Wednesday, 26 October 2016

SAMBAL BILIS BELIMBING BULUH


Sambal Bilis Belimbing Buluh...
Masakan pertama mak aku selepas masalah sink dapur tersumbat...


Stok buah belimbing buluh kat dapur..
Dalam peti ais ada lagiiiiii...
Agaknya musim belimbing kot...
Tapi bel8mbing buluh bermusim kerr?
Mmmm...entah
Belimbing tu bukan pokok sendiri..
Tapi aku dah boleh agak mesti Miss Mastura yang bagi..
Sebab tu regular suplier tu..
Hahaha...
Agaknya ada ladang belimbing kot..
Tapi bukan kena beli pun..
Dapat free jer...
Sedekah
Kalau mak aku bawa balik belimbing banyak tu...
Memang sah Miss Mastura yang bagi
Banyak pahalanyaaa...

Sambal Bilis Belimbing Buluh ni asalnya aku xnak makan pun...
Bila mak aku cakap nak masak Sambal Bilis Belimbing Buluh...
Aku minta mak aku goreng telur jer untuk aku...
Tapi mak aku gorengkan ikan pekasam & ayam untuk aku...


Tapi bila tengok mak aku makan Sambal nidengan penuh seleranya ...
Aku pun try sikit...
Sedappp..
Try lagi sikit...
Lagi sedapp...
Try lagi banyak...
Makin sedappppp
Maching jer ngan ikan pekasam goreng
Akhirnya aku hanya makan lauk sambal n8 ngan ikan pekasam jer...
Berpeluhhhh do...
Pedas berapi tapi sedapppp
Mak aku kata pedas sebab guna cili api

SAMBAL BILIS BELIMBING BULUH..mak aku
1 cawan bilis-bersihkan
20 biji belimbing buluh
1/2 cawan minyak
Garam & sikit gula

Bahan Blend:
1 cawan cili padi
1 bawang besar

1. Belimbing buluh dihiris panjang & buang biji & pulurnya(pulur tu bahagian keras ditengah buah)
2. Panas minyak & goreng bilis hingga garing..angkat
3. Dalam minyak yang sama tumis bahan blend.
4. Terus masukkan belimbing & biar mendidih hingga cili garing & bel8mbing lembut
5. Bila sudah naik minyak tambah lagi 1 cawan air & terus masak hingga naik minyak sekali lagi..
(Penting supaya belimbing mengeluarkan masamnya & menjadi sedap)
6. Masukkan garam,sikit gula & bilis goreng
7. Sesuaikan rasanya & angkat..

Hmmmm...pasni x perlu hairan jika hari-hari lauk mak aku masak akan ada belimbing lagi..
Huhihihi..

No comments:

Post a Comment