Monday 30 March 2020

TELUR DADAR ISI AYAM - PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN COVID 19 - DAY 12

Lauk lunch hari Ahad
Hari ke - 12 Perintah Kawalan Pergerakan- Covid 19.

Telur Dadar Isi Ayam
Lauk lunch
Mak aku ada jer masak lauk masak lemak ayam
Tapi nak citer Telur Dadar Isi Ayam ni coz ni lauk baru bagi aku

 Ni bukan Cucur Udang tau
Ni Telur Dadar Isi Ayam..
Mak aku yang masak
Mak aku cakap sebab ayam yang abang beli hari Jumaat tu ada sikit lagi
Hari Jumaat kan abang kata nak gi cari face mask kat KK..
Tepi KK tu ada kedai ayam
Abang beli ayam sekor tapi mak aku cakao kecik naw..!
Mungkin abang nak jimat duit kot
Separuh ayam tu dah buat masak kicap hari Jumaat tu
Separuh lagi ni la masak lunch hari ni Ahad
Bahagian tulang mak aku cakap buat masak lemak cili api
Bahagian isi dadanya dijadikan telur dadar
Tapi memang siyes sedap

TELUR DADAR ISI AYAM
4 biji telur ayam
1 keping dada ayam - cincang
1 biji cili merah - cincang
1/2 bawang besar- cincang
1 pelepah daun sup/daun bawang - hiris
1 sudu teh garam
1 sudu teh lada sulah
Minyak

1. Campur semua bahan (kecuali minyak)
2. Pukul & kacau rata supaya sebati
3. Panaskan minyak anggaran 3 sudu d dadarkan  hingga garing
4. Boleh dadar sekaligus menjadindadar yang tebal @ boleh buat mini dadar untuk lebih garing rangup


 Campur telur, isi ayam cincang & semua bahan lain kecuali minyak


 Kacau rata


 Isi ayam kena cincang halus supaya mudah masak

Mak aku cakap buat dadar kecik-kecik saiz mini supaya lebih garing crispy tepinya
Lagi 1 sebab supaya isi ayam terjamin masak
Kalau dadar tebal kena masak api perlahan d tuutup kuali supaya isi ayam didalamnya masak.
Telur Dadar Isi Ayam akan garing rangup diluar & moist juicy didalamnya kerana juice dari isi ayam...

No comments:

Post a Comment