Sunday 31 July 2022

DONUT SUSU

Dah beberapa hari Cella minta buatkan donut.

Katanya dia teringin nak makan donut susu.Saya tanya donut susu tu lagu mana?



Kata dia donut sama ja macam dok buat sebelum ni,cuma gula kat luar tu dicampur susu tepung.Kata dia tengan viral tu donut susu.

Oooo...tak tau la pulak saya pasal donut susu viral tu.

Tapi selama ni dok buat donut memang saya akan guna susu tepung sebagai salah satu bahan adunan.Sejak dulu kalau nak mendonut memang saya akan cari susu tepung.Masa anak-anak masih minum susu botol,kadang susu anak pun jadi ..untuk campur dalam adunan donut..🤭🤣

Cuma sekarang dapat lagi satu ilmu baharu...campur pula susu tepung dengan gula untuk sadur kuih donut yang dah digoreng....Terima kasihlah siapa yang punya idea ni..Walaupun benda simple ja tapi saya tak pernah terfikir pun selama ni untuk campur gula saduran tu dengan susu tepung...hihihi


Ni cerita semalam punya pagi..
Pagi 1 Muharram
Pagi 1 Ogos.
update:( ni baru perasan semalam baru 30 Julai..hari ni pun masih Julai..31)
Hadoi.....fenin rupanya...!🤣
Mendonut la seusai subuh.Sesambil mengecek stok makanan yang dah berterabur dalam kabinet dapur.
Oh,banyak la sudah makanan yang dah expired.Inilah antara perangai buruk saya yang sukar dikikis.Suka buat stok barang makanan sampai expired.....huhuhu



Inilah hasilnya selepas dibedak dengan gula icing+ susu tepung.
Dari dulu saya hanya setia dengan susu tepung Everyday.Pernah guna susu cap "daun pakis" tu tapi susu brand tu terlalu halus dan kering berbanding susu "setiap hari" ni🤣 yang lebih lemak dan lembab .

Jom mendonut..
Saya c&p dari oldpost 2014 KAT SINI tapi edit la sikit sebab saduran tu + susu tepung.

KUIH DONUT  SUSU
1kg tepung gandum
2 1/4  cawan air suam
4sudu gula
4 sudu susu tepung
4 sudu margerine
1/2 sudu teh garam
1 bungkus (11gm) yis mauripan
Minyak untuk goreng
Gula kastor +susu tepung untuk sadur kuih

1. Dalam mangkuk besar...campurkan air suam,yis,garam,gula,susu & margerine...
2. Ramas hingga bercampur rata..Margerin memang xkan larut ..Kacau je..
3. Masukkan tepung sikit demi sikit sambil di uli .Jika dah cukup lembutnya  tidak perlu habiskan tepung.
4. Uli hingga lembut & licin..
5. Bahagi 4 bahagian supaya senang nak canai.Terap dengan acuan donut & susun dalam dulang yang ditabur tepung.
**Kali ni saya hanya bulatkan macam bebola dan lubangkan dengan copstick.
6. Biarkan lebih kurang 20 minit supaya kuih kembang.
7. Panaskan minyak yang banyak dan goreng kuih dengan api perlahan hingga keemasan.
8. Biar kuih sejuk sebelum disadur dengan gula icing+susu tepung.


Kali ni saya tak terap tapi saya bulatkan sahaja.


Kemudian guna copstick untuk buat lubang.

Dah siap goreng

Kalau nampak pic hari ni macam segak kacak sikit tu adalah kerana semua pic donut yang dah siap tu by Tuan Tanah Kedaung untuk IG dia katanya..
Dia dah tak pandang blog ni..🤭
Kecuali pic step by step tu mak dia yang snap sebab masa ni TTK tengah menyambung mimpi..
Katanya nak qado tidur sebab masa final hari tu siang malam hanya banyak berjaga daripada tidur katanya.
Mmm...anak dara jaman naw,selamba ja depa sambung tidur.Kalau zaman kita dulu buat lagu tu...alamat seluruh pelosok kampung boleh dengar suara mak kita kannn...


13 comments:

  1. Ngelat la buat berlubang kat tengah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...
      Takpa bahagian tengah bukan boleh makan 🤭🤣

      Delete
  2. Sedapnyaaa donut ..nak buat masih x pandai...tumpang tgok je la montok2 donut dia tu ha ..geram je tgok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takat nak makan seketul dua...beli jaaaa SA🤭

      Delete
  3. Amboiii..gebunye donut. Mesti rasa lemak² susu kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la...berlemak dengan susu tepung sepenuh-penuh krim...hihihi

      Delete
  4. Campur susu teung tambah cantik, halus mulus gebu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. typo pun kita boleh faham sebab sy dengan typo berpisah tiada🤣🤣🤣

      Delete