Sunday, 26 March 2017

POKOK MUNGGAI DAN CERITANYA

Hari tu balik kampung..
Mmm..hari Selasa ke hari Rabu ntah dah lupa hihihi...
Mak aku ada amik kacang ni kat belakang rumah nenek..
Aku ingat Kacang  Panjang..
Tapi salah...
Kacang ni lagi besar dari Kacang Panjang...
Keras macam kayu...
Hahaha...
Mak aku cakap ni bukan Kacang Panjang..
Mak aku kata nenek panggil Buah Munggai...
Buah Munggai...???



Ye, Buah Munggai...
Ni pokok kat belakang rumah nenek tu...
Tu yang panjang- panjang macam kacang tu Buah Munggai la...
Yang daun rimbun di belakang pokok tu..itu pokok petai nenek..
Pokok Munggai ni dah xde daun..
Tinggal ranting dan buahnya jer...
Daunnya habis gugur sebab musim panas..
Mak aku cakap nanti hujan daunnya tumbuh la tu...
Selalu balik kampung... memang nampak ada buah ni kat pokok tu...
Tapi mak aku x pernah pu  ambik masak..
Nenek pun aku x pernah nampak nenek amik buah tu...
Ingatkan buah ni x boleh makan...
Nama dia pun ..ni baru aku tahu...
Ish...ish...ish...


Pokok Munggai ni mak aku cakap dah tua dah...
Tuh,nampak batangnya besar...
Nenek cakap hari tu nenek cantas dahannya..
Masa hujan hari tu banyakbtunas baru tumbuh..
Setiap ranting tu berbunga dan berbuah banyak...
Lepas berbuah,daunnya habis gugur
Selalu time balik nampak daunnya.
Tapi aku x pernah amik pot pun...
Sebab ingat xleh makan..
Ni baru rasa nak amik tahu sebab baru tahu buah ni boleh makan...



Mak aku cakap Pokok Munggai ni arwah atuk yang tanam..
Camaner nak tanam..??
Nenek cakap pokok munggai ni senang jer nak tanam..just potong ranting @dahan pokok tu cucuk jer dalam tanah macam tanam pokok ubu kayu..
Oooooo ......
Mak aku kata atuk tanam Pokok Munggai tu dah lebih 30 tahun dulu..
Kata mak aku ..atuk tanam Pokok Munggai tu sebab masa tu semua orang kecoh pasal "Orang Minyak"..
Orang Minyak...???
Mmm..macam pernah dengar..
Haaaa. .mak aku cakap Orang Minyak tu lelaki..
Orang Minyak tu badannya hitam sebab seluruh badannya disapu  minyak supaya licin dan orang x boleh tangkap dia..
Orang Minyak tu kengkononnya lelaki yang dah ikut ajaran sesat.Waktu malam Orang Minyak akan merayau dan masuk rumah yang ada anak dara untuk ehem..ehem..
Mak aku citer lagi konon juga Orang Minyak tu akan cari 44 orang anak dara..
Macam- macam versi lah kata mak aku..
Semua orang pun takut kat Orang Minyak terutama anak- anak dara...
Anak dara tu maksudnya anak pompuan yang muda belum kahwin la..
So,apa kaitan Pokok Munggai ni..??
Haaa...mak aku cakap masa tu macam- macam ikhtiar la orang kampung buat untuk elakkan dari dikacau Orang Minyak..
Dalah satunya dengan menanam Pokok Munggai ni..
Kononnya Orang Minyak takut jika ada Pokok Munggai ni...
Betul ke camtu..??
Mmmm..mak aku cakap wallahu'alam..
Kata mak aku kita kena percaya hanya Allah yang lebih berkuasa dari segalanya..
Cuma atuk tanam Pokok Munggai tu sebagai psikologi jer ..
Supaya nenek,mak aku & Achik yang masih sekolah masa tu x rasa takut...
Yang sebenarnya mak aku cakap atuk tanam pokok tu trick atuk jer...
Sebabnya kalau dah tanam..nanti nenek,mak aku & Achik condifent la sikit nak tidur malam..
konon orang minyak x kacau sebab takut Pokok Munggai..
Hahahaha....




Ni pic dari google...
Sebab pokok kat umah nenek tu tengah botak...( hihihi)...
Sib baik kebun pokcik google ada...
Baru aku tau...dipanggil Drumstick Tree in English..
Juga dipanggil Indian Tree..
Hahaha...drumstick tree mungkin logik ar sebab buah dia cam stick..
Tapi tang India Tree tu dah kenapa..?
Mmmm..mak aku cakap sebab pokok ni memang favourite orang India..
Buahnya dimasak kari..
Pucuknya dimasak sayur .
& macam- macam lagi lah...


Ish...makin baca,makin banyak plak info pasal pokok ni...
Mula ingatkan xleh makan...
Pastu dah tahu boleh makan...
Bila cari lagi info...lagi tahu macam- macam kegunaan pokok ni..
Pelbagai khasiat dan kegunaan pokok Munggai a.k.a Moringga ni...bila  BACA DI SINI

Haaaa...ni Kari Buah Munggai ...
Cooked by my mom...
Sebab dah panjang dah tulis...
So,Kari ni kiter citer next entri....

4 comments:

  1. Aunty pernah sekali jiran sekampung bagi kacang atau buah munggai ni...masak kari juga...tapi...tak berapa nak pandai makan...
    macam2 pokok arwah atok dik cella tanam yee....
    orang minyak!!!menular juga sampai kat kmpg aunty...sampaikan arwah abah aunty lak terikut ikut carik buluh apa ntah dah lupa letak bawah tilam aunty...he..he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee...kiter geng ngan nenek ngan aunty..x suka Buah Munggai tu..hihihi..
      Betul la mak kiter cakap macam- macam versi orang nak elakkan dikacau orang minyak..
      Eiii...ngeri dengar citer dolu- dolu

      Delete
  2. Aunty pernah sekali jiran sekampung bagi kacang atau buah munggai ni...masak kari juga...tapi...tak berapa nak pandai makan...
    macam2 pokok arwah atok dik cella tanam yee....
    orang minyak!!!menular juga sampai kat kmpg aunty...sampaikan arwah abah aunty lak terikut ikut carik buluh apa ntah dah lupa letak bawah tilam aunty...he..he..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum salam sejahtera warga groupπŸ“’
    πŸ’ Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni yeπŸ“’πŸ˜‰

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺πŸ‘πŸ»

    3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .πŸ’ͺ🏼

    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dari kanser.
    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ………………………………………………………………………....
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ..........................................................................
    ▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
    Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
    ..........................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................
    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ReplyDelete