Petai...
Petai...
Petai...
Uih...sedapnya kalau dapat makan nasi panas-panas lauk Sambal Petai....mmmm
Haaa...naper???
Xyah nak buat muka pelik...
Kawan-kawan aku pun x caya bila aku cakap aku suka makan sambal petai
tapiku memang suka makan lauk Sambal petai...
Biar lah orang nak cakap apapun...
Haaaa...mana dapat petai banyak-banyak ni..
Heee....ni petai kat kebun nenek...
Masa balik Raya Aidilfitri hari tu..
Haaaa....nampak..?
Lagi banyakkkkk...
Nenek aku tengah pilih petai kat luar rumah...
yang lelaki tu nenek kata tukanng panjat pokok petai..
Dia memang kerja panjat pokok petai.
Masa aku tengok nenek ngan mak aku cakap guna bahasa isyarat dengan orang yang panjat pokok petai tu baru aku tahu yang dia bisu...
Tapi nenek kata walaupun dia bisu,dia rajin & boleh panjat pokok petai yang tinnggi..
Ni ada 2 longgok petai yang sudah diasingkan..
Kenapa diasingkan...???
Haaa...kata nenek selonggok tu nenek punya dan selonggok lagi untuk tukang panjat pokok petai tu..
Kata nenek itulah cara tukang panjat petai kenakan upah..
Nenek kata "cara pawah"
Pawah tu nenek kata ...petai yang dah diturunkan dari pokok tu akan dibahagikan sama banyak antara tuan punya pokok petai & tukang panjat pokok petai.
Lohhhh...mana aci....nenek punya pokok petai ,naper dia pun dapat sama banyak..??
Aku rasa macam x adil jer...
Tapi kata nenek itu dah cukup adil sebab ..kalau xde tukang panjat pokok petai tu macam mana nenek nak amik buah-buah petai tu sebab pokoknya besar dan sangat tinggi...!!!
So...bahagi sama banyak tu kira win..win la...(win..win tu ayat aku..hee)
Ooooooo,,,,,
Nenek kata hanya petai-petai yang elok...yang x rosak dan yang cantik sahaja akan dibahagi-bahagikan...
Yang macam kat atas ni kira yang reject lar...
Reject sebab papan petai tu patah...isi petai x cukup besar,papan petai tu pendek dan juga sebab ada mata petai yang sudah dimakan tupai..
Haaa..yang hitam-hitam tu kesan isinya sudah dimakan tupai la tu..
Oooo...tupai pun suka makan petai jugak ker...mmmmm...ingat aku jer..
Kata nenek lagi,nasib baik juga kera & monyet x nampak buah-buah petai tu...
Kalau tidak.....mmmm memang x merasa la kita semua..
Laaaaa...aku ingatkan monyet suka makan pisang jer...rupanya petai pun monyet suka ek...hee
Buah yang reject tu bukan x boleh makan...cuma x sesuai kalau nak jual..
sebab orang mesti nak beli buah petai yang cantik....
Petai-petai yang reject tu selalunya nenek akan jadikan jeruk petai..
Ni Sambal Petai Nenek yang aku sangat suka...
nenek akan buat dengan kulit-kulit petai tu sekali..
Nenek kata nenek guna cili padi..
Pedassss...tapi sedapppppp
SAMBAL PETAI CILI API ...
10 papan petai-kikis kulit hijau & hiris dua setiap biji petai tu
1/2 cawan ikan bilis-goreng
1/2 cawan minyak masak
2 asam keping
Garam & sikit gula
Bahann Blend:
30 biji cili padi hijau
1 bawang besar
1/2 cawan ikan bulis-buang kepala & tulang
5 bawang putih
1. panaskan minyak & tumis bahan blend hingga naik minyak
2. Masukkan asam keping & ikan bilis goreng,garam & sikit gula.
3. Masukkan sikit air & petai yang sudah didkikis kulit & dipotong..
4. Masak agak-agak 5 minit hingga nampak pekat...siap
Ni Sambal Petai Cili Padi versi mak aku..
Mak aku kata malas nak kikis kulit...so buat isi petai tu sebiji-sebiji gitu jer..
Warna merah mak aku kata sebab guna cili padi yang warna merah...
Lauk pertama lepas balik KL.
Hari Sabtu kakak dah balik Johor..
Ni mak aku masak hari ahad..
Guna petai yang nenek bekalkan dari kampung tu
tak pernah buat sambal petai cili padi ... next boleh try , selalu akak buat sambal tumis jew pakai cili kering
ReplyDeleteKiter pun dah suker sebab pedassss tapi sedap....tq akak ..
ReplyDeleteSedap nye...nk try la nanti
ReplyDeleteTry la...sedap sebab pedassss berapi memang ngam dengan petai...I LIKE PETAI...
Deletekita geng