Sunday 31 July 2022

SARAPAN MEE OATS

Subuh- subuh tadi dah mengisi perut depan TV sambil mendengar alunan Surah Yassin dan disambung dengan Tanyalah Ustaz @ TV3.

(jenjarang dapat tengok TV pagi2 kan🤭)

Sepiring mee oats bersama secawan kopi 0 panas.Kalau 10-20 tahun dulu ,pagi minggu macam ni wajib saya mencari surat khabar Mingguan Malaysia...Nak baca Pancaindera  pasal retis & diCelah-celah Kehidupan🤭.. Berita Minggu buat peneman sambil bersarapan.
Dulu juga zaman anak-anak masih sekolah,selalu juga weekend macam ni pepagi anak-anak dah mandi dan bersiap nak jenjalan ke Zoo Negara,Muzium Negara,Taman Tasik,Putrajaya atau ke mana-mana sekitar KL yang tak tiket murah  atau lagi baik yang percuma.Kadang lajak hingga Port Dickson atau bermalam kat Melaka.Bukan tidur kat hotel tapi sekadar kat chalet bajet sahaja.Janji depa dapat main pasir pantai.
Paling tidak pun,Cella akan merengek ajak sarapan roti tampal kat warung tepi padang depan kuaters tu.Kemudian,terus bawa dia ke pasar beli ikan,ayam,sayur dan barang dapur.Masa tu dialah assistant yang setia.Becok bertanya nama-nama ikan,nama sayur dan ulaman kat pasar.Menjadi tukang tolak trolly ketika belanja barang dapur dan mengepaw ais krim dan jajan.
Sejajar dengan pergerakan masa...maka semua itu hanya tinggal kenangan manis yang dirindu..

Pepagi tadi saya menyuap mee oats bertemen TV.Selesai sarapan,sambil blogwalking,saya meninjau ke luar tingkap.Masih berbalam-balam kerana pagi masih muda..


Mee oats ini juga menjadi bekalan anak bujang tu yang bekerja hari ini.


Sebenarnya semalam masa merayau ke blog Suria Amanda nampa dia masak mee daging.Terliur,maka hari ni saya pula masak tapi saya guna mee oats.Kebetulan ada stok daging yang dah siap saya rebus dan frozenkan bersma air rebusannya.
Lancar la kerja mengemee goreng...hihihi

MEE OATS GORENG BERDAGING

1 pack mee oats (kering)
1 ketul daging (+-300gm)
( rebus dan hiris nipis)
2 pokok sayur bak choy 
1 pokok daun bawang
3 bawang putih - ketuk
2 sudu cili kisar +1 sudu bawang kisar.
minyak,kicap manis & garam

1. Jerang air untuk rebus mee.

2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih.

3.  Tambah cili blend + bawang.

4. Masukkan daging rebus bersama air rebusannya

5. Rebus mee 5 minit dan terus masukkan dalam tumisan.

6. Tambah sayur dan renjiskan kicap manis secukupnya 

7. Sesuaikan rasa.


Resipi c&p daripada old post ..cuma hari ni tiada stok sayuran.Hanya taburan daun sup dan daun bawang.

Rebus telur pun takdan nak keras..jadilah telur 1/2 masak..Bersama secawan kopi 0 panas.


14 comments:

  1. Sedapnya Mee goreng letak daging 😋
    Awal MC bersarapan. PH kalau hari minggu lewat sikit sarapan sbb hari-hari biasa sebelum Subuh bersilat di dapur utk sarapan anak2 sekolah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang lambat ja juga PH..hari ni dah kebetulan masak awal pagi untuk anak bujang tu...
      Esok dah weekday...ramai la mak2 bersilat awal pagi...lagi2 zaman inflasi ni kan...elok lah kita pakat bawa bekal

      Delete
  2. Pagi tadi belanja barang dapur tiba-tiba terpandang mee labu, sebelahnya mee oats...eeehh teringat Mama Cella punya menu. Terus rembat dua-duanya. Ada lagi satu tak ingat mee apa. Kita ingat yang Mama Cella selalu masak, mee oats dengan mee labu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benarlah bila disebut atau yang terlintas dihati menjadi doa🤭
      Saya lebih suka mee oats berbanding mee labu..Apa yang satu lagi tu?
      Kalau jumpa nanti update...boleh try

      Delete
  3. Dulu2 wak pun suka baca DCKK kat mingguan Malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu2 DCKK memang ramai peminatnya sebelum wujudnya surat khabar online

      Delete
  4. Replies
    1. ..Mengaharapkan kebaikan sebab ada campuran oats..hihihi

      Delete
  5. Ank dara kak lin sorg je.. bff kak lin tu.. kak lin pun mcm umi cella, rajin bw dia kenalkan pd ikan dan sayur..
    Betul ckp umi cella.. sdp mee oats ni.. mmg xcukup goreng sebungkus.. 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa akan ada sorang yg rapat dengan mak kan k.lin...
      Mee oats ni sedap kan...

      Delete
  6. Eh EH....cantik kejadiannya mee oats tu la..SA nak buat nanti weekend

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom...jom...
      mee oats ni lebih kenyal nal banding mee kuning biasa..rasa pun lebih sedap

      Delete
  7. ammi memang gemar kalau letak daging kat dalam mee goreng ataupun mee sup....rasa juice air daging tu perghhhh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...sedap dia lain kan...
      Manis jus daging tu..

      Delete