Wednesday 10 August 2022

DAPAT JUMPA ZARUL UMBRELLA @ MAHA- CELLA PUNYA LA SUKA..!


Kemain suka Cella dapat berselfie dengan Zarul Umbrella..

Ceritanya hari Isnin tu masa pi MAHA..
Tengah ralit dok tengok pameran...
Dengar macam ada orang nyanyi lagu "Dendanganku" lagu asal Jay Jay Carefree..
Saya dok ikut la nyanyi slow slow dalam mask.
Hihihi...
Tak minat pun saya nak pi kat pentas tu sebab ingatkan ada pertandingan karaoke ka..
Ini bukan zaman saya dah untuk ke tempat macam tu.Kalau zaman remaja tahun 90-an dulu manis la gi..hihihi

Sekali Cella tarik tangan.Dia kata ada Zarul Umbrella tengah nyanyi..Uiii..dia pula yang terikut-ikut menyanyi lagu tahun 90-an tu.
Itu lagu saya muda dulu tu.Zaman baru kahwin dan muda belia lagi..
Maklumlah umur 22 tahun sebaik habis belajar terus kahwin.
Yang Cella ni kelahiran tahun 2002....
Tapi penangan Gegar Vaganza yang pernah jadi fenomena sekejap sedikit masa hari tu,membuat ramai anak muda mengenali penyanyi-penyanyi 90-an.


RAMALANKU BENAR BELAKA

Hingga ke saat ini
Pelbagai persoalan
Tak henti melanda
Buntu memikirkannya

Kau memilih diriku
Di atas dasar apa
Apakah kerna cinta
Atau pelepas sepi cuma

Seumpama dedaunan
Yang telah gugur bertaburan
Membiarkan ranting dimamah usang
Apakah semua itu
Akan terjadi padaku
Andainya benar
Maka tepatlah apa yang kuramalkan

Waktu bersamamu banyak benar
Kenangan yang kita ciptakan bersama
Dan satu darinya engkau bersyahdu
Bahwa aku takkan kehilanganmu
Susah payah kita semai benih cinta
Menempuh dugaan
Akhirnya kau tinggalkan
Sia-sialah kubina istana cinta
Andai insan lain di hatimu bertahta

Waktu bersamamu banyak benar
Kenangan yang kita ciptakan bersama

Susah payah kita semai benih cinta
Menempuh dugaan
Akhirnya kau tinggalkan
Sia-sialah kubina istana cinta
Andai insan lain di hatimu bertahta

Hingga ke saat ini
Ku masih mengenangkan
Detik-detik terindah
Yang kesudahan aku parah
Kesudahan aku parah


Daripada tengok nun jauh..pelan-pelan saya dah kena tarik menghampiri kerusi dan bila Zarul turun dari pentas ramai la yang berkerumun.


Cella kata dia nak selfie juga dengam Zarul tapi lepas habis lagu ni..memang orang berkerumun hinggalah Zarul semakin hilang ke belakang pentas.

Ramai yang kecewa tak dapat nak bergambar termasuk Cella.

Tapi Cella suruh sy duduk jauh..Dia ada strategi dia sendiri untuk nak dapat selfie dengan penyanyi tu..hihihi


Tak lama lepas tu Cella datang kat saya sambil tunjuk gambar ni..Tak tau la apa dia buat hingga dapat selfie sebelah Zarul tu ...hihihi

Kalau zaman saya remaja dulu mudah nak jumpa artis kat KL ni.Setiap hari Ahad akan ada program DBKL kat Taman Tasik Perdana kat Panggung Anniversary dan kat Tasik Permaisuri Bandar Tun Razak pun sama.Antara artis zaman tu yang selalu datang buat show...Ramlah Ram,Hattan,Nasir Wahab,Azizul Khamis,Salwa Abdul Rahman,Norshiela Amin dan ramai la seangkatan depa tu.
Tapi sayangnya masa tu kalau nak bergambar kena ada camera sendiri dan beli film Kodak,Fuji atau Konica.Saya yang masih belajar ni mana nak cari duit beli camera dan film..Tapi semua kenangan masih save dalam memori ( otak)🤣
Tak akan terdelete keculi otak dicemari virus.Cuma tak boleh nak copy paste dan print  dalam bentuk hard copy la..Soft copy pulak hanya read only..
Hihihi

Saya perhatikan anak muda sekarang semakin meminati lagu-lagu tahun 90-an berbanding lagu-lagu zaman depa sekarang.Agaknya depa pun tak suka dengan kebanyakan lagi zaman la ni yang entah apa-apa irama dan melodinya.Apatah lagi liriknya yang banyak sudah merapu dengan kata-kata yang tidak enak didengar.
Alangkah seronoknya kalau lagu-lagu sekarang kembali mencontohi lagu-lagu 80-an dan sebelumny yang diselitkan pantun,gurindam dan nilai murni.
Mungkin zaman mereka tak sama dengan saya.Saya lebih menjiwai lagu-lagu Alayarham Sudirman kerana lagunya dekat dengan kehidupan kita semua.
Dari lagu untuk ayah ibu..mat disco..gembala lembu..pekerja kilang...misi..adik yang masih belajar..merdeka, hujan,keindahan alam hinggalah kepada penganggur yang masih mencari kerja.


6 comments:

  1. Zaman keset dan katrij
    Sekarang dah tak jumpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada simpan lagi kaset beserta radio transistor untuk mainkan kaset.Tapi dah lama tak pasang tak tau lela elok lagi ka tak

      Delete
  2. Lagu jiwang, patah hati, lebih mudah meresap ke hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jiwang karat kata budak-budak la ni..hihihi

      Delete
  3. Setiap kali saya dengar lagu Ramalanku Benar Belaka, terasa renyuk-renyuk jantung hati ini hihihiiii penghayatan yang keterlaluan! Lirik lagunya guna bahasa yang mudah difahami, itu yang meresap ke lubuk jiwa, melodinya pun indah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasti ada kenangan yang mengusik jiwa tu..
      huhuhu..
      Ada kenangan yang pahit untuk dilalui tapi manis untuk dikenang...

      Delete