Saturday, 15 October 2016

SERODENG KELAPA IKAN BILIS

Serondeng Kelapa Ikan Bilis..
Serondeng?
Bukan Serunding ke?
Yer...ejaannya yang betul ialah S.E.R.O.N.D.E.N.G
Masa tahun 6..baca dalam buku teks aku ingat buku terks tu yang salah ejaannya..
Bila rujuk Kamus Dewan rupanya memang ejaannya serondeng..iaitu sejenis makanan
Kalau s.e.r.u.n.d.i.n.g tu berasal dari kata dasar "runding"yang bermaksud bincang..@berunding.
Haaaa....hari ni kita belajar BM sikit ye!!


Serondeng Kelapa Ikan Bilis.
Mak aku masak hari Khamis kelmarin..
Hari Khamis mak aku puasa
Mak aku kata teringin nak makan "Nasi Ambeng"
Waaaa....Nasi Ambenggggg..
Saya suka...saya suka....(baca dengan suara Mei Mei dalam citer Upin & Ipin)
Marvelous..marvelous...(baca dengan suara Jarjit Singh)
Hehehe.....
Dah lama x makan Nasi Ambeng


Serondeng Kelapa ni mak aku selalu juga buat..
Kadang makan dengan pulut...
Pulut Serondeng


Tapi kesudahannya...mak aku makan ngan lontong daun pisang jer..
Xde Nasi Ambeng
Sad ending...
Kata mak aku x sempat sebab dah petang
Dah nak berbuka puasa..
Maghrib masuk awal hari ni
7.02 malam dah maghrib
Aku x nak la makan serondeng ni ngan lontong tu...huhuhu
Untuk aku mak aku masak spagetti..
Tapi mak aku dah janji weekend nanti mak aku akan masak Nasi Ambeng tu


SERONDENG KELAPA IKAN BILIS
1 biji kelapa parut putih(+- 4 cawan)
2 sudu minyak
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula melaka parut
2 sudu besar air asam jawa cair


Bahan Blend:
10 cili kering-rendam air panas
1 biji bawang besar
5 hiris kunyit
5 hiris lengkuas
1 sudu jintan manis(kasar)
2 btg serai-hiris
1/2 cawan ikan bilis-bersihkan


1. Panaskan minyak & tumis bahan blend.


2. Masak hingga garing & naik minyak
    Masukkan juga garam gula & air asam jawa


3. Masukkan kelapa parut putih...


4. Sentiasa kacau hingga agak kering & berderai..Jika suka basah cukup dikacau hingga kelapa masak sahaja...@ ditambah sedikit santan supaya lembab dan berlemak.


Aku suka serondeng yang lembab..
Tapi kata mak aku kalau nak tahan lama kena panaskan selalu supaya kering & tidak basi

No comments:

Post a Comment