreng Daging Selambak






NASI GORENG DAGING SELAMBAK
2 cawan beras =4 cawan nasi
1/2 kg daging - rebus  seketul besar hingga empuk
5 cili kering - kerat4
2 pokok daun bawang
3 sudu minyak
1 sudu teh garam
Bahan Tumbuk:
5 cili kering-rendam air panas
1/2 bawang besar
3 bawang putih

1. Daging rebus dihiris nipis  & gaul sikit garam
2. Panaskan minyak & tumis cili kering yang dikerat- kerat. Goreng sekwjap sahaja kerana cili cepat hangus. Bila haru.m terua angkat & ketepikan.
3. Dalam minyak yang sama, goreng daging sekejap & masukkan bahan tumbuk
4. Bila bahan tumbuk harum masukkan sikit air rebusan daging & masak hingga naik minyak semula. Tambah garam
5. Masukan nasi & gaul-gaulkan hingga sebati & berwap
6. Masukkan semula cili kering goreng tadi d tabur daun sup

 BEKAL HARI SELASA
Buritto Inti Patty Burger Ayam

 BURITTO INTI  PATTY BURGER AYAM
1 pack (5 keping) roti tortilla wholemeal
5 keping patty chicken(burger ayam Ramly's)
10 helai daun salad
5 sudu kecil sos cili
5 sudu mayonis + 1 sudu supering cheese powder
1 mangkuk coleslaw(kobis & carrot parut +mayo)
10 batang lidi(pencingkil gigi)

1. Masak patty ayam tanp minyak hingga patty masak. Setiap keping dikerat dua
2. Panaskan tortilla anggaran 30 saat sstiap permuakaan supaya lembut  & setiap keping dipotong dua
3. Bentangkan tortilla & letak daun salad
4. Letal 1 sudu coleslaw & 1/2 patty yang digunting jejari)
5. Picit sos cili & mayo+ suoering cheese powder
6. Gulung kemas & cucuk lidi supaya tidak terburai isinya

BEKAL HARI RABU
Pasta Snail Goreng Daging Selambak


PASTA SNAIL GORENG DAGING
1paket pasta snail
1/2 kg daging - rebus empuk barulah dihiris
1 tin kecil tomato puree
3 sudu cili blendg
2 sudu teh garam
1 sudu makan gula perang
1/2 bawang Holland-cincang
3 bawang putih - cincang
3 sudu minyak
1. Jerang air untuk rwbus pasta..
2. Sementara itu Panaskan minyak & tumis bawang holland & bawang putih
3. Masukkan daging rebus yang sudah dihiris, cili blend & tomato puree.
(sambil tu rebus pasta hingga lembut anggaran 5-7 minit)
4. Bila sos naik minyak masukkan 1 cawan air rebusan daging, garam & gula
5. Biar sos pekat baru masukkan pasta & gaul rata.
6. Sesuaikan rasa & tabur daun sup cincang



BEKAL HARI KHAMIS
Sandwich Daging Burger


SANDWICH DAGIBG BURGER
1 Pack daging burger (6 keping) brand Ramly's
6 cheese slices
12 keping roti slice
6 helai daun salad
12 keping tometo slice
3 sudu sos cili
3 sudu mayonis
2 sudu butter
12 lidi( untuk cucuk sandwich suoaya kemas)

1. Sapu butter pada setiap permukaan roti
2. Masa daging burger
3.Bentang sekeping roti & letak sehelai salad
4. Picit sos cili & latak sekeping daging burger
5. Susun 2 slice tometo & picit mayonis atasnya
6. Tutup dengan sekeping lagi roti & cucuk lidi supaya kemas
7. Potong 2 bentuk segi tiga @ 4 segi


Mak aku post  by whatsApp untuk update bgtau aku mak aku tangah makan
Sebab mak aku x suka daging burger tu
Mak aku x bawa bekal
Mak aku post pic makan Roti Canai
Achik cleaner tolong beli kat gerai Pak Omar
Gerai Roti Canai yang aku selalu lepak nga. Auni & Nad jika aku ikut mak aku
Roti canai dia sedap



BEKAL HARI JUMAAT
Mee Segera Goreng Daging Selambak

Resipi & tips nak masak masakan guna daging supaya cepat & jimat masa boleh rujuk KAT SINI......


No comments:

Post a comment