Friday, 13 March 2020

BEKAL. NASI GORENG NANAS


Nasi Goreng Nanas
Lagiiii
Hahaha sebab minggu lepas mak aku dah masak Nasi Goreng Nanas dah untuk dinner
Ni masak lagi tapi untuk bekal & breakfast aku la


Hari ni nyer nanas kuning masak
Tapi x berapa manis
Minggu lepas nyer nanas masih hijau
Tapi manisss & sangat sedap
Naper ek..??????



NASI GORENG NANAS 
3 cawan beras basmathi(tanak nasi = 6 cawan )
1 biji nanas- potong kasar
¼ ekor ayam - hiris
(boleh guna 1 mangkuk  isi ayam)
3 paket kecil pes nasi goreng Adabi
1 bawang holland-hiris
2 pokok daun bawang
1 biji tomato-hiris
2 cili merah-hiris
15 cili padi - ketuk pecah-pecah
1 sudu teh garam
4 sudu minyak

1. Panaskan minyak & tumis sosej/isi ayam
2. Masukkan bawang holland & pes nasi goreng Adabi.
3. Tambah nanas hiris kasar & tomato, cili hiris & cili padi & masak hingga nanas lembut
4. Masukkan nasi & gaul sebati hingga naik wap
5. Sesuaikan rasa & tabur daun bawang yang dikerat2 & gaul rata
6. Hidangkan panas

( nasi ni memang agak banyak sesuai untuk 6-8 orang makan)

** Gunakan perencah Adabi berberntuk pes supaya rasa  mirip nasi goreng nanas ala Thailand)


Bekal Nasi Goreng Nanas


Mak aku nyer bekal penuh cili padi la

Update dari mak aku
Report by whatsApp untuk aku
Haaaa.. Cam biasa mak aku akan update bgtau aku mak aku nak makan bekal
Aku kat rumah pun akan cedok breakfast & bancuh nescafe latte & bayangkan makan sama-sama mak aku or banyangkan tengah makan bekal kat sekolah
Kikikiki... Nampak sangat xleh move on sekolah
Hahahha

2 comments:

  1. Mengancam betul Nasi goreng Nanas...
    Paling selera tengok bekal Mak siap berulam cilipadi..
    Bila la Aunty boleh cuba resepi ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam aunty Ogy...
      Semoga aunty bertambah sihat..
      Nanti dah sihat boleh masak. Nasi Goreng Nanas

      Delete