Thursday 2 March 2017

BEKAL MEE KERING GORENG

Bekal Mee Kering Goreng..
Pun tahun ni dah 2x dah bawa bekal mee ni..
Hari tu pun dah bawa bekal 
Mee Kering Goreng kat sini...
Bezanya hari ni nyer ada tambah Telur Mata...


Aku standard la kena boh lam plastik dulu..
Takut berminyak..
Kitchen towel wajai ar kalau bekal berminyak ni..


Resipipun C&P jer dari entri sebelum ni..
MEE KERING GORENG kat sini...
Cuma yang hari ni nyer nampak cerah sikit kot...
Rasa dia pun yang hari ni nyer cam lagi sedap jer..
Kata resipinyer sama...
Mmmmm camaner tu..


Ni la mee kering tu...
Yang ni beli kat Speed Mart...
Hari tu beli kata H..... 5 henggit...
Huh....x sampai 3 henggit pung..
Bapoak ah...beza harga....

MEE KERING GORENG
10 keping mee kering
10 batang sosej ayam - rebus dan hiris
4 sudu minyak masak
4 sudu kicap manis
4 bawang putih - cincang
1 kiub ayam
Daun sup dan daun bawang
Limau/lemon hiris

Bahan Blend:
10 cili kering- gunting & rendam air panas
1 bawang besar

1. Rendam mee kering dalam air panas lebih kurang 5 minit sahaja..Tapis
2. Panas minyak dan tumis bawang putih hingga harum
3. Masukkan bahan blend dan masak hingga naik minyak
4. Masukkan daging rebus yang dihiris nipis.Masukkan juga air rebusan daging.
5. Tambah sikit garam dan kiub ayam.
6. Masukkan pula mee yang sudah direndam dan ditapis
7. Gaul sebati sambil direnjiskan kicap manis.
8. Sesuaikan rasa dan tutup api..
9. Masukkan daun sup daun bawang..
10. Perah limau sebelum makan..


Mee Kering sedang direbus..
Tapi mak aku cakap ni dipanggil celur..
Mak aku cakap kalau rebus tu masak dalam air sejuk sampai mendidih lama
Kalau celur tu ,masak air dulu sampai mendidih dan masukkan mee tu kejap jerk..
Ooooo...cam tu ker....
So..conclusionnya..gunalah perkataan celur..
Hari tu masak mee ni mak aku cakap rendam air panas jer..Tapi guna cara hari ni mak aku cakap hasilnya lagi canti dan sedap..


Ni step nombor 3 dan 4 ni...

Step nombor 5...
Patut lah hari ni lagi sedap...
Mak aku cakap sebab ada tambah kiub ayam..
Hari tu nyer guna daging ayam 

Step nombor 6...
Nombor 7....
Step nombor 8 ..
Nombor 9 dan 10 xde...sebab daun sup daun bawang xde stok..
Gantikan step nombor 9 tu dengan Gorengkan Telur Mata..
Hahahahaha...

2 comments:

  1. Mengancam mee kering goreng...sedapnya....rajin mak dik cella tiap hari masakkan bekalan untuk anak2 kesayangan...tabik2...

    ReplyDelete
  2. Mengancam mee kering goreng...sedapnya....rajin mak dik cella tiap hari masakkan bekalan untuk anak2 kesayangan...tabik2...

    ReplyDelete