Tuesday 14 March 2017

RESIPI KUIH LAPIS CANTIK DAN KENYAL

Kuih Lapis ..
Aku rasa Kuih Lapis ni cantik sangat..
SEBAB....PINK IS MY FAVOURITE COLOUR..!!!


Mak aku la yang suka sangat  wat Kuih Lapis ni..
Mak aku cakap sebab kenyal dan cantik..
Mak aku jer yang banyak makan Kuih ni..
Aku makan juga
Kakak makan sikit..
Abang x suka..
Hahahaha...abang x suka pink ker...


Aku suka tengok warna pink yang banyak lapis ni....


Mak aku cakap kalau nak dapat warna pink yang banyak lapis kena sabar sebab kena buat lapisan tu nipis-nipis baru ayu,,
Hahahaha...


KUIH LAPIS TEPUNG UBI( loyang 6")
1 cawan tepung ubi
1 cawan tepung gandum
3 ¼ cawan santan
¾ cawan gula
½ sudu teh garam
1 sudu teh pewarna merah ros
(+½ sudu teh lagi untuk lapisan paling atas)




1 Campur tepung ubi,tepung gandum,gula,garam dan santan.


2. Bahagikan 2 bahagian..
     ( Tips : elok lebihkan sedikit yg warna putih
                  sebab jika merah terkurang boleh jer
                  tambah pewarna dlm adunan putih..
                  TETAPI jika putih terkurang..adunan
                   merah x boleh diputihkan ;-)


3. Panaskan kukusan dan kukus loyang kosong 5 minit supaya loyang panas..


4. Kemudian tuangkan anggaran 1 senduk adunan putih supaya dapat lapisan yang nipis sahaja..
- Kukus anggaran 2 minit..



-5. Tuang pula 1 senduk lapisan merah dengan sukatan 1 senduk yang sama supaya lapisan sama tebal..

- Buat berselang seli putih merah hingga adunan  habis.




5. Akhiri dengan  lapisan merah..Adunan merah yang terakhir ditambah lagi ½ sudu teh pewarna merah supaya lebih berseri

6. Selepas tuang lapisan merah terakhir juga ,tambah masa mengukus menjadib10 minit supaya semua lapisan masak sempurna..



6. Angkat dan biar pada suhu bilik.
 

Untuk keluarkan dari loyang....longgarkan tepi2 loyang dan dengan hati2 keluarkan dari loyang supaya mudah nak potong dengan cantik..

** Jika mahukan cepat dimakan,setelah kuih masak rendam loyang  dalam air sejuk supaya cepat hilang panasnya..(hati2 jangan sampai air masuk dalam kuih)
Kuih Lapis Tepung Ubi ini,ketika suam- suam kuku sudah boleh dipotong dengan cantik..

8. Gunakan pisau plastik supaya potongan kuih tidak melekat dan dan menjadi kemas.



No comments:

Post a Comment