Kata nak umum keputusan Pertandingan Master Chef Junior SKAD 2014 ....
Tapi x umum pun...
Tunggu hari Isnin kat perhimpunan....
Pun cikgu x umum juga
Semalam aku & kawan-kawan aku memberanikan diri tanya la cikgu ...bila nak umum sebab tinggal sehari je lagi nak sekolah...hari Jumaat hari Anugerah Cemerlang dah..bukan semua datang sekolah..
Akhirnya hari ni ...umum la jugak
Sebab aku dah malas nak tulis panjang-panjang ...maka aku pinjam ayat yang mak aku selalu guna...:-
BIARLAH HANYA GAMBAR YANG BERBICARA.....!!!
Maksudnya...gambar yang akan menceritakan apa yang berlaku...
Akhirnya Juara Master Chef Junior milik kumpulan aku....Kumpulan Kembang Setaman...
Tempat ke-2...Kumpulan Syasha.....
Tempat ke-4
Lagipun hari ni sedey sangat sebab ada Majlis Perpisahan dengan cikgu kesayangan aku....Cikgu Che Rohani...
Cikgu Shah Balkesh iaitu cikgu Pra sekolah akan bertukar ke SK Anggerik...
Yang lagi sorang tu Ketua Kerani sekolah..Pn Zaiton
Tapi paling aku sedey cikgu Che Rohani la....
Cikgu yang selalu bagi ...yang selalu kirim kuah rojak kat mak aku...yang selalu kirim keropok ...budu.. & macam2..
Paling sedey sebab baru semalam aku tahu Cikgu Che Rohani akan bersara...
Nampak macam muda je ..pastu baru aku tahu rupanya memang cikgu Che Rohani muda lagi tapi dia pilih bersara awal.
Paling aku ingat masa cikgu Che Rohani cedok nasi & lauk untuk aku masa kenduri rumah Cikgu Normila...sampai sekarng aku x boleh lupa...
Pasni xde lagi dah cikgu yang aku rasa paling cool pernah aku jumpa..
Aku x pernah nampak cikgu Che Rohani tu cakap kasar atau cakap kuat-kuat..
Suaranya lembut & mukanya x pernah masam...mukanya sentiasa tenang
Masa Cikgu Che Rohani bagi ucapan kitorang semua nampak dia menangis...
Aku nampak cikgu-cikgu lain juga menangis...
Semua murid kat perhimpunan senyap & semua pun menangis...
Dah la esok juga adalah hari terakhir bersekolah rendah...tahun depan dah sekolah menengah...
Sedeh berganda-ganda tau...!!!!!
Nasib baik esok adalah HARI ANUGERAH CEMERLANG....
Tadi raptai ...
Esok aku akan terima hadiah untuk 4 kategori...!!!!
No comments:
Post a Comment